ILMU Simpanan EMAS

ILMU Simpanan EMAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ILMU Simpanan EMAS, Shopping & retail, Ulu Kelang, Melawati, Ulu Klang.

Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang tidak dikenakan GST oleh Kastam Diraja Malaysia disebabkan memiliki emas fizikal diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).



Ruzanna idris
PG00180437
Dealer PUBLIC GOLD

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.Saya pernah berjumpa dengan hamba Allah yang s**a beli 1 dinar sedikit-sedikit.Wal...
23/06/2021

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya pernah berjumpa dengan hamba Allah yang s**a beli 1 dinar sedikit-sedikit.

Walupun sedikit sedikit, berkat konsisten akhirnya beliau dapat kumpulkan 100 keping dinar.

Waktu tu 1 keping dinar cuma berharga RM465. Jadi harga keseluruhan cuma RM46,500.

Sekarang nie.. harga 1 dinar mencecah RM1000 sekeping. Jadi 100 dinar dah bernilai RM100,000.

Untung simpan emas untuk jangka masa panjang tuan puan.

Saya doakan anda dapat 100 dinar emas.

Mari Aminkan…

Nak mula kan simpanan emas pertama anda?JOM SY BANTU ANDA.

Tekan link di bwah utk fast RESPON
WWW.WASAP.MY/601110060250/publicGOLD

27/04/2021

INILAH 5 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN BULAN MULIA

Setiap kebaikan yang sedang anda lakukan pasti ada saja ujiannya. Sama halnya dengan berpuasa.

Mungkin hingga saat ini, masih ada saja yang berfikir untuk tidak ingin menjalankan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh ummat Muslim ini.

Namun siapa sangka, ibadah di bulan Ramadhan ini memiliki beberapa kestimewaan.

Ya, di bulan Ramadhan ini memiliki banyak kelebihan dibanding dengan bulan-bulan yang lain.

Agar dalam menjalankan ibadah di bulan suci Ramadhan kali ini ada lebih baik lagi, ada baiknya untuk mengetahui beberapa keistimewaan bulan Ramadhan.

Antaranya ialah :

1- MALAM LAILATUL QADAR.

Keistimewaan bulan Ramadhan yang pertama adalah tidak adanya malam yang lebih baik dari malam Lailatul Qadar.

Di mana malam itu hanya ada di bulan Ramadhan, sehingga setiap harinya pada bulan Ramadhan, wajib untuk melakukan amal ibadah agar dapat bertemu dengan malam yang penuh dengan kebaikan tersebut.

Tentunya dengan menjalankan amalan-amalan baik yang wajib dan sunnah.

Lailatul Qadar dalam Al-Quran di gambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Malam yang juga disebut malam seribu bulan ini adalah malam yang mulia.

Anda boleh mendapat nilainya sama dengan seribu bulan.

Hiasi malam-malam bulan Ramadhan dengan lebih banyak beribadah agar boleh mendapatkan malam seribu bulan ini.

2 - BULAN TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH.

Waktu terbaik untuk bersedekah ialah di bulan Ramadhan.

Mengapa ?

Sebab di bulan Ramadhan anda boleh merasakan, bahawa tidak semua orang mendapat kemudahan seperti yang kamu miliki.

Contohnya, tidak semua orang punya duit untuk beli makanan, membeli baju baru dan memiliki tempat tinggal yang selesa.

Oleh kerana itu, sedekah yang dilakukan dengan sungguh-sungguh akan membantu mereka yang kesusahan untuk lebih mendapat kesenangan dan keselesaan dalam menjalani ibadah puasa.

3 - BULAN YANG PENUH BAROKAH.

Berkah Ramadhan secara garis besar boleh dikatakan menjadi tiga, iaitu 10 malam pertama yang merupakan penuh rahmat Allah, 10 hari kedua yang berisi banyak maghfirah (keampunan) dan 10 hari terakhir sebagai pembebas manusia dari api neraka.

Dengan kata lain, setiap hari selama sebulan penuh berkah yang boleh kita dapatkan.

4 - AMALAN DI LIPAT GANDAKAN.

Setiap kebaikan yang dilakukan akan diberi ganjaran pahalanya. Contohnya di bulan Ramadhan ini, setiap amalan dan ibadah yang anda lakukan nilai dan pahalanya akan berlipat ganda.

Di tambah lagi dengan ibadah dan amalan istimewa yang hanya ada di bulan Ramadhan, seperti solat terawih dan memberi makan orang yang berbuka puasa sehingga ada lebih banyak amal dan ibadah yang boleh kita lakukan untuk mendapat pahala yang berlipat ganda.

5 - BULAN PENGAMPUNAN DOSA.

Allah SWT akan mengampuni dosa hambaNya sebanyak apapun saat anda bersungguh-sungguh bertaubat dan menjalankan ibadah puasa Ramadhan dengan ikhlas.

Pintu kebaikan akan terbuka lebar, terlebih dengan dilakukannya doa pengampunan dosa.

Alhamdulillah ♥️

SYARIKAT PUBLIC GOLD🏫 Sudah mula beroperasi sejak tahun 2008.🏫 Menawarkan khidmat jual beli emas dan perak.🏫 Mempunyai 1...
27/04/2021

SYARIKAT PUBLIC GOLD

🏫 Sudah mula beroperasi sejak tahun 2008.
🏫 Menawarkan khidmat jual beli emas dan perak.
🏫 Mempunyai 16 cawangan seluruh negeri.
🏫 HQ terletak di Pulau Pinang.
🏫 Juga mempunyai cawangan di Indonesia.
🏫 Turut menawarkan khidmat peti simpanan emas (Public Safe).
🏫 Website: https://www.publicgold.com.my

Gais,Antara orang yang boleh menceritakan kelebihan emas adalah mak anda.Cuba try tanya emak anda. Bagus tak simpan emas...
20/04/2021

Gais,

Antara orang yang boleh menceritakan kelebihan emas adalah mak anda.

Cuba try tanya emak anda. Bagus tak simpan emas?
Macam kes saya. Mak saya sangat menyokong bila saya cakap nak beli emas.

Sebab mak saya ada pengalaman membeli emas ketika dia muda-muda. Kemudian bila dia simpan lama maka dia dapati harganya semakin naik.

Mak saya juga ada pengalaman menggadaikan emas untuk membeli tanah di Langkawi. Jadi bagi mak saya, emas adalah harta yang boleh membantu kita waktu memerlukan tunai segera.

Nak dijadikan cerita, saya dapat satu lagi kisah bagaimana seorang mak menasihatkan anaknya untuk simpan emas.

Hal ini diceritakan oleh cikgu Lowoyon Elod Jiviol dari Sabah.
Satu hari, cikgu Lowoyon nak belikan maknya hadiah. Jadi beliau tanya mak dia "Mak, mau hadiah barang xyz atau nak emas?"

Mak dia reply "Mak mahu emas"

Cikgu Lowoyon Elod Jiviol tanya mak dia "Kenapa mahu emas?"

Maknya menjawab.

"Emas nie bagus bah... kalau kau tiada wang, kau mahu pinjam kat orang (kawan-kawan atau ahli keluarga), nanti mereka akan cakap-cakap belakang kau"

"Kalau kau mahu pinjam wang dari along, nanti kau boleh jatuh susah bah"

"Kalau kau ada emas, kau boleh gadai dan dapat duit... kau tak perlu pinjam dengan siapa-siapa"

Mendengar jawapan maknya, barulah cikgu Lowoyon sedar bahawa emas nie bukan sekadar boleh jadi hadiah untuk, namun ia berguna pada saat-saat memerlukan.

Kemudian saya cakap kat Cikgu Lowoyon "Cikgu, biasanya kalau mak cerita macam itu, biasanya dia mesti ada pengalaman. Samada pengalaman sendiri atau tengok pengalaman orang"

Saya sambung "Cikgu sudah ada kisah yang unik. Bukan semua orang ada pengalaman seperti ini"

"Apatah lagi orang yang cuma tahu emas nie sebagai simpanan dan pelaburan. Harga naik jual dan dapat untung"

"Mereka tak faham yang emas nie boleh jadi harta. Kalau pakai barang kemas, itu ibarat harta yang dipakai di badan"

"Emas juga juga diwariskan kepada orang tersayang. Nanti ia ada sentimental value. Kalau sesak-sesak nak pakai duit, emas boleh jadi talian hayat" sambung saya.

Guru emas saya ada berkata.

"Beli dan simpan emas sebagai harta.
Jika berlaku malapetaka, ia boleh diguna. Jika tiada malapetaka, maka wariskan emas tersebut kepada keturunan awak"

http://www.wasap.my/601110060250/Nakmulasimpanemas

Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Betul ke?Sekarang dah masuk Bulan March untuk tahun 2021. Azam tahun baru nak ...
17/04/2021

Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Betul ke?

Sekarang dah masuk Bulan March untuk tahun 2021. Azam tahun baru nak menyimpan RM200 sebulan macam mana?

Cek dalam akaun j*p.
Ada RM600?

Haa.

Kalau tak ada. Anda memang normal. Kita semua sama sahaja. Susah nak simpan duit, ada penyakit gatal tangan (atau boros).

Tapi ada ubatnya!

Tukar cara menyimpan RM200 sebulan, tukar kepada simpan 1gram (RM250) emas 1bulan.

Biasanya masuk 3 bulan,
Bukan setakat ada 3gram, malah berganda lagi lebihnya.

Sehari dua ni tular berita bodyguard kena pukul sebab puasa. Sejauh mana kebenarannya, masih dalam siasatan.Lepas disias...
16/04/2021

Sehari dua ni tular berita bodyguard kena pukul sebab puasa. Sejauh mana kebenarannya, masih dalam siasatan.

Lepas disiasat, rupanya majikan tu terlibat dengan kegiatan ahlong dan judi.

Orang super kaya ni bos.

Perkara yang terjadi ni semuanya tak patut. Judi tak patut. Ahlong tak patut. Pukul sebab puasa paling tak patut.

Tapi ada satu iktibar boleh diambil dari kisah ini.
Mereka simpan emas. Nah.. 100kg emas dirampas tu. Berapa jumlahnya dalam rm?

Kalau emas semasa PG sekarang ±rm24.9 juta. Fuhhh.

Sebahagian wang fiat ditukar kepada emas. Lebihannya dibiar dalam tunai. Bijak tu.

Simpan tunai banyak sangat nanti makan ruang. Kerajaan pun senang-senang tahu. Kemudian LHDN pun tak tunggu lama. Mesti kena kerja.

Nak declare tak boleh p**ak. Nanti kena sabit AMLA, Anti-Money Laundering Acts.

Wang fiat dah banyak, tak ada nak guna untuk tempoh yang segera. Nak tukar kepada mata wang asing, alah matawang negara lain pun bukan sentiasa kukuh dan stabil.

Nampaknya simpan dalam bentuk emas 1 kg 100 keping juga yang praktikal. Anai-anai tak makan, inflasi pun tak makan.

Kalau tak ada sebab macam ni, mungkin tak ada orang tahu dia simpan kekayaan macam ni.

Begitulah.

Orang kaya simpan emas. Orang tak kaya lebih patut simpan emas.
Moh la buka akaun skrg dgn Public Gold.

Keterangan lanjut wasap sy 01110060250 atau tekan link di bawah
Www.wasap.my/601110060250/naktahuttgPublicGold

Hari ini saya nak berkongsi satu rahsia tentang emas. Dalam dunia emas, siapa yang mula dulu atau siapa yang baru bermul...
13/04/2021

Hari ini saya nak berkongsi satu rahsia tentang emas. Dalam dunia emas, siapa yang mula dulu atau siapa yang baru bermula menyimpan emas tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah .

Pengalaman saya melihat,

1. Seseorang yang mula awal iaitu 5 tahun lalu dengan menyimpan 1gram dan hingga kini simpanan beliau 1gram.

2. Seseorang yang baru sahaja bermula menyimpan tahun lalu. Permulaan menyimpan 1gram dan kini simpanan beliau telah pun hampir 50gram.

Kenapa?

Konsisten
Konsisten
Konsisten

Ya itulah jawapan dan tips. 🥳

Moga perkongsian ringkas ini memberi 1001 manfaat & semangat ya 💪🏻😙

AURA EMASApabila kita mula menyimpan EMAS, akan ada rasa perasaan untuk melindunginya daripada digadai atau dijual. Buka...
04/04/2021

AURA EMAS

Apabila kita mula menyimpan EMAS, akan ada rasa perasaan untuk melindunginya daripada digadai atau dijual.

Bukan setakat menjaga apa yang ada tetapi memiliki lagi sebagai aset kita kerana ianya mudah dimiliki dan dikumpul. Ianya mudah dimiliki kerana boleh dimulakan dengan serendah RM100 atau 1g.

Apabila simpanan EMAS ini bermatlamat maka kita akan mempercepatkannnya dalam mencapai matlamat tersebut. Secara tidak langsung sikap boros kita akan terus lenyap dengan menyimpan EMAS.

www.wasap.my/601110060250/jom-kumpul-emas
www.wasap.my/601110060250/jom-kumpul-emas
www.wasap.my/601110060250/jom-kumpul-emas

Nak ilmu simpanan emas?
Hubungi sy
Ruzannna

Simpanan Emas Sebagai ‘Forgotten Saving’!1. Bila simpan duit dalam bank, rasa gatal je tangan nak guna duit tu. Macam-ma...
04/04/2021

Simpanan Emas Sebagai ‘Forgotten Saving’!

1. Bila simpan duit dalam bank, rasa gatal je tangan nak guna duit tu. Macam-macam nak dibelinya. So simpanan tu susah nak bertambah. Malah lebih pantas berkurang.

2. Tapi bila ubah simpanan tu dalam bentuk emas, ia bertahan dijadikan sebagai simpan dan dilupakan.

Jangka masa panjang, nilainya akan bertambah. Nak jual emas tu pun rasa sayang.

3. Jadi, bila masuk gaji je alihkan terus dengan beli emas sebagai ‘forgottten saving’ dan selebihnya boleh simpan di asb ke tabung haji ke dll jika mahu.

Nilai emas tak susut seperti nilai mata wang. Malah makin meningkat nilainya. Haa gitu.

Bagi yang ingin mula simpan emas, saya boleh bimbing anda sehingga faham dan kenal dengan emas Public Gold.

Ruzanna @ roza
01110060250

03/04/2021

💛Fun Fact 10 Dinar Public Gold💛

Ini adalah Emas 10 Dinar Public Gold dari Dinar Series. Beratnya adalah 42.5gram 99.9% Emas 24K.

Bagaimana dengan harga p**a? 🤔

Purata harga mengikut tahun;

Harga 2015: RM6,375.00
Harga 2017: RM7,862.50
Harga 2019: RM8,415.00

Hari ini?
Harga 3 April 2021: RM10,624.00

Peningkatan nilai RM4,249.00 iaitu sebanyak 66.67% berbanding 2015.

Menarik kan?!

Bonus tip: 10 Dinar ni boleh bayar ansuran bulanan tau. 🤭

Itulah serba sedikit fakta tentang 10 Dinar.

Selamat berhujung minggu. 😊

Ruzanna
http://wasap.my/601110060250/EPP10Dinar

*Kelebihan emas Public Gold*:1. Reputasi yang tinggi.---------------------------Diterima gadaian di semua Arrahnu termas...
03/04/2021

*Kelebihan emas Public Gold*:

1. Reputasi yang tinggi.
---------------------------
Diterima gadaian di semua Arrahnu termasuk Arrahnu Terbesar di Malaysia iaitu Arrahnu Pos Malaysia, Bank Co-op, Agrobank dan Bank Rakyat.

2. *Banyak Pilihan ikut kesesuaian bajet*
------------------------------------
Bermula emas fizikal serendah 0.5 gram sehingga 1 kg (1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 1 Dinar, 5 dinar, 10 Dinar, 50 gram, 100 gram).

Boleh beli emas secara ansuran selama 4 bulan (empat kali bayar).

Penggump**an emas melalui Akaun amat memudahkan pembelian. Boleh mula dengan serendah RM100 dan redeem dalam bentuk emas fizikal.

3. Tiada SST ke atas emas Public Gold
--------------------------------
Sebab itu emas Public Gold antara emas termurah di Malaysia. Sebagai contoh harga emas Public Gold hari ini 182/gram.

Berbeza dengan beberapa syarikat emas yang lain. Ada yang berharga Rm202 ditambah 6% GST, kos pengurusan dan sebagainya.

4. Susut nilai kecil
————————-
Kebiasaannya jika kita jual semula barang kemas di kedai, harga yang diambil begitu rendah. Susut nilai di kedai biasanya dari 20% hingga 40% dari harga semasa.

Bagi emas Public Gold p**a dari 6% hingga 9% bergantung kepada berat emas. Makin berat emas maka semakin kecil susut nilai.

5. Boleh beli / jual 24 jam
--------------------------
Pembelian boleh dibuat bila-bila masa 24 jam sehari. Place order secara online dan buat pembayaran, esok harinya anda terus collect emas fizikal di cawangan Public Gold yang terdekat.

6. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
---------------------------------------
Saya kira hampir semua negeri ada cawangan Public Gold termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini memudahkan proses pengambilan emas serta mendapatkan maklumat terkini mengenai emas Public Gold ini.

Ini antara kelebihan menyimpan emas Public Gold. Ada banyak lagi sebenarnya yang saya tidak nyatakan di sini.

Walaubagaimanapun, jika mahu mendapatkan info lebih mengenai Simpanan emas Public Gold ini, dan bagaimana caranya untuk tuan-tuan membelinya, tuan-tuan boleh terus tanya saya di talian :

Ruzanna Idris
Dealer Public Gold
Hp: 01110060250

Semoga ianya bermanfaat!

Address

Ulu Kelang, Melawati
Ulu Klang
68000

Telephone

+601110060250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILMU Simpanan EMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share