Isbir_official

Isbir_official Peniaga Kecil-kecilan

Setiap orang melalui pengalaman dan masa silam yang berbeza ❤️
27/07/2022

Setiap orang melalui pengalaman dan masa silam yang berbeza ❤️

14/05/2022

Cinta adalah anugerah dari langit. Andai cinta itu menambahkan lagi dosa itu bukan cinta.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah cinta berlandaskan syariatMu. Agar kami tidak melakukan sesuatu yang murka.

Luas nikmat Allah, semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn nikmat2 yg diterima. Alhamdulillah ❤️
13/05/2022

Luas nikmat Allah, semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn nikmat2 yg diterima. Alhamdulillah ❤️

Subhanallah Alhamdulillah 😍 Syukur kepada Allah swt kerana kita telah berjaya menempuh madrasah Ramadhan yang terkumpul ...
02/05/2022

Subhanallah Alhamdulillah 😍 Syukur kepada Allah swt kerana kita telah berjaya menempuh madrasah Ramadhan yang terkumpul dalamnya rahmat, keampunan dan ganjaran yang sangat besar.

Kini, menjelang p**a Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hadiah daripada Allah swt buat umat islam setelah bersungguh sungguh melakukan ibadah dalam bulan Ramdahan.

Sebagai penutup pada 1 Syawal ini, petikan nasibat Ibnu Rejab Al Hanbali untuk sama sama kita muhasabah diri.

“Bukanlah hari raya itu bagi orang orang yang memakai baju baru, tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya”

“Bukanlah hari raya itu bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya, tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahannya”

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua 🥰 🤲🏻✨

Here’s a reminder for you ❤️✨
25/04/2022

Here’s a reminder for you ❤️✨

24/04/2022

Seorang lelaki bertanyakan secara bersahaja aa kelebihannya ustaz? Lembut ustaz jawab 🥰

Selain itu, sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.

24/04/2022

sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.

Malam itu Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya be

‎May Allah bless you through the month of Ramadan. ‎اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان ‎(Allahumma Ballighna Ramadan)‎Oh All...
03/04/2022

‎May Allah bless you through the month of Ramadan.

‎اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان
‎(Allahumma Ballighna Ramadan)

‎Oh Allah, let us reach the month of Ramadaan.

Bila tengok isu yang hangat sekarang ni berkaitan vaksin ,teringat nukilan ust Hasrizal dalam buku 'Setia dengan Kebenar...
21/03/2022

Bila tengok isu yang hangat sekarang ni berkaitan vaksin ,teringat nukilan ust Hasrizal dalam buku 'Setia dengan Kebenaran' ;

"Jangan dengar apa yang kita nak dengar sahaja.

Dengar apa yg orang mahu kita dengar.

Dengar apa yang kita patut dengar."

Sinopsis Buku Setia Dengan Kebenaran

Buku Setia Dengan Kebenaran tulisan Hasrizal Abdul Jamil adalah kump**an artikel bernada travelog santai tetapi berintipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyarakat, sambil menawarkan solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan nas utama agama: al-Quran dan al-Sunnah.

Pelbagai persoalan yang dikemukakan dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya.

Dengan judulnya “Setia Dengan Kebenaran”, penulis mengajak ke semua pembaca supaya kekal setia dengan kebenaran meskipun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.

Salah satu yang menarik dalam buku Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan ialah HAMKA membawa tafsir al-Quran secara taf...
17/03/2022

Salah satu yang menarik dalam buku Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan ialah HAMKA membawa tafsir al-Quran secara tafsir maudhu'i (tafsir secara tematik) di mana sebenarnya bukan HAMKA yang berbicara,

tetapi HAMKA membawakan tafsiran/ membawa bicara dari ayat-ayat al-Quran berkenaan wanita dengan pendekatan bahasa HAMKA yang halus.

Buku dari perspektif Buya Hamka, seorang lelaki dan ulama namun tetap memuliakan perempuan, menjelaskan bab demi bab kedudukan wanita dalam Islam dan bagaimana dunia kadang mengherotkan pandangan yang mengangkat kaum hawa ini, menyimpangkan kebenaran.

𝐒𝐈𝐍𝐎𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada se...
17/03/2022

𝐒𝐈𝐍𝐎𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

Perempuan solehah ialah perempuan taat, yang tahu diri, yang tahu sampai di batas mana dia harus berjalan.

Perempuan yang memelihara hal-hal yang tersembunyi. Laksana susunan dalam satu organisasi, suami adalah presiden dalam suatu rumah tangga sedang isteri ialah setiausaha.

Pokok katanya ialah rahsia, ertinya yang memegang rahsia rumah tangga tidak akan dibocorkan keluar.

Rahsia kelemahan suaminya hanya dia yang menyimpan. Bergulung pun gelombang dalam rumah, keluar tetap tidak kedengaran.

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐏𝐄 𝐈𝐒𝐁𝐈𝐑. 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 ✨

𝐍𝐀𝐊 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐁𝐔𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀?Novel Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur ap...
16/03/2022

𝐍𝐀𝐊 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐁𝐔𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀?

Novel Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.

"...Takdir itu melalui sebab dan akibat, suatu takdir tidak akan datang dengan tiba-tiba, tetapi ada garis yang dilaluinya..." - dari buku Terusir, Buya Hamka

Address

TREFOIL
Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Isbir_official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Isbir_official:

Share

Category