OWL BETTA FARM

OWL BETTA FARM -Perkongsian Ilmu usahawan ikan laga hybrid
-Penternakan Ikan laga
-Menjual memborong Ikan laga
-le

Penjualan runcit,lelongan,penternakan,usahawan ikan hybrid Betta

Assalamualaikum mana tahu masih ada yg Newbie boleh rujuk langkah..langkah di bawa baru atau lama tapi mahu recall cara ...
19/12/2021

Assalamualaikum mana tahu masih ada yg Newbie boleh rujuk langkah..langkah di bawa baru atau lama tapi mahu recall cara breed tu bila dah b*k sgt breeder dan perkongsian di YouTube kita jadi bingung..sama..sama kita belajar min pun ada masa breed ikan min skrg nie setelah beberapa lama bercuti akibat harga ikan di pasaran..local jatuh MCM harga ikan tahun 90an pulak skrg nie yang mana masih mempertahankan genetik anda tu teruskan belajar breed dan jual sendiri tidak merugikan dari jual pada Seller harga jatuh..jatuh sehinggahkan b*k breeder yg stop dan cuci tangan..memang rezeki itu kita cari dan usaha tapi biarlah jgn sampai komuniti kita jatuh kawan live bid group di FB dan whssp Telegram betul2 susah mahu buat ikan laris..jika kita mahu bertahan fikirkan..hati dan perasan dan juga usaha rakan2 seperjuangan kita..

19/12/2021

Doakan semoga rakan2 kita yg di landa musibah di semenjung sana skrg ini dipermudahkan ujian mereka..

20/11/2021

Assalamualaikum dan selamat malam
Malam nie admin mahu cerita sikit perbualan antara 2 Not Duit iaitu Not rm1 ringgit dan Not rm50 ringgit...
Di jadikan cerita Not..Not ini bertemu di satu laci duit jurujual
di dalam laci tersebut juga ada Not-Not keping dan siling..
Dengan bangga
Rm50 : berckp panasnya di dalam laci ini biasanya aku duduk tempat sejuk aircond di restoren mewah,hotel butik2 x pernah rasa panas bgini

Not-Not lain : wow iya ka 50 bestnya x la hidup kau sensarakan MCM kami nie kesian

Rm10.00 : Dengan agak lusuhnya berckp aku nie tidak la semewah kau 50 hidup ku di pasar,kedai runcit,gerai yg manusia selalu pegang aku hinggakan dahulunya aku cantik cerah licin wangi jadi bgini.

Rm50 : Itu la dah nasib kau 10 nilai MU kecil berbanding aku 5 kali ganda dari kau..hahahahahaha

Rm5 : Samalah aku nie 10 hidupku di tangan pemandu bas,teksi nilaiku utk pergerakan manusia baktiku bila menjelang hari raya dimana org2 tertentu akan bagi aku pada tangan anak2 yatim

Rm10 : Samalah kita syukur kerana kita merasa tangan2 anak2 syurga manusia yg menghargai nilai kita.

Rm50 : Terasa sebak 50 kerana meningatkan dirinya yg selalu digunakan utk diberikan kepada penerima rasuah,di casino hotel..hotel

Di sudut ruangan peti duit muncul bayangan Rm1

Rm1 : Assalamualaikum panjang cerita rakan2 ku

Rm 5 : Mengenang nasib Nila2 diri kita...bila berada ditangan manusia nie 1

Rm 1 :. Aku pun selalu..berada ditempat kamu tu 10 dan 5 cuma aku bersyukur oleh kerana nilaiku bgini aku sering singgah di tabung masjid tabung derma madrasah tabung anak2 yatim itula kehidupanku.tapi itula nilaiku pada manusia tapi terasa tenang bila berada ditangan pada hamba Allah yang menerimaku bila aku dijadikan pemberian mereka pada tangan memerlukan.walupun nilaiku kecil aku syukur kerana di tangan2 mereka.

Rm50 : Betul tu 1 maafkan aku kerana bangga pada nilaiku semoga satu hari nanti ada manusia menggunakan nilaiku pada jalan yg benar..

Rm10 : Aminnn

Rm 5 : Aminnn

Rm 1. : Aminn in Sha Allah.
Perbulalan mereka terputus setelah laci duit tersebut di buka oleh juruwang tersebut semoga bwrtemu.laln

Salam berhujung minggu gais,Lama admin sibuk..semoga sahabat2 semua sihat dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhira...
30/10/2021

Salam berhujung minggu gais,Lama admin sibuk..semoga sahabat2 semua sihat dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat
Foto sekadar hiasan

Sepa pun kita sentiasa belajar salam jumaat..
03/09/2021

Sepa pun kita sentiasa belajar salam jumaat..

05/08/2021

Sentiasa terus bersama perjuangan penternak dan peminat ikan laga(Betta)

25/07/2021

Selamat Berhujung minggu
Jom Vaksin kita jaga kita
Agar comp kita terus berjalan..

26/06/2021

Assalamualaikum selamat malam dan selamat berehat yg breed teruskan usaha walaupun market ikan agak drop kita tetap usaha pasti ada rezeki yg penting nawaitu kita..Allah SWT sentiasa akan memberikan kita rezeki..selagi kita bermohon kepada Nya.

Assalamualaikum dan selamat petang semua sahabat sehobi semoga anda semua di dalam sihat dan dimurahkan rezeki.Pada hari...
23/06/2021

Assalamualaikum dan selamat petang semua sahabat sehobi semoga anda semua di dalam sihat dan dimurahkan rezeki.Pada hari ini kita berkongsi penyakit ikan yg sentiasa kita takut di kalangan.penternak,penjual dan penghobi ikan Betta
Berikut
Fakta Mengenai Penyakit ‘Dropsy’ & Cara Merawat Dengan Betul

Salam sejahtera kepada anda semua komrad.

Baik, hari ini aku nak menulis satu perkara yang boleh dikatakan setiap player ikan betta pernah merasa atau akan melaluinya. Semalam, di page Seven Fighter Betta House aku ada bercerita berkenaan sekumpulan ikan memakan telur ikan female yang telah mati. Daripada situ, ada soalan berkenaan overfeeding serta SBD (Swim Bladder Disease) dan pada masa yang sama ada yang hantar soalan di messenger berkenaan penyakit ‘dropsy’ atau “sisik nenas”.

Jadi, persoalannya, apakah itu penyakit ‘Dropsy’ ini?

Pertama, kita perlu memahami beberapa perkara berkenaan penyakit ini. Okey, penyakit ‘dropsy’ ini lebih kurang penyakit edema (disebut Oedema) di kalangan manusia. Dimana simptom yang terjadi adalah tisu-tisu di ruang badan dipenuhi dengan cecair dan dimana badan tidak mampu lagi untuk merembes atau mengeluarkan cecair tersebut ke luar dan ini akan mengakibatkan ikan tersebut menjadi ‘bloating’ (kembung air).

PUNCA IKAN TERKENA ‘DROPSY’

Salah satu salah tanggapan pada penyakit ‘dropsy’ ini adalah ia dianggap sebagai jangkitan. Sebenarnya, ‘dropsy’ bukanlah jangkitan akan tetapi lebih kepada simptom masalah organ dalaman yang gagal berfungsi dengan normal atau seperti biasa. Dengan erti kata lain, kesihatan ikan yang tidak elok. Punca seperti diet permakanan yang tidak bersih (kutu air yang berpenyakit, jentik-jentik yang berpenyakit) , memberi makan dengan terlalu banyak (overfeeding), kualiti air yang terlalu kotor, campuran ikan lain yang tidak dikuarantin dengan ubat anti bakteria terlebih dahulu, luka yang dalam tidak dirawat sehingga menjejaskan immunisasi badan ikan tersebut, bengkak dalam akibat pergaduhan semasa proses breeding atau bergaduh dengan ikan lain. Apabila kesihatan telah ditahap kritikal maka terjadi terjadilah ‘dropsy‘, disitu barulah satu bakteria wujud didalam badan ikan tersebut yang dipanggil sebagai ‘gram-negative bacteria’ contoh seperti Klebsiella, Acinetobacter, Pseudomonas aeruginosa, dan E. coli.

sumber : japanesefightingfish.org
SIMPTOM ATAU TANDA IKAN TERKENA ‘DROPSY’

Tanda-tanda simptom ikan laga tersebut telah “terkena” penyakit ‘dropsy’ adalah seperti, sisik di badan ikan tersebut akan terkeluar dari badanya dan jika dilihat daripada atas seperti rupa kulit nenas. Ini adalah petanda utama. Kemudian, ikan laga tersebut kelihatan kembung (bloated) terutama di bahagian perut. Akhir sekali, ada kalanya mata ikan akan terkeluar (popping-eye) dan membengkak bulat. Jika ketiga-tiga simptom ini dapat dilihat dengan jelas, maka ternyatalah ikan tersebut telah di tahap yang membahayakan. Ini kerana, kadar untuk sembuh bagi ikan yang terkena penyakit ‘dropsy’ adalah 50/50. Hidup atau mati telah berada di ambang-ambang hujung nyawa. Kerana itulah, pembela atau player ikan betta amat risau dengan penyakit ini.

Selain itu, terdapat juga simptom-simptom lain seperti warna ikan aga menjadi pudar atau pucat, tulang belakang atau badan menjadi bentuk ‘curve’ atau bengkok kerana badan telah kembung. Daripada segi mental, ikan yang terkena penyakit ini sudah tidak aktif lagi. Mereka lebih gemar menyendiri, duduk di dasar dan selera makan hilang secara mendadak. Makanan tidak lagi menarik perhatian mereka. Tahap kesihatan ikan laga akan menjadi lebih teruk daripada semasa ke semasa apabila jangkitan kuman tadi berlaku dan merebak keseluruhan organ dalaman. Ini disebabkan cecair yang tidak dapat dikeluarkan tadi akan menolak organ dalaman mereka sehingga ke tepi badan atau terkeluar daripada kedudukan asalnya. Pada saat ini, ikan akan merasa sempit dan sukar untuk bernafas serta setiap pergerakkan adalah membebankan dan meletihkan.

sumber : bettainfo.com
CARA MERAWAT IKAN YANG TERKENA ‘DROPSY’

Untuk merawat ikan laga yang telah terkena penyakit ‘dropsy’ bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebanyakkan player tewas malah penulis juga pernah melalui situasi ini. Semasa terjadi, penulis masih ‘blur’ dan tidak tahu punca dan bagaimana cara untuk merawat penyakit yang membunuh ikan ini. Setelah itu barulah penulis cakna akan penyakit ini.

Disini terdapat cara yang pernah digunakan oleh penulis dalam merawat ikan yang terkena penyakit ‘dropsy’ ini.

sumber : freshwaterorg.com
Untuk aquarium salt, penulis menukarkan kepada garam biru manakala untuk ubat antibiotics, penulis menggunakan ubat ikan jenama S1. Daripada segi diet pemakanan, penulis hanya memberi makan sekali sehari dengan kuantiti yang amat sedikit. Penggunaan heater digunakan dengan meletakan suhu pada 30 darjah celcius dan ikan dibiarkan didalam gabus atau akuarium petak yang mempunyai permukaan yang rata. Setiap hari air akan ditukar sebayak separuh air yang ada. Paras air hendaklah rendah dimana ikan tidak perlu berenang ke permukaan dengan lama. Batu oksigen digunakan untuk mempercepatkan proses ‘recovery’. Proses rawatan ini mengambil masa dua minggu dan ada kalanya 4 minggu (sebulan). Namun apabila ikan tersebut telah sihat, dia masih perlu perhatian kerana organ dalaman yang yang telah rosak amat sensitif pada apa sekalipun baik makanan atau jatuh ke lantai, bergaduh dan aktiviti flare.

Apabila mempunyai pengalaman ikan laga terkena penyakit ‘dropsy’, maka baru anda akan tahu pepatah

“mencegah lebih baik daripada merawat’ adalah benarrr.

Sumber Seven Betta House..
Nice sharing
That’s all folk, take care your fish komrad.

17/06/2021

Assalamualaikum tumpang iklan ya admin
Male yg mahu di niagakan
Umur mahu 6Bulan boleh jadi bapa yg solehah
Dan pandai jaga anak
Pm 0165898069
Area Tawau.
Jauh boleh pos

Assalamualaikum tumpang iklan ya adminMale yg mahu di niagakanUmur mahu 6Bulan boleh jadi bapa yg solehahDan pandai jaga...
17/06/2021

Assalamualaikum tumpang iklan ya admin
Male yg mahu di niagakan
Umur mahu 6Bulan boleh jadi bapa yg solehah
Dan pandai jaga anak
Pm 0165898069
Area Tawau.
Jauh boleh pos

Address

Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OWL BETTA FARM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share