16/09/2024
Salam Maulidur Rasul | 12 Rabiul Awal 1446 Hijrah
Pada 12 Rabiulawal, tahun Gajah di Kota Mekah Al-Mukaramah, lahirnya kekasih Allah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tahukah anda, terdapat beberapa perkara yang terjadi semasa kelahiran baginda? Antaranya ialah
• Terpancar cahaya yang terang
• Kemusnahan berhala sembahan
• Kekalahan tentera Abrahah
Dan banyak lagi peristiwa ajaib yang berlaku bermula dari sebelum kelahiran sehingga selepas kelahiran baginda beserta mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad SAW.
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
“Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah”.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
“Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”.
Meeracle mengucapkan Salam Maulidur Rasul. Semoga kita sentiasa berusaha untuk mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam setiap tingkah laku dan percakapan seharian agar menjadi umat Baginda yang terpuji.