Pustaka Hadis

Pustaka Hadis Menjual buku-buku atau kitab-kitab berkaitan ilmu Hadis secara atas talian dari pelbagai syarikat pe

12/01/2022
29/12/2021

Waktu Hujan Turun Mustajab Doa

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa selepas waktu azan dan doa pada waktu hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya.

2. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu:

a. Doa selepas azan dan sebelum iqamah
b. Doa pada waktu hujan mula turun

3. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).



29hb Disember 2021
25hb Jamadilawal 1442H

Dapatkan Update Terkini Kuliah Ustaz Wadi Annuar :
https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar

22/12/2021
05/11/2021

Sheikh Ali Tantawi pernah ditanya apakah kata hikmah paling indah yang pernah beliau dengar.

Jawab beliau :

"Aku telah membaca selama 70 tahun dan aku tidak pernah jumpa kata hikmah seindah yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jauzi.

Katanya :

"Sesungguhnya kesukaran dalam ketaatan akan hilang namun pahalanya akan kekal. Sesungguhnya keseronokan maksiat juga akan hilang tetapi seksaanya akan kekal. Sentiasalah bersama Allah. Hulurkanlah dua tanganmu di kegelapan malam dan berkatalah :

"Wahai tuhan, dunia ini tidak akan indah melainkan dengan mengingatiMu, akhirat tidak akan indah melainkan dengan keampunanMu dan Syurga juga tidak akan indah melainkan dengan melihatMu"

10/10/2021
22/09/2021

Berkata Luqmanulhakim : “Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."

Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Kompleks Islam Darul Faizin

14/09/2021

Kelas Pengenalan Sunan Sittah
=========
1. Kita biasa mendengar nama-nama kitab Sunan Sittah seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi. Namun kenalkah kita siapa yang mengarangnya dan tahukah kita bahawa setiap kitab Sunan Sittah ini mempunyai metode penulisan yang tersendiri?

2. Mari sertai kami dalam Kelas Pengenalan Sunan Sittah yang akan memperkenalkan secara terperinci mengenai kitab-kitab Sunan Sittah, sejarah penulisan serta metodologi yang digunakan oleh setiap pengarangnya dalam merekodkan hadis-hadis Rasulullah ﷺ.

3. Butiran program seperti berikut:

📌 Nama Program: Kelas Pengenalan Sunan Sittah
🗓 Tarikh: 25 September 2021 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
💻 Platform Zoom
💳 Yuran penyertaan: RM30 per individu
📝 Nota disediakan oleh penganjur

💳 Pendaftaran & bayaran dibuat melalui link ini:
https://www.billplz.com/sunansittah
https://www.billplz.com/sunansittah

📞 Sebarang pertanyaan boleh whatsapp di sini:
www.wasap.my/+60103041560/kelassunansittah

15/08/2021

Kapsul Hadis Politik & Kepimpinan
=======
1. Saat rakyat sedang bergelut dengan penyebaran wabak penyakit serta keruntuhan ekonomi, ada dalam kalangan kita yang sedang rakus memikirkan soal kuasa.

2. Justeru, Kapsul Hadis: Politik & Kepimpinan akan berkongsi nasihat-nasihat Rasulullah SAW tentang perkara kepimpinan yang seharusnya dijadikan panduan oleh setiap pemimpin.

3. Larangan Meminta Jadi Pemimpin, Gila Kuasa Itu Satu Penyakit & Pemimpin Penipu Diharamkan Syurga antara topik menarik yang akan dikongsikan Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Saksikan secara LIVE bermula 16 Ogos 2021, Isnin di platform rasmi:

FACEBOOK:
https://www.facebook.com/myhadithtime

YOUTUBE:
https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

Semoga mutiara hadis ini menjadi penyuluh jalan buat setiap pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Address

Simpang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Hadis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pustaka Hadis:

Share