26/03/2023
Pernah tak kita dengar kisah bagaimana Rasulullah SAW bersedekah di bulan Ramadan?
Cerita ini disampaikan oleh Ibn Abbas dan hadis ini sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Kata Ibn Abbas:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda menjadi lebih dermawan di bulan Ramadan saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Ya, begitulah Baginda Nabi SAW, sangat berkejar-kejar memberikan sedekah pada bulan Ramadan.
Nabi SAW bersedekah bukan sebab Nabi seorang yang hartawan, tetapi kerana Nabi mahu mendidik diri dan mendidik kita umatnya, supaya melazimi sedekah.
Kita bersedekah bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita tahu, di sana ada insan yang tidak senasib dengan kita.
Throwback sikit 💚
Indahnya wajah mereka bersedekah.
Alhamdulillah program Sedekah Bubur Pedas bersama Wanita Kampung Matang telah dilaksanakan dengan jayanya sebelum datangnya Ramadan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua terlibat. Semoga dipermudahkan urusan serta diredhai Allah buat kalian sekeluarga.