19/03/2026
KAO SUPASSARA, BRONT PALARAE TERUJA JAYAKAN FILEM ‘KONG TAO’
SUBANG, 19 Mac 2026 – Peminat filem tempatan dapat meraikan satu lagi naskhah filem baru berjudul Kong Tao. Menariknya, filem seram terbitan produksi Malaysia ini memperkenalkan barisan pelakon antarabangsa menerusi tayangan perdana dan sidang akhbar yang berlangsung di TGV Cinema, Sunway Pyramid.
Acara tersebut menyaksikan kehadiran pelakon dari pelbagai negara termasuk bintang Thailand, Kao Supassara Thanachat; pelakon Hong Kong, Philip Keung; serta wakil Malaysia seperti Bront Palarae, Yumi Wong dan Eric Lay. Turut sama memeriahkan majlis ialah pelakon Singapura Glenn Yong dan Mayiduo, selain dua pengarah filem ini, Peiji Goh dan Yong Choon Lin.
Kao Supassara Thanachat yang baru tiba di Kuala Lumpur turut berkongsi keterujaannya dapat bekerjasama dengan produksi Malaysia, khususnya melalui babak-babak bersama Bront Palarae. Bront p**a memegang watak Amin, seorang pemandu pelancong tempatan yang membantu watak Fon (lakonan Kao Supassara) dalam menyiasat kejadian-kejadian misteri yang berlaku.
Bagi Kao, dirinya sangat gembira dapat membintangi filem ini dan menyifatkan cabaran berbeza bahasa itu sebagai latihan dirinya untuk melangkah jauh kerana ini merupakan filem pertamanya di peringkat antarabangsa.
Berbeza p**a dengan Bront Palarae, filem kali ini nyata memberi keseronokan buatnya kerana memainkan watak yang lain daripada kebiasaannya.
Menurut kedua-dua pengarah, filem ini dihasilkan hasil inspirasi daripada kepercayaan dan kisah mistik yang wujud dalam masyarakat Asia Tenggara. Kajian mendalam terhadap elemen budaya serta amalan tertentu menjadi asas dalam membentuk naratif yang lebih autentik dan dekat dengan penonton serantau.
Peminat filem seram tempatan boleh mula menonton filem Kong Tao mulai 19 Mac 2026 di seluruh pawagam tempatan.
-- PZ Kencana