PembekaL BILIS TAWAU

PembekaL BILIS  TAWAU kami menawarkan harga borong dan runcit
bagi pasaran seluruh Malaysia...

27/02/2021

Assalamualaikum semua

Ok kita buka kedai semula...

Kemana sahaja kami akan layan...
29/07/2020

Kemana sahaja kami akan layan...

18/07/2020

Ini adalah rupa bentuk bagang...
Ikan d rebus dan d kering d atas laut...agar kualiti sentiasa terjaga...

Tidak perlu risau pasal penghantar Semua kami urusBilis belah@kopek rm32 termasuk posBilis mata biru rm38 termasuk posBi...
15/07/2020

Tidak perlu risau pasal penghantar
Semua kami urus

Bilis belah@kopek rm32 termasuk pos
Bilis mata biru rm38 termasuk pos
Bilis no1½ rm26 termasuk pos
Bilis no 2 rm22 termasuk pos

Semua harga d atas adalah dalam perkilogram

InfoIKAN BILIS BANTU KESUBURAN SERTA KEHAMILAN??IKAN BILIS terkandung lemak omega-3, protein dan kaya dengan vitamin E, ...
06/07/2020

Info

IKAN BILIS BANTU KESUBURAN SERTA KEHAMILAN??
IKAN BILIS terkandung lemak omega-3, protein dan kaya dengan vitamin E, D, mineral, kalsium dan selenium. Malah khasiat IKAN BILIS ini boleh didapati didalam kapsul Omega-3.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil Omega-3 (samada raw material atau kapsul) boleh mempunyai hasil kesuburan yang lebih baik. Kadar mereka untuk hamil adalah lebih tinggi, kadar cenderung utk keguguran menjadi lebih rendah, dan risiko kelahiran pra-matang juga rendah.
Semasa mengandung, omega-3 lemak adalah penting untuk otak, tulang belakang, dan pembangunan mata bayi. Selain itu, ia membantu merawat endometriosis dan fibroid. Jadi jom banyakkan menu ikan bilis p**a!
Selepas ini boleh perbanyakkan ikan bilis dalam menu harian dan jangan lupa amalkan Set Kesuburan Furmon sekali untuk tingkatkan Kesuburan. 🌸

17/06/2020
🐟BILIS HARGA KAKI LIMA KUALITI BINTANG ⭐⭐⭐⭐⭐ LIMA👍👍Kami bekalkanhasil laut seperti 🐟bilis,🦐 Udang kering dan banyak lagi...
17/06/2020

🐟BILIS HARGA KAKI LIMA KUALITI BINTANG ⭐⭐⭐⭐⭐ LIMA👍👍

Kami bekalkanhasil laut seperti 🐟bilis,🦐 Udang kering dan banyak lagi hasil laut termasuk ikan keropok,ikan masin DLL hasil laut
Dengan harga *KAKI LIMA*

====================

*KELEBIHAN BILIS KAMI*

👉 *Kualiti Bintang Lima*
👉 *Garing*
👉 *Tidak Liat*
👉 *Harga Kaki lima*
👉 *Bilis Terbaik Dunia*

*KEISTIMEWAAN BELI DENGAN KAMI*

1) Barangan Sampai Dalam Masa 2-3 Hari
Masa Anda Dapat Dijimatkan *(tergantung pos laju kawasan masing²)*
2) kos pos hanya rm18 untuk 3kg.. sangat berbaloi
3) 💯% DIusahakan oleh muslim sepenuhnya
4) kami sediakan harga borong
========================================

*NAK BUAT TEMPAHAN MUDAH DAN HARGA BORONG CUMA KLIK LINK DI BAWAH*

Whatsapp tekan http://www.wasap.my/601150000037

http://www.wasap.my/60178205695

http://www.wasap.my/60149939914

13/06/2020

Sambal tumis ikan bilis

Resepi turun temurun

Bahan-bahan diperlukan:
🐟ikan bilis 4 genggam tgn - digoreng dulu
🌶️cili kering siap blend - 4 senduk nasi
🧅bawang merah 3 +
🧅bawang besar 1 +
🧄bawang putih 1 ulas
air asam jawa - sikit

ikan bilis - amik sikit je then tumbuk

minyak menggoreng

garam dan gula

terp**ang kalau s**a letak belacan sikit dan ajinomoto -
Cara menyediakan dan memasak:
Goreng ikan bilis sehingga garing - angkat dan tos kan

guna minyak yg sama - tumis sampai wangi bawang2 yg dah di blend dan masukkan ikan bilis yg ditumbuk sikit tadi

(utk pekatkan kuah dan sbgi bahan perasa semulajadi)

masukkan cili blend - masak sebentar sampai minyak naik

masukkan air asam jawa, garam dan gula - masak sekejap then rasa

biar menggelegak dalam 10 minit ngn api sederhana kecil

lepas nmpk cantik dah sambal tu, rasa skali lagi

last - campurkan ikan bilis yg dah digoreng awal tadi - gaul sekejap dan tutup api...tadaaa..

tips : minyak kena banyak, garam kurangkan sbb ikan bilis dah masin, api x leh besar..hehe...cuba lah..

KHASIAT IKAN BILISIkan bilis ialah ikan kecil yang banyak terdapat di lautan beriklim sederhana di seluruh dunia. Ikan b...
12/06/2020

KHASIAT IKAN BILIS

Ikan bilis ialah ikan kecil yang banyak terdapat di lautan beriklim sederhana di seluruh dunia. Ikan bilis yang telah di awet kering kebanyakannya digunakan untuk tujuan perasa dan ditambah ke banyak hidangan lain dan digunakan sebagai bahan perasa makanan.

Selenium
Ikan bilis adalah sumber yang kaya dengan selenium yang merupakan mineral yang sangat mesra jantung. Selenium memainkan peranan mikro nutrien dalam menjaga kesihatan dengan mencegah arteri daripada tersumbat dan mengekalkan saluran darah dalam keadaan sihat. Ini adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan mencegah strok. Selenium juga memastikan bahawa fungsi-fungsi tiroid dalam keadaan normal dan mengekalkan kesihatan sel-sel dalam badan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa jumlah selenium yang cukup dalam badan dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser kulit, paru-paru, prostat dan perut.

Polyunsaturated Asid Lemak
Pada masa ini, kebanyakan kita sedar tentang manfaat kesihatan memakan ikan berminyak. Manfaat ini adalah disebabkan terutamanya untuk pelbagai jenis lemak 'baik', seperti omega 3 asid lemak yang terkandung dalam kebanyakan ikan. Lemak ini adalah sangat berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana. Lemak ini juga mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser dan menggalakkan pertumbuhan tisu malignan dalam badan. Ikan bilis juga sarat dengan lemak politaktepu bermanfaat.

Kalium
Kalium memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan saraf dan otak bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Tahap kalium yang sihat juga perlu untuk mengekalkan kesihatan otot. Mineral ini mempunyai peranan penting untuk membantu memudahkan fungsi otot dan memastikan bahawa struktur otot dapat mengecut apabila perlu. Otot yang gagal mengecut secara normal boleh membawa kepada akibat yang serius seperti keabnormalan kardiovaskular atau kegagalan organ-organ atau sistem fisiologi yang melibatkan pengecutan otot seperti saluran gastrousus.

Vitamin penting
Sama seperti kebanyakan jenis ikan lain yang berminyak, ikan bilis adalah sumber yang kaya dengan tiga vitamin kuasa iaitu A, D dan E. Kedua-dua vitamin A dan D adalah perlu bagi menggalakkan dan mengekalkan kesihatan tulang selain mengekalkan sistem imun dalam keadaan sempurna. Vitamin E bersama-sama dengan Vitamin A adalah nutrien penting dalam mengekalkan kesihatan kulit dan menggalakkan kesihatan badan dan minda dengan bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

Kalsium dan Protein
Seperti kebanyakan ikan dan lain-lain daging alternatif tanpa lemak, ia adalah sumber yang kaya dengan protein dan kalsium. Pengambilan protein yang mencukupi memastikan otot dan tisu anda kekal dalam keadaan yang baik. Pengambilan kalsium juga perlu bagi memastikan tulang anda tetap kuat. Struktur rangka tulang yang sihat dapat mengurangkan ancaman osteoporosis.

AMARAN PERMAKANAN IKAN BILIS
Ikan bilis adalah antara barangan makanan yang kaya purin yang meningkatkan tahap asid urik.Jika anda mengalami gout atau sakit sendi dan mengambil berat tentang menjaga paras asid urik anda , pastikan anda mengambil dalam jumlah yang sederhana.

ALhamdulillah jln lgi brang..rezeki pagi hari..twau-kk
08/06/2020

ALhamdulillah jln lgi brang..rezeki pagi hari..twau-kk

Selalunya , pembeli yg excited mahu harga murah tp nak kualiti bintang lima...Tetapi dengan kami sebaliknya ,kami yg exc...
07/06/2020

Selalunya , pembeli yg excited mahu harga murah tp nak kualiti bintang lima...Tetapi dengan kami sebaliknya ,kami yg excited bagi harga kaki lima serta kualiti bintang lima,

Alhamdulillah agent dan pengguna tidak melepas peluang tuk dapatkan stok dari kami

Masih tercari2 pembekal bilis harga kaki lima kualiti bintang..jangan segan2 bertanya bosku😍😍😍😍😍

www.wasap.my/601150000037


Address

Kampung Indera
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PembekaL BILIS TAWAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share