25/07/2023
Kata-kata anaknya, "Mereka akan menjadikan keizinan itu sebagai alasan untuk berbuat keburukan,” ialah memandangkan keadaan pada waktu itu. Disebabkan alasan itulah Sayyidatina 'Aisyah R.A sendiri pernah berkata, "Sekiranya Rasulullah sendiri melihat keadaan wanita pada masa itu, pastinya Baginda S.A.W akan melarang mereka daripada pergi ke masjid. " Sedangkan zaman Sayyidatina Aisyah tidaklah jauh masanya daripada zaman Nabi tetapi masih Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar R.A tidak dapat bersabar atas keadaan seseorang yang teragak-agak dan ragu-ragu setelah mendengar sabdaan Nabi S.A.W. Cuma kerana anaknya mengingkari sabdaan Rasulullah S.A.W it sahajalah beliau tidak bercakap dengan anaknya sepanjang hayat.
Sebenarnya para sahabat R.A yang lain juga menghadapi kesusahan untuk menghalang wanita daripada pergi ke masjid kerana menjaga kepentingan sabdaan Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan nadi kehidupan mereka. Di samping itu, susah juga untuk mereka memberi keizinan tersebut memandangkan kerosakan dan keburukan yang ditakuti telah bermula pada masa itu.
Sayyidatina 'Atikah R.A yang telah mengalami beberapa kali pernikahan termasuklah dengan Sayyidina Umar R.A selalu pergi ke masjid. Sayyidina Umar R.A sendiri tidak menyukai perbuatan tersebut. Ada orang telah memberitahunya tentang ketidaks**aan Sayyidina Umar R.A itu. Sayyidatina Atikah membalas, "Sekiranya beliau tidak s**a hendaklah beliau melarang saya."
Selepas Sayyidina Umar R.A meninggal dunia, Sayyidatina 'Atikah R.A telah dinikahi oleh Sayyidina Zubair R.A. Perbuatan Sayyidatina Atikah R.A itu turut tidak disenangi oleh Sayyidina Zubair R.A tetapi beliau tidak berani melarangnya. Pada suatu ketika, pada waktu isyak Sayyidina Zubair R.A telah duduk dijalan yang dilalui oleh isterinya untuk pergi ke masjid. Apabila beliau lalu berhampirannya maka Sayyidina Zubair R.A telah mengusiknya. Sebagai suami, perbuatan Sayyidina Zubair R.A itu adalah dibenarkan. Oleh sebab keadaan yang gelap Sayyidatina 'Atikah R.A tidak mengetahui orang yang mengusiknya. Selepas itu beliau tidak lagi pergi ke masjid. Pada masa yang lain Sayyidina Zubair * bertanya, "Kenapa kamu tidak lagi pergi ke masjid?" Dijawabnya, "Zaman telah berubah.”