18/04/2020
Salam Peniaga2 Bazaar Ramadan,
Kami mempunyai platform untuk anda menjual juadah berbuka puasa didalam bulan Ramadhan 1441 (Khamis 23hb April 2020 - Sabtu 24hb Mei 2020) dari pukul 3ptg ~ 7ptg setiap hari.
Kami mempunyai pengalaman 13 tahun mengendalikan platform jomsalmon.com, yang mana ianya merupakan platform jualbeli barangan makanan segar dan juga makanan yang dimasak, secara group buy (belian secara pukal) & pickup point (pusat pengambilan).
Kami cuma mengenakan bayaran sebanyak RM200 (bagi pembiayaan server hosting, platform online bagi menguruskan peniaga dan penghantar makanan, dan Smart Locker sebagai pickup point). Bagi setiap transaksi jualan online, 3% akan diambil sebagai yuran payment gateway (pengurusan bayaran secara online). Wang daripada jumlah hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun peniaga keesokan hari sebelum pukul 3ptg.
Bagi satu transaksi, yuran penghantaran akan dikenakan kepada setiap pembeli, bermula dari RM5, dan berubah mengikut lokasi. Dan bagi setiap pembeli, mereka akan cuma menerima semua pesanan mereka dari seorang penghantar makanan, walaupun mereka membeli dari banyak peniaga.
Jika anda berminat, sila daftar di https://shop.bazaarbaru.com/register dan kami akan hubungi anda melalui e-mel untuk memberikan anda login kepada platform supaya anda dapat menyenaraikan menu juadah anda secara online di bazaarbaru.com.
Seterusnya, sila muat turun aplikasi percuma "Telegram" untuk tujuan pihak kami menghantar notifikasi pesanan dari pembeli ke pihak tuan/puan setiap hari.
Terima kasih!