CENTEXS Commercial

CENTEXS Commercial Connecting, Communities and Businesses

Brainstorming session Pengurus Besar CENTEXS Commercia bersama Prof. Ir. TS Dr Al-Khalid Othman pada Isnin di JUM’ANI Pa...
11/05/2026

Brainstorming session Pengurus Besar CENTEXS Commercia bersama Prof. Ir. TS Dr Al-Khalid Othman pada Isnin di JUM’ANI Pavilion.

|28 April 2026|CENTEXS COMMERCIAL SARAWAK TURUN PADANG KE PERHEBATDalam pada itu, CENTEXS Commercial SARAWAK juga telah...
08/05/2026

|28 April 2026|

CENTEXS COMMERCIAL SARAWAK TURUN PADANG KE PERHEBAT

Dalam pada itu, CENTEXS Commercial SARAWAK juga telah dijemput untuk memberikan seminar kepada PERHEBAT di Kem Sungai Buloh pada 28 April yang lalu.

Jemputan tersebut bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian kepada PERHEBAT mengenai program-program TVET CENTEXS di Sarawak.

Pendedahan ini turut mendapat sambutan dan menarik minat dalam kalangan ibu bapa kerana ia membuka peluang pendidikan kemahiran serta hala tuju kerjaya yang lebih luas kepada generasi muda.

|1 Mei 2026| 60 TAHUN MARA! Pada minggu lepas, CENTEXS Commercial SARAWAK berkesempatan turun padang menyertai program K...
08/05/2026

|1 Mei 2026|

60 TAHUN MARA!

Pada minggu lepas, CENTEXS Commercial SARAWAK berkesempatan turun padang menyertai program Karnival 60 tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Melihat secara dekat perjalanan aktiviti program yang begitu komprehensif sekaligus mencerminkan dedikasi dan komitmen ramai pihak terutama MARA dalam menganjurkan program yang luar biasa hebat!

Karnival 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkukuh agenda pembangunan Bumiputera menerusi pendekatan Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan (3P), selaras dengan mandat dan tanggungjawab MARA dalam meningkatkan sosioekonomi Bumiputera dan negara.


|8 Mei 2026|Hari ini telah berlangsung sesi kunjungan hormat bersama China Mobile International Limited (CMI), di Kuala ...
08/05/2026

|8 Mei 2026|

Hari ini telah berlangsung sesi kunjungan hormat bersama China Mobile International Limited (CMI), di Kuala Lumpur.

Sebuah syarikat telekomunikasi antarabangsa yang dipercayai serta beroperasi di 31 wilayah, kawasan autonomi dan bandar pentadbiran terus di tanah besar China dan Hong Kong.

Kunjungan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato Haji Syeed Mohd Hussien bin Wan Abd Rahman, Ketua Pegawai CENTEXS; YBrs. Tuan Shahren Yusri, Pengurus Besar Commercial SARAWAK; serta Dr. Dayang Hanani Abang Ibrahim, Chief Academic Officer of Aerospace, Digital & Green Energy Academy merangkap Head of Campus CENTEXS Mukah.

Kehadiran delegasi disambut Adelyn Ong
Managing Director China Mobile International (M) Sdn. Bhd.

Semoga pertemuan ini menjadi platform dalam mengukuhkan hubungan strategik serta membuka peluang kerjasama pada masa hadapan khususnya dalam bidang teknologi, digital dan telekomunikasi.





7 Mei 2026 SUARA KOMUNITI USAHAWAN TEMPATAN Perbincangan diteruskan dengan memberi fokus kepada pandangan serta cadangan...
07/05/2026

7 Mei 2026

SUARA KOMUNITI USAHAWAN TEMPATAN

Perbincangan diteruskan dengan memberi fokus kepada pandangan serta cadangan daripada komuniti usahawan tempatan berkaitan cabaran semasa industri makanan, termasuk aspek pemasaran, pengeluaran dan pembangunan produk.

Sesi ini turut membuka ruang kepada usahawan untuk berkongsi pengalaman sebenar dalam mengembangkan perniagaan, di samping menyuarakan keperluan sokongan yang lebih efektif bagi membantu memperkukuh operasi perniagaan mereka.

Pendekatan libat urus secara terus seperti ini penting bagi memastikan setiap perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan selari dengan keperluan sebenar komuniti usahawan, sekali gus menyokong pembangunan ekosistem industri makanan tempatan yang lebih mampan dan berdaya saing.





6 Mei 2026 SESI LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI USAHAWAN TEMPATAN - ASPEK OPERASI DAN KEPERLUAN FASILITISesi libat urus bers...
07/05/2026

6 Mei 2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI USAHAWAN TEMPATAN - ASPEK OPERASI DAN KEPERLUAN FASILITI

Sesi libat urus bersama komuniti usahawan Sarawak berkaitan keusahawanan makanan terutamanya dari aspek operasi dan keperluan fasiliti.

Perkongsian yang komprehensif, khususnya tentang cabaran sebenar di peringkat akar umbi dan apa yang benar-benar diperlukan untuk mengukuhkan ekosistem industri makanan tempatan oleh Pengurus Besar Tuan Shahren Yusri.

Menurut beliau, inisiatif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk memastikan setiap inisiatif yang dirangka bukan sekadar di atas kertas, tetapi memberi impak nyata termasuk membantu meningkatkan pendapatan dan memperkukuh daya saing usahawan tempatan.

STESEN MINYAK TERAWAL DI KUCHING - JAMES BROOKE BISTRO & CAFE Delegasi turut dibawa mengunjungi James Brooke Bistro & Ca...
06/05/2026

STESEN MINYAK TERAWAL DI KUCHING - JAMES BROOKE BISTRO & CAFE

Delegasi turut dibawa mengunjungi James Brooke Bistro & Cafe yang terletak di kawasan bersejarah Kuching Waterfront. Difahamkan, lokasi tersebut dahulunya merupakan antara tapak stesen minyak terawal di bandaraya Kuching sebelum diberi nafas baharu sebagai restoran berkonsep warisan dan nostalgia.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Tuan Shahren Yusri, yang amat meminati sejarah, turut berkongsi pelbagai kisah menarik mengenai James Brooke Bistro kepada delegasi Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia.

Delegasi turut teruja menyaksikan keindahan, kebersihan serta landskap bandaraya Kuching yang begitu memukau dan tersusun.

Yang lebih banyak direkodkan ialah sejarah kawasan waterfront Kuching yang memang penuh bangunan era Brooke dan perdagangan lama. James Brooke p**a ialah tokoh penting yang memulakan pemerintahan Brooke di Sarawak pada tahun 1841.

SAMPAI JUMPA LAGI!Laksa Sarawak rasanya berempah,Bakso p**a pelengkap rasa,Jauh datang membawa amanah,Moga silaturahim D...
06/05/2026

SAMPAI JUMPA LAGI!

Laksa Sarawak rasanya berempah,
Bakso p**a pelengkap rasa,
Jauh datang membawa amanah,
Moga silaturahim Delegasi Tenaga Ahli, Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia dan CENTEXS terus terjaga.

PROGRAM SMART SOLAR PHOTOVOLTAIC RAIH PERMINTAAN DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDASebelum berangkat p**ang, delegasi turut diba...
06/05/2026

PROGRAM SMART SOLAR PHOTOVOLTAIC RAIH PERMINTAAN DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA

Sebelum berangkat p**ang, delegasi turut dibawa melawat tapak testbed Teknologi Hijau yang merupakan salah satu pencapaian utama program tersebut. Melalui inisiatif ini, ramai anak-anak Sarawak berpeluang mendekati serta memahami aplikasi teknologi Smart Solar Photovoltaic secara lebih praktikal, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan kemahiran dalam bidang tenaga hijau dan teknologi mampan.

Delegasi dibawa dan diketui oleh Dr Dayang Hanani dan dibantu oleh team Akademi Digital iaitu, Puan Bebe Yanti dan Encik Abang Anaqi.

Address

JUMA’ANI Pavilion, , Sublot 17, 18 & 19, Lot 4871, Salak Land District Vista Tunku, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

09:00 - 18:00

Telephone

+60138402092

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CENTEXS Commercial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CENTEXS Commercial:

Share