Pusat Internet PPR Simpang Perdana

Pusat Internet  PPR Simpang Perdana Di Buka Setiap Hari, Kecuali Cuti Umum : 9 AM - 6 PM

*Yuran Ahli NADI hanya RM5 (Seumur Hidup)*

03/04/2025

BAS MEKAR JPN DIGERAKKAN UNTUK BANTU MANGSA KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS BUAT PENGGANTIAN DOKUMEN PERCUMA

2 April 2025, Putrajaya – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights. Mangsa yang kehilangan kad pengenalan, sijil kelahiran, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh JPN boleh mendapatkan dokumen gantian tersebut tanpa sebarang bayaran. Bas MEKAR JPN akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra, Putra Heights pada hari esok, 3 April 2025 (Khamis), dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menyedari keperluan mendesak mangsa-mangsa insiden tersebut mendapatkan dokumen pengenalan diri mereka, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail telah mengarahkan JPN untuk menggerakkan perkhidmatan Bas MEKAR ke lokasi berkenaaan bagi meringankan beban mangsa yang tentunya menghadapi kesukaran untuk ke Pejabat JPN pada masa sekarang.

Inisiatif ini turut bertujuan untuk memastikan mangsa kebakaran dapat memperoleh dokumen penting mereka dengan segera, sekaligus memudahkan sebarang urusan rasmi yang memerlukan dokumen tersebut kelak.

JPN komited untuk memberikan bantuan terbaik kepada masyarakat yang terjejas dan berharap usaha ini dapat membantu mangsa serta keluarga mereka dalam situasi yang mencabar ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan ini, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077.




Saifuddin Nasution Ismail
Badrul Hisham bin Alias
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

28/03/2025
23/02/2025

Jemaah Menteri telah memutuskan agar Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas untuk diluluskan pada sidang Parlimen kali ini.

21/02/2025
21/02/2025

Address

PPR Simpang Perdana, Batu 2 1/2, Jalan Simpang
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Internet PPR Simpang Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share