Indahnya kata-kata

Indahnya kata-kata One Day One Juzuk
One Day One Ayat

Safeeya: 383 tag (353 ayat + 30 juz)

🕋 Al-Quran Tagging A5 Humaira (Magnet) : RM160 (383tags 😱) .A5 - saiz sederhana (half A4, bila buka Al-Quran jadi saiz A...
09/01/2021

🕋 Al-Quran Tagging A5 Humaira (Magnet) : RM160 (383tags 😱) .

A5 - saiz sederhana (half A4, bila buka Al-Quran jadi saiz A4) .
✨sesuai orang yang lebih dewasa ✨lebih selesa mata bila baca alquran ❤️ .
📿 A5 Humaira Magnet PURPLE
📿 A5 Humaira Magnet HIJAU
📿 A5 Humaira Magnet TURQOISE
📿 A5 Humaira Magnet HITAM
📿 A5 Humaira Magnet MERAH 👇🏻👇🏻 .
http://www.wasap.my/60176558771/Qurantagging

Antara perkara sia-sia :Caj fon lupa on suisPergi kedai tak bawak duitDengar azan, tak solat😰                           ...
08/01/2021

Antara perkara sia-sia :

Caj fon lupa on suis
Pergi kedai tak bawak duit
Dengar azan, tak solat😰



















Sambungan 👇🏻INFAQ DAN HUKUM BERKAITAN"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan m...
06/01/2021

Sambungan 👇🏻

INFAQ DAN HUKUM BERKAITAN

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang diatasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah dia bersih (tiadak tertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir." (264)

"Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan" (265)

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecik-kecik. Maka kebun itu ditiup angin kencang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikian Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya." (266)

"Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan darinya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (267)

Sambungan di comment👇🏻




















TALAK, 'IDDAH & RUJUK"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh mereka me...
26/05/2020

TALAK, 'IDDAH & RUJUK

"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi, para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (228)

"Talak (yang dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu, boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khuatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami-isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang yang zalim." (229)

"Kemudian jka si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk berkahwin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui." (230)

Sambungan di comment.👇🏻




















Address

Taman Sungai Rambai Mutiara
Sungai Rambai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Indahnya kata-kata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category