31/07/2021
5 AKTIVITI SIMPLE BANTU ANAK FAHAM PERATURAN
1. Main baling bola dalam gelung
Semasa anak baling bola dalam gelung, anak beajar peraturan mudah: Markah hanya dikira bila bola masuk gelung.
2. Lompat teng-teng satu kotak demi satu kotak.
Anak belajar kawal diri dan berda dalam sempadan kotak. Ini akan latih anak konsep kawalan tingkah laku diri dan memudahkan anak faham peraturan.
3. Main game “Snake & Ladder”
Peraturan mudah yang anak belajar masa main dam ular / Snake & Ladder ini bantu anak faham konsep Sebab & Akibat yang penting untuk anak faham konsep peraturan.
4. Tendang bola masuk gol.
Memastikan bola hanya masuk ke dalam gawang kecil, memberikan anak kefahaman konsep antara matlamat dan mengikut peraturan untuk mencapai matlamat.
5. Susun permainan di tempatnya
Setiap kali anak disuruh untuk susun kembali permainan selepas main, anak akan belajar konsep pentingnya mengikut peraturan untuk memastikan seisi rumah selesa.
DAPATKAN LEBIH BANYAK TIPS DI👇🏻
https://t.me/DuniaPendidikanKanakKanak
Credit: OTAisyahRozalli via Wudda Fun