22/03/2017
Masakan Johor Turun Temurun
Saya belajar masak sejak berumur 14 tahun lagi mengikut ajaran daripada emak dan almarhumah tok perempuan saya.
Masa tu saya cuba-cuba aje.
Setelah berkahwin, saya cuba resipi yang terdapat dalam buku masakan seperti Laksa Johor, Asam Pedas, Nasi Biryani dan lain-lain. Memang menjadi masakan ini jika betul-betul kita ikut step by step resipinya...
Asalnya nama buku masakan bertajuk Medan Selera yang ditulis oleh Almarhum Nyang saya bernama Haji Ahmad bin Yaakub.
Pada tahun 1950'an buku masakan ini yang mengandungi resipi masakan Johor,Arab,Jawa,Cina,India,Peranakan,Inggeris dan lain-lain telah ditulis dalam tulisan Jawi !
Buku resipi kini dalam edisi baru telah diolah oleh cucunda-cucunda almarhum dengan tajuk Nostalgia Medan Selera.
Jika berminat untuk membeli buku ini sila hubungi saya di
http://BukuResipi.wasap.my