07/07/2025
*HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIA!* 🎓📚
Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 Kini Dibuka!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan dedikasi para guru, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini layak menerima Baucar Buku bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian!
🔑 *CARA PENEBUSAN MUDAH & CEPAT:*
1. Layari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/logindan, dan klik pautan “TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025”
2. Daftar menggunakan DELIMa ID di Portal Book Capital. Baucar RM100 akan dikreditkan secara automatik bagi PPP yang layak. PPP yang layak, tetapi tiada DELIMa ID, laporkan kepada HELPDESK DELIMa di [email protected]
3. Pilih sekurang-kurangnya 1 judul daripada senarai *“Judul Khas Baucar Buku Guru”* dan teruskan pembelian.
📌 Nota: Baucar hanya sah untuk satu (1) transaksi sahaja.
💳 Jika jumlah pembelian melebihi RM100, anda boleh membuat bayaran tambahan secara atas talian.
4. 📦 Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
📅 Tarikh akhir penebusan: 30 September 2025
📍*BANTUAN & PERTANYAAN:*
Sekiranya anda mengalami sebarang isu atau pertanyaan, sila gunakan SISTEM TIKET SOKONGAN melalui akaun Book Capital:
1. Log masuk: https://mall.bookcapital.com.my/user/login
2. Klik ‘Dashboard’ > ‘Help?’ > ‘Open Ticket’
3. Pilih kategori BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025
4. Tulis dan hantar pertanyaan atau aduan anda.
📎 Panduan bergambar:
Klik untuk Muat Turun Infografik & Panduan Lengkap Penebusan di https://drive.google.com/drive/folders/17ddw6bRDsE2BUAqFW6kZvQPB1gIrwoPW?usp=sharing
✨ Mohon hebahan ini disampaikan kepada semua guru dan warga sekolah di bawah pengurusan Tuan/Puan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif ilmu untuk guru Malaysia!