26/11/2022
Hari ini (26hb November 2022), Rahsia Alam Utara Enterprise (Pasar Kedah) dinobatkan sebagai JUARA!!
Alhamdulillah!
…
Hampir sebulan saya menyertai program anjuran CIMB dan Taylor’s Community yang bertempat di Taylors University dan secara maya.
Setelah menghadirkan diri ke 3 kali kelas, menyiapkan 1 projek tugasan membina website di EasyStore, syukur akhirnya saya berjaya mendapat tempat pertama Program CIMB MICROBIZREADY 2022.
Bukan mudah membina website tanpa pengalaman. Lebih mencabar, peserta diberi masa yang begitu terhad (4 hari).
Nak rujuk pada siapa pun tak tahu. Macam2 butang saya tekan untuk mengenal fungsi. Design product banner pun perlu direka semula di Canva bagi menyeragamkan tema.
3 malam berturut saya bersengkang mata menyiapkan projek website ini dan terpaksa minta suami kendalikan anak2.
Terima kasih encik suami kerana sentiasa memberikan isterimu kekuatan dan sokongan dalam mengusahakan minat kepada perniagaan ini.
…
Hadiah yang saya bawa p**ang hari ini adalah wang tunai sebanyak RM3,000 beserta tajaan langganan EasyStore selama setahun bernilai RM5,388 dan langganan aplikasi MesinKira POWER selama 6 bulan.
…
Dalam masa yang sama ini, saya juga telah menerima pencalonan bagi anugerah Super Favourite Storyteller 2022 oleh Shopee Malaysia sempena Super Awards 2022.
Bagi memenangi anugerah ini, saya memerlukan undi kalian p**a 🥰.
Anda boleh klik di link ini dan dialu-alukan lah mengundi saya:
https://shope.ee/9pALQS8G14
Kepada kalian yang sudah mengundi, saya ucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokong, memberi semangat dan dorongan untuk saya terus mengembangkan lagi Pasar Kedah.
Tanpa kalian, saya tak mungkin sentiasa bersemangat seperti ini.
Much Love ❤️❤️