Try Jang

Try Jang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Try Jang, Shopping & retail, Repah, Tampin.

[BENIH AJAIB]Di sebuah kampung terdapat seorang petani yg berjaya. Beliau mempunyai sebuah ladang jagung yg subur. Hasil...
21/09/2017

[BENIH AJAIB]

Di sebuah kampung terdapat seorang petani yg berjaya. Beliau mempunyai sebuah ladang jagung yg subur. Hasil tanamannya adalah yg terbaik. Mana tidaknya, setiap kali pertandingan buah terbaik akan dimenangi oleh beliau.

Lalu anak beliau bertanya kehairanan tentang bagimana ayahnya mampu menghasilkan jagung yg berkualiti tinggi secara berterusan.

Petani ini menjawab, "Rahsianya adalah ayah mempunyai benih ajaib. Benih ajaib yang terhasil daripada persekitaran yang kondusif. Cara mendapatkanya adalah dengan memberikan benih-benih dari ladang ayah kepada seluruh penduduk kampung.

Si anak kehairanan lalu bertanya, "Bagaimana dengan cara itu mampu menghasilkan jagung yang baik?"

Sambil tersenyum petani itu menjawab, "Apabila seluruh pokok di kampung ini berkualiti, maka debunga yang dirembeskan juga adalah yg baik. Sekiranya debunga itu rosak, maka akan menurunlah kualiti pokok-pokok jagung yg lain apabila debunga itu melekat pada pokok yg lain."

Petani itu menambah lagi, "Begitulah juga dengan kehidupan wahai anakku. Sekiranya engkau ingin berjaya, maka bantulah orang di sekelilingmu untuk berjaya sekali agar kejayaanmu itu berkekalan dan kamu tidak terbeban dengan orang disekelilingmu."

[Kisah bagaimana membesarkan rumah tanpa menggunakan duit yang banyak?]Syahdan, pada suatu masa dahulu, terdapat seorang...
20/09/2017

[Kisah bagaimana membesarkan rumah tanpa menggunakan duit yang banyak?]

Syahdan, pada suatu masa dahulu, terdapat seorang lelaki yang kedekut ingin membesarkan rumahnya. Lalu dia berjumpa Abu Nawas untuk mendapatkan nasihat.

Setelah beristighfar, Abu Nawas menasihati beliau untuk membela sepasang ayam lalu datang semula selepas 3 hari. Walaupun merasa pelik, beliau tetap melakukanya dek kerana reputasi Abu Nawas sebagai orang yg telah banyak menyelesaikan masalah.

Setelah 3 hari, Abu Nawas mengarahkan beliau untuk membela sepasang itik p**a dan datang semula selepas 3 hari. Makin peninglah lelaki kedekut ini tetapi dia tetap akur dengan arahan Abu Nawas.

Setelah 3 hari, Abu nawas mengarahkan p**a lelaki itu untuk membela kambing. Dengan hati yang berat lelaki ini mengikut sahaja kata Abu Nawas.

Namun baru sahaja sehari lelaki itu datang semula berjumpa Abu Nawas dek kerana tidak tahan kerana rumahnya sudah menjadi seperti reban atau kandang haiwan. Isteri dan anaknya menjadi tidak selesa.

Lalu Abu Nawas meminta beliau untuk menjual kambing yang dibelinya itu. Lelaki kedekut itu mengikut sahaja arahan Abu Nawas. Setelah beberapa hari beliau datang semula bertemu Abu Nawas.

(AN : Abu Nawas , LK : Lelaki kedekut)

AN : Bagaimana keadaan rumahmu setelah dijual kambing tersebut?

LK : Alhamdulillah lebih selesa dan semakin kurang sesaknya seperti sebelum ini.

AN : Jual p**a Itik itu dan setelah 3 hari jual p**a ayam tersebut kemudian datang semula bertemu denganku.

Setelah beberapa hari, lelaki tersebut datang semula.

AN : Bagaimana keadaan rumahmu?

LK : Alhamdulillah, isteri dan anakku tidak lagi merungut seperti dahulu. Keadaan menjadi lebih selesa. Rumahku sudah menjadi lebih luas.

AN : Begitulah caranya untuk meluaskan rumahmu. Hanya dengan bersyukur.

Lelaki itu tertunduk malu dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar. Benarlah firman Allah

(وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ)
[Surat Ibrahim 7]

Bermaksud : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


Assalamualaikum📱Original Phone🇲🇾Malaysia Set1 year local manufacturer warranty/ center warrantyAntaranya:- Samsung Galax...
19/09/2017

Assalamualaikum
📱Original Phone
🇲🇾Malaysia Set
1 year local manufacturer warranty/ center warranty

Antaranya:-

Samsung Galaxy S8 64gb (RM2699)

Huawei P10 plus 128gb (RM2439)

😍Murah???

🤔Bagaimana p**a harga phone yang lain???

Hubungi :
+60169423810 (yus)
📥https://api.whatsapp.com/send?phone=+60169423810 #

😊Cepat selagi stock masa ada.

📦 Cara Penghantaran:-
🛵 COD : N9 (Tampin & Rembau)
📬 Pos

Address

Repah
Tampin
73000

Telephone

+60 16-942 3810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Try Jang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share