AMGift Malaysia

AMGift Malaysia FDA Approved Material.

AMGift.com.my is an online gift store ownded by PIT Global Resources, selling kids' licensed character merchandise (Bag, Bottles, Stationery, Tableware and Others) with BPA FREE and U.S.

Jika dalam perjalanan simbol dalam gambar muncul anda boleh buat rujukan, share ke wall fb masing²1. Lampu brek tanganJi...
20/06/2024

Jika dalam perjalanan simbol dalam gambar muncul anda boleh buat rujukan, share ke wall fb masing²
1. Lampu brek tangan
Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.
2. Lampu check engine
Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.
3. Lampu bateri
Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.
4. Lampu ABS
Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.
Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.
Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.
5. Lampu Traction Control System
Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.
Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.
6. Lampu amaran bahan bakar
Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.
7. Lampu amaran tali pinggang keledar
Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.
Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.
8. Lampu amaran suhu enjin
Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.
Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.
9. Lampu amaran aras minyak enjin
Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.
10. Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik)
Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.
Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.
11. Lampu amaran beg udara SRS
Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.
Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.
12. Lampu amaran pintu kereta
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.
13. Lampu ECO
ECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

16/03/2024
29/02/2024

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 14 kawasan dalam Semenanjung Malaysia.

Antara 14 kawasan terlibat adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut, dan Barat Daya di Pulau Pinang. Berwaspada dengan gelombang haba.

Bermula 1 Mac 2024, penggunaan elektrik bulanan yang melebihi anggaran RM220 bagi pengguna domestik, akan dikenakan cuka...
29/02/2024

Bermula 1 Mac 2024, penggunaan elektrik bulanan yang melebihi anggaran RM220 bagi pengguna domestik, akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8% berbanding 6% ketika ini.

Berjimat cermatlah terutama buat isi rumah yg ramai dan penggunaan elektrik bulanan tinggi.

23/02/2024

Zaman sekarang rm5 cukup ke bagi duit sekolah untuk anak sekolah rendah.

Semoga semua mummy dapat banyakkan bersabar dalam melayan kerenah anak-anak. 🥰
22/02/2024

Semoga semua mummy dapat banyakkan bersabar dalam melayan kerenah anak-anak. 🥰

Jika anda nampak ibu bapa atau kanak kanak menggunakan telefon/ gadget sewaktu mereka sedang bersama keluarga, tidak per...
22/02/2024

Jika anda nampak ibu bapa atau kanak kanak menggunakan telefon/ gadget sewaktu mereka sedang bersama keluarga, tidak perlu anda judge.

Anda tidak tahu apa beban, masalah dan tanggungjawab orang lain. Apa yang perhatikan selama beberapa minit TIDAK menggambarkan situasi dan cara parenting individu tersebut.

Apatah lagi untuk mengambil gambar & menjadikan gambar keluarga tersebut sebagai content. 🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️

Credit: Public Health Malaysia

🔥GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca...
19/02/2024

🔥GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

📌Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

Credit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ada penjelasan?🤔🤔
16/02/2024

Ada penjelasan?🤔🤔

Jaga diri semua. Minum air yg cukup. Pakai baju yang selesa & elakkan berada di luar jika tiada urusan penting 🥰
16/02/2024

Jaga diri semua. Minum air yg cukup. Pakai baju yang selesa & elakkan berada di luar jika tiada urusan penting 🥰

Address

Jalan Delima 2
Simpang Ampat
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMGift Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AMGift Malaysia:

Share

Category