Aku rindu Haramain

Aku rindu Haramain Kongsi cerita, pengalaman dan tarbiah hati

Rujukan untuk jemaah umrah DIY , jadual sebelum dan selepas Musim Haji 2023Credit ; Malaysian in Saudi Arabia
29/04/2023

Rujukan untuk jemaah umrah DIY , jadual sebelum dan selepas Musim Haji 2023

Credit ; Malaysian in Saudi Arabia

Marhaban Ya RamadhanRamadhan bakal tiba, Mashallah Tabarakallah AlhamdulillahDari Rejab lagi, pakej haji untuk rakyat Ar...
09/03/2023

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan bakal tiba,
Mashallah Tabarakallah Alhamdulillah

Dari Rejab lagi, pakej haji untuk rakyat Arab Saudi dan permaustatin disini telah dikeluar dalam Nusuk (aplikasi umrah haji).

Pakej Premium SR 13,150.25
Pakej Standard SR 10,596.10 dan SR 8,092.55
Pakej Marhaein / Ekonomi SR 3984.75

Dah tentu perbezaan semua pakej pakej ni dari segi perkhidmatan hospitaliti sepanjang menyempurnakan ibadah haji.

Pakej premium, penempatan di Mina adalah di dalam 6 tower yang sangat dekat dengan Jamrat.
Pakej yang paling mahal ni serba serbi lengkap dan selesa.
Pakej Standard di sediakan khemah seperti jemaah muasasah dari Malaysia di Mina tetapi lebih teratur,selesa dengan setiap seorang disediakan tilam empuk, bilik khemah berhawa dingin dan makanan yang tak putus putus.
Harga variasi bergantung pada jarak khemah dengan Jamrat atau stesen tren ke Jamrat.
Pakej ekonomi tidak menyediakan penempatan semasa hari Tarwiyah (bermula hari ke 8 Zulhijjah).
Penempatan juga tidak disediakan semasa hari hari Tasyrik.

Perjalanan haji jemaah tempatan hanya 4-6 hari sahaja.

Korang yang nak buat badal haji,,
Harga seperti harga ekonomi tu,,

Tengok di komen.

10/01/2023

Hijr Ismail

Bila waktu terbaik nak dtg buat umrah?Datanglah bila bila saje bila korang dah dipanggil menjadi tetamuNya.1. Yg paling ...
02/01/2023

Bila waktu terbaik nak dtg buat umrah?
Datanglah bila bila saje bila korang dah dipanggil menjadi tetamuNya.
1. Yg paling baik, umrah Ramadhan kerana HR Bukhari sebut , Sesungguhnya Umrah dibulan Ramadhan seperti berhaji bersamaku.
2. Kalau nak datang time jemaah kurang di mataf Kaabah, selepas musim haji adalah waktu terbaik.
3. Kalau nak rasa umrah musim sejuk, datanglah bulan December hingga awal Mac.

Sesuai ke kalau nak umrah DIY?
Sekiranya sudah pernah datang umrah dan banyak ilmu, umrah DIY boleh dipertimbangkan.
Umrah DIY biasanya korang akan mohon Visa Tourist, so jangan plan dtg Saudi untuk buat umrah dalam bulan Syawal shingga musim haji (tahun 2023 - dari May hingga June) sebab hanya permaustatin Mekah dibenarkan masuk Mekah.
So visitor tak boleh masuk buat umrah.

Jimat ke kalau buat umrah DIY?
Tengoklah pada harga flight tiket dan hotel Madinah/Mekah. Sekiranya dpt jimat beli tiket murah, dan dpt book hotel murah, maka boleh jimat. Tetapi bulan December , bulan Ramadhan memang harga kayangan semua.
Flight tiket murah boleh dpt kalau sanggup transit lama lama.

Korang ada soalan lagi nak tanya ??

Assalamualaikum ..Tuan puan yg ada hajat utk ;Buatkan Badal Haji,, dah boleh start daftar sekarang..Badal umrah bila-bil...
28/12/2022

Assalamualaikum ..

Tuan puan yg ada hajat utk ;

Buatkan Badal Haji,, dah boleh start daftar sekarang..

Badal umrah bila-bila masa saja boleh buat..

Untuk kirimkan sabil / sedekah makan pagi jumaat di sekitar masjidilharam , akan dilaksanakan jumaat minggu ni,, boleh direct mesej ,, tarikh tutup shingga 30 Dec (Jumaat ni jam 9 pagi waktu malaysia)

Untuk kirimkan doa ringkas, satu dua ayat boleh juga direct mesej,, tarikh tutup pun sama 30 Dec..

Untuk korang yg letak komen kat bawah ni, akan didoakan agarkan dimakbulkan hajat untuk ke tanah suci inshallah.

19/12/2022

Kursus Umrah UAK di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh (20 Okt. 2018)

18/12/2022
Ramai dtg buat umrah kan December ni
15/12/2022

Ramai dtg buat umrah kan December ni

02/06/2022

GACA directive to airlines not to allow passengers carry Zamzam inside baggage

Quota Haji bg setiap negara bg tahun 2022.Credit : Life in saudi Arabia
22/04/2022

Quota Haji bg setiap negara bg tahun 2022.

Credit : Life in saudi Arabia

08/04/2022

Tajuk : DOA LINDUNGI DARI 4 PERKARA
Penceramah : Ustaz Syed Norhisyam
Masa : Tazkirah Tarawikh, 07.04.2022
Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Bismillah

‎وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِى وَلْيُؤْمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ١٨٦

❬186❭ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Al Baqarah 2:186)

1- Para ulamak tafsir bincang, kenapa di hujung ayat puasa, Allah selitkan doa. Di bulan Ramadhan, antara ibadat yang sangat dituntut ialah berdoa.

2- Doalah dalam bahasa kita sendiri. Yang penting kita faham apa yang kita minta pada Allah.

3- Doa Rasulullah minta Allah lindung dari 4 perkara, dari hadis riwayat Abdullah ibnu Umar :

Ya Allah, aku berlindung dari 4 perkara : hilangnya nikmat yang aku miliki sekarang, kesihatan yang berubah secara tiba2, dendam / azab yang tiba2, seluruh kemurkaan Allah.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu ” (HR. Muslim no. 2739).

4- Ungkapan dalam doa ini membunuh ego kita, merasakan kita ini lemah dihadapan Allah.

5- Janji Allah bagi orang yang bersyukur :

‎وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ ٧

❬7❭ Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

(Ibrahim 14:7)

6- Antara nikmat yang besar ialah nikmat kesihatan. Kita hanya akan merasainya bila kita sakit.

7- Dalam hadis lain : 2 nikmat yang manusia selalu abaikan, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

8- Ada orang dia buat kebaikan, tapi dalam masa yang sama, dia buat juga kejahatan. Dia rasa macam ok. Ini kena hati2, taknak Allah datangkan bencana / kemurkaan secara tiba2.

9- Banyak perkara yang Allah murka - cakap tapi tak buat, riba’, menyusahkan jiran, dll.

10- Ada 2 perkara yang Allah isytihar perang - dosa mengganggu wali2 Allah / ulamak, dosa riba’.

11- Seseorang yang jirannya tak tenteram hidup sebab perangainya - nabi kata wallahi orang itu tidak beriman.

Wallahu a’lam

Kredit kpd si penulis yg rajin mencatit nota ini

Kos Haji 2022
08/04/2022

Kos Haji 2022

Ibrah dari MekahNabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail menceraikan isterinya.Selalu kita berkunjung ke Baitullah, pasti ada k...
27/02/2022

Ibrah dari Mekah
Nabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail menceraikan isterinya.

Selalu kita berkunjung ke Baitullah, pasti ada kisah ibrah yang akan kita kaitkan dan jadikan tauladan.

Antara kisah yg ingin kita kongsi adalah kisah bagaimana dan apa punca Nabi Ismail ceraikan isterinya.

Ketika Nabi Ismail 'alaihissalam dewasa dan berkahwin, ibunya Siti Hajar telah wafat.
Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim datang ke Mekkah untuk mengunjungi anaknya, iaitu Nabi Isma'il . Ketika Nabi Ibrahim datang ke Makkah, saat itu Nabi Isma'il tidak berada di rumah.
Nabi Ismail pergi berburu. Nabi Ibrahim pun menemui isteri Nabi Isma'il dan bertanya ke mana suaminya dan apa pekerjaannya.
Maka isteri Nabi Isma'il menceritakan bahawa suaminya pergi berburu dan kehidupan mereka sangat susah (miskin).
Maka Nabi Ibrahim berkata kepadanya: "Apabila suamimu datang, sampaikan salam dariku dan katakan agar ia mengganti palang pintu rumahnya." Kemudian Nabi Ibrahim segera pulang.
Tatkala Nabi Isma'il telah datang, beliam seakan merasakan sesuatu, maka beliau bertanya kepada isterinya. Isterinya lalu bercerita, "Tadi ada seorang tua datang yang sifatnya demikian (ia menyebutkan sifat-sifat Nabi Ibrahim).
Orang tua itu pun bertanya tentang engkau dan aku kabarkan kepadanya. Dia juga bertanya tentang kehidupan kita dan aku kabarkan bahwa sesungguhnya kita dalam kesulitan.
Dia menitip salam untukmu dan memesan agar engkau mengganti palang pintu rumahmu."

Maka Nabi Isma'il pun berkata, "Dia adalah ayahku, dan engkaulah yang dimaksud dengan palang pintu itu. Kembalilah engkau kepada orang tuamu Nabi Isma'il lalu menceraikan isterinya.

Setelah itu, Nabi Isma'il menikah lagi dengan perempuan lain.
Beberapa ketika selepas itu, Nabi Ibrahim datang lagi pada waktu yang lain, dan Nabi Isma'il juga kebetulan sedang pergi berburu.
Maka Nabi Ibrahim menemui isteri Nabi Isma'il yang baharu dan bertanya tentang Nabi Isma'il . Maka isterinya bersyukur kepada Allah dan juga menceritakannya. Kemudian Nabi Ibrahim menanyakan tentang kehidupan mereka. Isteri Nabi Isma'il menceritakan bahawa kehidupan mereka penuh dengan nikmat dan kebaikan. Isteri Nabi Isma'il itu adalah seorang wanita yang baik, yang bersyukur kepada Allah dan juga kepada suaminya.

Ya Mujib,, sampai kanlah sahabat2 semua untuk menjadi tetamu agung Mu AMIN
22/02/2022

Ya Mujib,, sampai kanlah sahabat2 semua untuk menjadi tetamu agung Mu

AMIN

14/02/2022

Ciri ciri ahli syurga

14/02/2022

Untuk panduan Tuan Puan

Madinah sentiasa di hati
13/02/2022

Madinah sentiasa di hati

Assalamualaikum Tuan2 dan Puan2, Haji dan Hajah,bakal Haji dan bakal Hajah inshallah.Sy nak share Badal Haji 2022 yang k...
08/02/2022

Assalamualaikum Tuan2 dan Puan2, Haji dan Hajah,bakal Haji dan bakal Hajah inshallah.

Sy nak share Badal Haji 2022 yang kalian tunggu-tunggu.

Untuk makluman, penyempurnaan Badal Haji inshallah akan dilaksana oleh petugas2 dan pekerja2 yg berada di Mina, Arafah sepanjang musim haji 2022 nanti. Mereka terdiri di kalangan pekerja sah (yg mempunyai permit) dan juga di kalangan penduduk tetap Arab Saudi.

Buat masa ni, keluar pekeliling dari kementerian haji kepada muassasah menyatakan bahawa persediaan untuk musim haji 2022 perlu dilakukan.

Cuma setakat ni, jumlah terhad yang diberikan kepada kami untuk Badal Haji ini.

🌺 HADIAH & CENDERAHATI:
● Sijil badal haji
● Sejadah
● Sabil atas nama arwah
● Air Zamzam 5L 1 Botol ATAU Kurma Ajwa 1kg

Insha Allah hajat anda akan kami laksanakan dengan amanah.

wasap.my/966540241680/BADALHAJI2022

Hubungi nombor di atas untuk sebarang pertanyaan.

Semoga Allah SWT menerima Ibadah Badal Haji tersebut serta mengabulkan segala doa-doa yang disampaikan dan menempatkan Almarhum / Almarhumah di kalangan para Nabi serta orang-orang Soleh & Solehah di Syurga kelak.

Amin Ya Rabbal A'lamin

Sebarang kemusykilan hubungi wassap
http://wasap.my/966540241680/BADALHAJI2022

31/01/2022

Mashallah Alhamdulillah

Jemaah umrah dari Malaysia akan kembali menjadi tetamu haramain bermula 8 Februari ini.

Ada sedikit pesanan ringkas untuk korang yang dalam perancangan dan persediaan mengerjakan umrah dalam bulan Februari dan March 2022.

1. Cuaca di Madinah masih lagi sejuk, lebih kurang 11 degree - 20 degree . Kalau kena masa berangin, sejuknya Ya rabbi.. sejuk ya ampun. Sediakan peralatan musim sejuk yg secukupnya seperti jaket, lip balm/vaseline (kulit mudah kering dan bersisik), stokin tebal dan lain2.

2. Belajar solat jenazah. Di tanah haram pahala nya berganda ganda.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa menyembahyangkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat”. (HR Bukhari No: 45) Status: Sahih

Korang nak tahu besar mana Gunung Uhud,,
Ketinggian 1,077 m dengan panjang sekitar 7.5 km. Rugi kalau tak ambik peluang untuk solat jenazah dan mengiringi jenazah ke Baqi.

Korang nak tahu betapa cepat urusan pengebumian seseorang jenazah.. sangatlah cepat, boleh tengok video ni, bawa jenazah pun berlari lari anak. Fuhhh, kita yg nak mengiringinya pun kena ikut lari..

Address

Medina

Telephone

+966540241680

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aku rindu Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Shopping & Retail in Medina

Show All