18/06/2023
Hai. Nama saya Nigel Ong.
Keluarga saya memiliki sebuah bengkel membaiki kereta dan aksesori kereta di Kuala Terengganu. Sejak kecil, saya banyak membantu ayah dan pak cik saya di bengkel-bengkel ini.
Saya juga merupakan bekas seorang pemilik kereta second-hand yang kita semua tahu perlukan penjagaan rumit. Pengalaman bertahun-tahun ini saya curahkan dalam ebook ini untuk dikongsi bersama.
Anda sangat bertuah kerana pengalaman saya yang bernilai ini, anda akan dapat dan miliki dengan mudah.
----
Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ini fakta yang berlaku depan mata saya sendiri. Ramai pelanggan yang datang ke bengkel keluarga saya, masalah-masalah kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.