Resepi Best

Resepi Best Kongsi resepi dan kedai

05/02/2023

(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi - cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air Sungai Nil kpd Pemilik Resepi Amin. Mohon dihalal kan Resepi yg kami kongsi)

11 ANEKA RESEPI TOPPING KEK

RESEPI TOPPING COKLAT 1
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

RESEPI TOPPING COKLAT 2
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

RESEPI TOPPING COKLAT 3
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

RESEPI TOPPING COKLAT 4
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 5
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

RESEPI TOPPING COKLAT 6
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

RESEPI TOPPING COKLAT 7
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 8
200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 9
300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega

Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan

RESEPI TOPPI1NG COKLAT 10
1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream

caranya
Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan

RESEPI TOPPING COKLAT 11
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk 2

Selamat Mencuba
Kredit: Aida liyana

05/07/2022
30/04/2022

Assalamualaikum..
Lailatul Jaizah (Malam Hadiah)

semua maklum akan Lailatul Qadar, dan ramai yang berjaga malam demi mencari malam tersebut.
bagaimana p**a dgn Lailatul Jaizah?

apa itu Lailatul Jaizah?
di sini saya mahu share kan petikan hadith mengenai Lailatul Jaizah.

Sayyidina Abdullah bin Abbas RA berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"sesungguhnya syurga diharumkan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan 'Musirah'. Lalu bergesaranlah daun-daun pokok syurga dan gagang-gagang pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu daripada itu sebelumnya.
Kemudian muncullah bidadari-bidadari yang bermata hitam jeli sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka menyeru : "Apakah ada sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah SWT mengahwinkannya dengan kami?"
Kemudian mereka berkata lagi :
"Wahai Ridhwan penjaga syurga, apakah malam ini?"
Sayyidina Ridhwan AS akan menjawab kepada mereka dengan berkata :
" Ya, Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan, (Hari ini) pintu-pintu akan dibuka bagi mereka yang sedang berpuasa daripada kalangan umat Muhammad SAW."
Nabi SAW bersabda lagi :
"Allah SWT akan berfirman : Wahai Ridhwan, buka pintu-pintu syurga dan wahai Malik (penjaga neraka), tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa dari kalangan umat Ahmad SAW, wahai Jibrail! turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat - sangat degil lalu rantaikanlah mereka dan campakkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad SAW, kekasihKu.

Baginda SAW bersabda lagi : "Allah SWT akan memerintahkan pada setiap malam Ramadhan supaya menyeru 3 kali.
"Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?
Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya aku menerima taubatnya?
Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada tuhan yang Maha Kaya yang tidak pernah miskin, yang akan membayar hutangnya tanpa sedikit pengurangan?
pada waktu berbuka puasa setiap hari dari bulan ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta orang daripada neraka yang kesemua mereka telah ditentukan akan masuk ke neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan orang yang telah dibebaskan dari awal hingga akhir bulan.

Apabila tiba Lailatul Qadar, Allah SWT akan memerintahkan Jibrail AS supaya turun bersama satu kump**an besar para malaikat. bersama mereka terdapat bendera hijau. Jibrail AS akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Jibrail AS mempunyai seratus sayap. dua dariada sayap-sayap itu tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu Jibrail AS membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutup dari timur hingga ke barat. Kemudian pada malam tersebut, Jibrail AS akan mendorong para-para malaikat supaya memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk (beribadat), yang bersolah dan yang berzikir. Maka para malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka hingga terbit fajar.

Apabila terbit fajar, Jibrail AS akan menyeru : "Wahai sekalian malaikat, sekarang p**anglah" Para Malaikat pun akan bertanya "Wahai Jibrail, apakah yang Allah taala telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang yang beriman dari kalangan umat Ahmad SAW?
Jibrail AS menjawab : "Allah SWT telah memerhatikan mereka pada malam ini dan telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia.
Maka kami (para sahabat) pun bertanya : "siapakah mereka wahai Rasulullah? baginda SAW bersabda : "lelaki yang berterusan meminum arak, seorang yang menderhakai kedua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silaturrahim, dan Musyahin.
Kami bertanya : "siapakah musyahin itu?" Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Dia ialah 'Musorim' (orang berhasad dengki dan memutuskan hubungan)

Apabila tiba malam hari raya Eidulfitri maka malam itu disebut (di langit) sebagai Lailatul Jaizah (malam pengurniaan hadiah).
Pagi hari raya itu, Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makhluq Allah SWT selain jin dan manusia. Mereka berkata "Wahai umat Muhammad, keluarlah kepada tuhan yang Maha Pemurah, yang mengurniakan dengan banyaknya dan mengampunkan dosa-dosa besar.
Apabila orang ramai tiba di tempat solat raya, Allah SWT akan bertanya kpd para malaikat, "Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?"
Para malaikat akan berkata : "Wahai tuhan dan pemillik kami, balasannya hendaklah diberikan dengan upahnya yang sempurna."
Lantaran itu Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya aku menjadikan kamu sebagai saksi, Wahai malaikatku, sesungguhnya aku menjadikan keredhaanKu dan pengampunanKu sebagai balasan puasa Ramadhan dan ibadat malam mereka. wahai hambaKu, pohonlah daripadaKu, demi kemuliaan dan keagunganKu, tidaklah kamu memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kami ini untuk kepentingan akhirat melainkan Aku pasti akan menunaikannya.
Dan begitu juga dengan kepentingan dunia, nescaya Aku akan perhatikan untuk kebaikan kamu.
Demi kemuliaanKu, aku akan menutup keaiban-keaibanmu selama mana kamu mentaati Ku.
Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidaklah Aku akan menghinakan kami dan dan tidaklah Aku akan memalukan kamu dalam kalangan orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir).
Bersurailah dalam keadaan kamu telah diampunkan. sesungguhnya kamu telah meredhakan Aku dan Aku juga telah redha dengan kamu.
maka para malaikat pun bergembira dan bers**a ria dengan segala yang telah Allah SWT kurniakan kepada umat ini setelah mereka selesai berpuasa pada bulan Ramadhan"

(Hadith riwayat Ibn Hibban dan Baihaqi)

Allahumma ij'alna minhum
Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan mereka.

*Oleh itu perlulah kita bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut. ia adalah malam yang khusus untuk disibukkan dgn ibadat. nabi SAW bersabda :"sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam hari raya, yakni sibuk beribadat dengan niat untuk mendapatkan ganjaran, maka hatinya akan hidup pada hari hati-hati yang lain akan mati. (yakni apabila hati-hati orang ramai akan mati pada masa fitnah dan kerosakkan. atau juga mungkin dimaksudkan pada hari sangkakala ditiupkan maka hatinya akan tetap sedar.)
dalam satu hadith yg lain ada dinyatakan bahawa sesiapa yang berjaga pada lima malam untuk beribadat, maka syurga akan diwajibkan untuknya.
1. Malam Tarwiyyah - malam kelapan zulhijjah
2. Malam 'Arafah - malam kesembilan zulhijjah
3. Malam Nahar - malam kesepuluh zulhijjah
4. Malam Eidulfitri
5. Malam kelima belas Syaaban

Ditulis dalam kitab Kasyf Ul-Ghummah dgn rujukan dari imam Syafie bhw terdapat lima malam yang doa akan dikabulkan.
1. Malam Jumaat
2 & 3. Dua malam Hari Raya
4. Malam permulaan bulan Rejab
5. Malam kelima belas Syaaban

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

19/04/2022
14/04/2022

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah p**a adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika s**atan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika s**a. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG BERAS
Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.

TEPUNG SAGU
Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.
Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

TEPUNG KACANG HIJAU
Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee [juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako.

TEPUNG BISKUT MARIE
Sejenis tepung ygg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.

Ros tambah sikit

TEPUNG KANJI KENTANG- ros gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang@goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkanya lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.

setahu ros tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi- tepung terigu bahasa Indonesia.

Kuat kan iman dibulan poseJgn tergoda
05/04/2022

Kuat kan iman dibulan pose
Jgn tergoda

05/03/2022
💝 Sambal Goreng Hati💝 ResepHati ayam 300 gramKentang 4 buah potong2Bawang merah 5 siungBawang merah iris 2 siungBawang p...
21/02/2022

💝 Sambal Goreng Hati

💝 Resep
Hati ayam 300 gram
Kentang 4 buah potong2
Bawang merah 5 siung
Bawang merah iris 2 siung
Bawang putih 3 siung
Jahe 1 ruas
Cabe merah 15 a
Tomat 1 buah
Jeruk nipis 1 buah
Garam secukupnyA
Gula pasir 1 sdm
Kecap manis 1 sdm
Air putih secukupnya
Minyak goreng secukupnya
Sereh 1 batang
Daun salam 2 lbr
Daun jeruk 2 lbr

💝 Cara Buat
Bersihkan hati ayam lalu kucuri dgn air jeruk nipis dan garam.
Kemudian rebus sampai matang.
Potong2 Dan goreng dgn kentang sisihkan.
Blender bawang merah, bawang putih,jahe,tomat dan cabe merah.
Tumis bawang merah iris, sereh, daun salam dan daun jeruk.
Lalu masukkan bumbu blender dan sedikit air.
Aduk dan biarkan sampai mendidih
Lalu masukkan garam, gula pasir dan kecap manis.
Aduk supaya trcampur rata
Test rasa
Biarkan bumbu nya sedikit mengental
Kemudian masukkan kentang dan hati ayam dlm sambal, aduk rata
Jika sudah masak angkat
Sajikan.
🌹💫⭐

AYAM PEDAS DAUN JERUKRepost by : Bahan:½ kg daging ayam4 siung bawang putih5 siung bawang merah10 buah cabe rawit8 lbr d...
21/02/2022

AYAM PEDAS DAUN JERUK
Repost by :

Bahan:
½ kg daging ayam
4 siung bawang putih
5 siung bawang merah
10 buah cabe rawit
8 lbr daun jeruk
½ sdm garam
½ sdm gula
½ sdt penyedap rasa
½ sdt lada bubuk
Minyak goreng secukupnya

Cara membuat:
1. Potong ayam sesuai selera kemudian cuci dan rebus hingga matang, kemudian goreng sebentar.
2. Haluskan bawang putih, bawang merah, cabe rawit. Kemudian tumis hingga harum.
3. Iris sebagian daun jeruk yang sudah dicuci kemudian masukkan irisan daun jeruk kedalam tumisan bumbu tumis hingga layu, lalu bumbui dengan garam,gula, lada bubuk dan penyedap rasa.
4. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng aduk hingga rata dan meresap, lalu koreksi rasa dan sajikan.
🌹💫⭐

Address

Kg. Bkt Naga
Shah Alam
40460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Best posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Resepi Best:

Share