NSR Nashiroll

NSR Nashiroll hand made knife
(1)

Sebilah parang bukan sekadar besi yang ditajamkan.Di sebalik setiap bilah ada proses pemilihan bahan, pembentukan, heat ...
13/06/2026

Sebilah parang bukan sekadar besi yang ditajamkan.

Di sebalik setiap bilah ada proses pemilihan bahan, pembentukan, heat treatment, pemasangan hulu dan kemasan akhir yang dibuat satu per satu.

Sebab itu setiap bilah handmade ada identiti dan karakter tersendiri.

Kami bukan berlumba menghasilkan paling banyak bilah, tetapi berusaha menghasilkan bilah yang boleh digunakan dengan yakin.

NSR Nashiroll akan terus memberikan yang terbaik untuk semua pengguna .

C1202 πŸ’₯Datang dengan bilah 12 inci yang memberi keseimbangan antara kuasa dan kawalan.Bentuk bilah yang lebar di bahagia...
12/06/2026

C1202 πŸ’₯

Datang dengan bilah 12 inci yang memberi keseimbangan antara kuasa dan kawalan.

Bentuk bilah yang lebar di bahagian hadapan membantu menghasilkan tetakan yang lebih padu untuk menebas semak, buluh dan ranting.

Hujung bilah yang kukuh p**a lebih tahan untuk kerja lasak di hutan dan kebun.

Dengan ketebalan 4.5mm, ia cukup kuat untuk kerja berat tanpa terasa terlalu berat di tangan.

Satu parang. Pelbagai kerja.
🌿 Menebas semak
🌿 Membersih kebun
🌿 Memotong buluh
🌿 Membelah kayu

Dicipta untuk digunakan, bukan sekadar dipandang.

Dapatkan di sini πŸ‘‡πŸ‘‡

https://s.shopee.com.my/4ftnB9Dk7G

https://vt.tiktok.com/ZS9jjaGBxdN3Y-wHjxv/

wassap.my/601164027943?c1202

- SESUAI BAWA MASUK HUTAN - BOLEH TEBANG POKOK - BOLEH TEBANG BULUH - MERINTIS - MENCANTAS - BELAH KAYU DETAIL - BILAH FULL TANK - BILAH 12 INCI - HULU 6 INCI - TEBAL 4.5MM - BESI 760 - SARUNG KYDEX - HULU ARANG BUNGA PENJAGAAN - CUCI SELEPAS DI GUNAKAN - LAP MENGGUNAKAN KAIN SEHINGGA KERING - SAPU....

Kenapa hulu kayu kadang-kadang nampak sedikit mengecut?Ramai yang terkejut bila nampak hulu kayu berubah sedikit selepas...
11/06/2026

Kenapa hulu kayu kadang-kadang nampak sedikit mengecut?

Ramai yang terkejut bila nampak hulu kayu berubah sedikit selepas beberapa bulan digunakan.

Sebenarnya, ini adalah sifat semula jadi kayu asli.
Kayu arang bunga ialah bahan semula jadi yang akan bertindak balas terhadap perubahan cuaca, suhu dan kelembapan. Sedikit perubahan pada saiz kayu bukanlah tanda kualiti rendah, malah ia menunjukkan bahawa anda menggunakan hulu kayu asli, bukannya bahan tiruan.

Sebab itu setiap hulu kayu mempunyai karakter dan corak yang unik. Tiada dua yang benar-benar sama.

πŸͺ“ Bilah yang baik bukan sahaja terletak pada ketajaman, tetapi juga pada penggunaan bahan semula jadi yang mempunyai identiti tersendiri.

Bagi pembeli yang ada masalah hulu mengecut, renggang, atau pecah..boleh je inform kami semula.. kami perbaiki mana yang boleh.

Kan??

Semua produk NSR Nashiroll ada di link di bawah πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSH7uwH6GPGVN-QDxYc/

https://s.shopee.com.my/3L4fPSk8MX

P1301 Custom Edition πŸ”₯P1301 Custom ini mengekalkan spesifikasi asal P1301 dari segi saiz bilah, material dan prestasi pe...
10/06/2026

P1301 Custom Edition πŸ”₯

P1301 Custom ini mengekalkan spesifikasi asal P1301 dari segi saiz bilah, material dan prestasi pemotongan, namun tampil lebih eksklusif dengan gabungan sarung bercorak dan hulu G10 premium yang memberikan nilai tambahan dari segi ketahanan serta penampilan.

Kelebihan Sarung Corak Digital Camo
βœ… Penampilan lebih premium dan unik
Corak pada kydex seperti digital camo, realtree, honeycomb dan lain2 lagi corak menarik memberikan identiti tersendiri berbanding sarung hitam standard.

βœ… Kurang menampakkan kesan calar dan kotoran Corak berwarna membantu menyamarkan kesan penggunaan harian, menjadikan sarung sentiasa kelihatan kemas.

βœ… Sesuai untuk aktiviti luar
Rekaan bercorak taktikal memberi imej lasak dan lebih serasi untuk kegunaan hutan, perkhemahan serta aktiviti outdoor.

βœ… Nilai koleksi lebih tinggi
Versi custom lebih eksklusif dan tidak terlalu biasa ditemui berbanding model standard.

Kelebihan Hulu G10
βœ… Sangat kuat dan tahan lasak
G10 merupakan material komposit berasaskan fiberglass yang terkenal dengan kekuatan serta ketahanan terhadap hentakan.

βœ… Tidak menyerap air
Berbeza dengan sesetengah material lain, G10 tidak mudah terjejas oleh kelembapan atau cuaca.

βœ… Cengkaman lebih yakin
Corak tekstur pada hulu membantu memberikan pegangan yang lebih kukuh walaupun tangan berpeluh atau basah.

βœ… Tahan perubahan cuaca
Tidak mudah mengembang, mengecut atau retak akibat perubahan suhu dan kelembapan.

βœ… Penyelenggaraan mudah
Hanya perlu dibersihkan seperti biasa tanpa memerlukan penjagaan khas.

P1301 Custom menawarkan prestasi pemotongan yang sama mantap seperti P1301 standard, tetapi hadir dengan sentuhan yang lebih eksklusif melalui sarung bercorak yang bergaya dan hulu G10 yang lebih premium, tahan lasak serta selesa digenggam. Sesuai untuk pengguna yang mahukan fungsi dan ketahanan P1301, sambil tampil lebih menonjol dan berkarakter.

Berminat? Klik sini

wassap.my/601164027943?1301custom

08/06/2026

Hampa setuju tak kalau NSR Nashiroll kuarkan produk baru dari stainlessteel….
Harga x garang sangat la tp lebih sikit dari sup9a yg skrg ni

Besi Berkarat = Besi Tak Berkualiti?Ramai orang ingat pisau atau parang yang berkarat itu tanda besi murah. Sebenarnya t...
07/06/2026

Besi Berkarat = Besi Tak Berkualiti?

Ramai orang ingat pisau atau parang yang berkarat itu tanda besi murah. Sebenarnya tidak semestinya.
Kebanyakan pisau dan parang high carbon steel memang lebih mudah berkarat berbanding stainless steel kerana kandungan karbonnya lebih tinggi.

Kelebihannya?
βœ… Lebih mudah diasah tajam
βœ… Ketajaman lebih lama bertahan
βœ… Lebih lasak untuk kerja berat

Karat boleh dicegah dengan cara mudah:

βœ” Lap hingga kering selepas digunakan
βœ” Sapu minyak pada bilah dan ratakan.
βœ” Simpan di tempat kering

Tajam dan prestasi datang dengan penjagaan yang betul.

** Untuk semua pembeli NSR Nashiroll , kami ada letakkan sekali kad cara penjagaan dalam kotak pembelian anda.

06/06/2026

4.5MM SAHAJA, TAPI BERANI TETAK TULANG!

Ramai ingat parang mesti tebal 6mm atau lebih untuk kerja berat.
Hakikatnya, ketebalan bukan satu-satunya penentu kekuatan.

Parang 12 inci ini hanya setebal 4.5mm, namun masih mampu menghadapi kerja berat termasuk menetak tulang rusuk.
βœ… Lebih ringan di tangan
βœ… Kurang cepat letih
βœ… Tetap lasak untuk kerja berat
βœ… Heat treatment yang betul memainkan peranan besar

Sebab itu, parang yang baik bukan sekadar tebal. Yang lebih penting adalah keseimbangan reka bentuk bilah, jenis besi dan proses pembuatannya.

"Bukan semua parang tebal itu hebat. Yang hebat ialah parang yang bekerja."

Sekarang datang dengan bentuk lebih bergaya.

Klik sini wassap/601164027943?P12

atau klik πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS92pNkSbx6u9-PdOjf/

https://s.shopee.com.my/4LGnIRO4nj

Kenapa pentingnya heat treatment atau sepuh dalam proses pembuatan pisau atau parang ni?Heat treatment atau sepuh sangat...
05/06/2026

Kenapa pentingnya heat treatment atau sepuh dalam proses pembuatan pisau atau parang ni?

Heat treatment atau sepuh sangat penting kerana ia menentukan prestasi sebenar pisau atau parang. Besi yang sama boleh menghasilkan kualiti yang sangat berbeza bergantung pada proses sepuhan.

Antara kepentingannya:
βœ… Mengekalkan ketajaman lebih lama
Mata pisau tidak cepat tumpul ketika digunakan.

βœ… Meningkatkan kekerasan bilah
Bilah lebih tahan haus dan tahan geseran.

βœ… Mengurangkan risiko patah atau retak
Tempering yang betul menjadikan bilah lebih lasak dan tidak terlalu rapuh.

βœ… Meningkatkan ketahanan terhadap bengkok
Bilah mampu menahan tekanan semasa menetak atau melapah.

βœ… Mengimbangi keras dan liat
Pisau yang baik bukan sekadar keras, tetapi cukup liat untuk menahan hentakan tanpa pecah.

"Besi yang baik belum tentu menghasilkan pisau yang baik. Rahsianya terletak pada sepuhan. Tanpa proses ini, bilah mungkin nampak cantik tetapi cepat tumpul, mudah bengkok atau mudah sumbing apabila digunakan."

Jika pembeli NSR Nashiroll mengalami masalah seperti mata tumpul, mata pecah atau sumbing pada pisau atau parang yang di beli. Kami sedia menyelesaikan masalah anda. Servis percuma seumur hanya di NSR NASHIROLL.

Jom dapatkan katalog NSR NASHIROLL kat link ini πŸ‘‡πŸ‘‡

wassap.my/601164027943?katalogNSR

05/06/2026

Address

Taiping
34000

Telephone

+601164027943

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NSR Nashiroll posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category