06/11/2024
5DT
Bulan Disember ini dibuka satu lagi tawaran biasiswa pengajian 5 Dimensional Thinking 6 hari di Istanbul. Mengapa saya sebut 'satu lagi?'
Pengambilan pertama 21 - 26 Disember untuk 25 peserta sudah penuh. Maka dibuka satu lagi kump**an 30 Disember - 4 Januari.
Beberapa kenalan kami terpilih untuk hadir alhamdulillah. Sediakan tambang kapal terbang dan duit buat belanja ole ole sahaja. Yang lain, ditanggung oleh institusi wakaf di sana.
Ridzuan, Zaim Zamri dan saya belajar 5DT semasa musim panas 1 - 6 Ogos yang lepas. Pulang sahaja ke tanah ini, kami susun sesi perkongsian dan anjurkan siri pelatihan untuk rakan-rakan guru, pensyarah, serta komuniti homeschooling.
Dr Necati Aydin dan Puan Uzma Ahmed, penyelidik dan fasilitator utama 5DT datang ke Malaysia bulan September baru-baru ini.
JIKA ANDA BARU TAHU dan mahu belajar pendekatan 5DT ini, sesi hibrid Zoom + kelas fizikal di Malaysia sedang dibuka pendaftarannya.
3 sesi wajib hadir:
1. Zoom 16 Nov 2024 (11 pagi - 2 petang)
2. Zoom 14 Dis 2024 (11 pagi - 2 petang)
3. Fizikal hujung Jan/awal Feb (9 pagi - 5 petang) di Bangi bersama Dr. Necati, Pn Uzma dan pasukan 5DT Malaysia.
RM350 sahaja
** Ini termasuk penilaian untuk pensijilan Tahap 1
Berbaloi.
Cara memandang alam akan lebih tajam dan mendalam.