My Ummah Action

My Ummah Action My Ummah Action merupakan program khas bagi menyalurkan Al Quran kepada para Pelajar Tahfiz

18/08/2022

Alhamdulillah pada tarikh 14 JUN 2022 Kami di Kasih Ikhlas AAT telah selamat melakukan penyerahan sebanyak 280 naskah Quran Premium 35 dalam 1 di SMI Puchong, Selangor
Bersama pelajar-pelajar kami solat Zohor berjemaah dan bacaan tahlil ringkas buat para pewakaf dan penginfak
Akhir kata dari penaung Kasih Ikhlas Tuan Khushairi "seikhlas memberi semurni kasih"

18/08/2022

"SAYA SERONOK DAN TERUJA MENDAPAT SUMBANGAN AL-QURAN"

Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan dari raut wajah para pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan Pahang ini apabila wakil Kasih Ikhlas AAT hadir bagi menyerahkan sumbangan Al-Quran sebanyak 300 naskhah.

Kebanyakan bahan Ilmiah di sini sudahpun usang dan mereka sememangnya memerlukan Al-Quran dan bahan bacaan ilmiah yang baru.

Di kesempatan ini juga, mereka sempat menitipkan doa buat para pewakaf atas sumbangan yang tidak ternilai ini. Semoga segala kebaikan dan keberkatan akan berbalik kepada para pewakaf atas niat murni ni.

Seikhlas Memberi Semurni Kasih

BismillahirahmanirahimAssalamuailakum.Sejarah yang indah dilakarkan Program Kasih Ikhlas AAT kelolaan syarikat Ade Azhar...
18/08/2022

Bismillahirahmanirahim

Assalamuailakum.

Sejarah yang indah dilakarkan Program Kasih Ikhlas AAT kelolaan syarikat Ade Azhar Trading Sdn Bhd kerana bekerjasama bersama dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Raja Shamri dalam mengerakkan satu gerak kerja melalui Program Jelajah Kelantan Serahan AlQuran di empat puluh satu (41) lokasi di negeri Kelantan.

Negeri Kelantan telah dilanda banjir besar baru - baru ini dan sebahagian Al-Quran di setiap surau dan masjid yang mengalami kerosakkan dan sebilangan jumlah tidak dapat diselamatkan lagi. Secara tidak langsung, Program Kasih Ikhlas AAT telah terpanggil untuk mengambil tindakan usaha sama dengan Yayasan Raja Shamri melalui jentera 3rd Force Pasir Mas telah menyerahkan kepada 41 lokasi surau, madrasah dan masjid di seluruh negeri Kelantan. Sejumlah 1,000 naskah Al-Quran program Beli dan Hibah Kasih Ikhlas AAT akan di serahkan kepada 41 wakil setiap surau, madrasah dan masjid.

Kerjasama ini yang pertama kali bagi Program Kasih Ikhlas AAT, Ade Azhar Trading Sdn Bhd bersama Yayasan Raja Shamri.

Melalui program ini bermatlamat untuk menyantuni setiap kariah yang terpilih agar dapat meneruskan pengajiaan Al-Quran para jemaah dan memupuk perasaan mencintai Kalamullah iaitu Al Quran Al Karim sebaiknya.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan selancarnya dengan serahakan pada hari ini iaitu 18 April 2022 bersamaan 16 Ramadan 1443H.

Semoga perhubungan usaha sama ini menjadi sebuah gabungan yang baik pada masa hadapan.

Allah Yuftah Alaikum
Allahuma Aamiin.




Tim Kasih Ikhlas kini berada di Sekolah Kebangsaan Tunku Fatimah Bentong Pahang. Oleh kerana kesan banjir pada penghujun...
18/08/2022

Tim Kasih Ikhlas kini berada di Sekolah Kebangsaan Tunku Fatimah Bentong Pahang.

Oleh kerana kesan banjir pada penghujung tahun lalu, sekolah ini turut terkesan akibat banjir.

Pihak Kasih Ikhlas AAT telah buat penyerahan Al Quran Premium sebanyak 47 naskah kepada wakil sekolah iaitu Ustaz Farhan untuk kegunaan pelajar dan tenaga pelajar di sini.

Semoga ianya dapat dimanfaatkan dan mendidik masyarakat mencintai Al Quran.

"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

18/08/2022

BILA KALI TERAKHIR KITA NIATKAN WAKAF UNTUK MAK AYAH KITA?
Jika kita tak sempat berbuat baik kepada mereka ketika mereka masih hidup,
Rebutlah peluang untuk membalas jasa mereka dengan salurkan pahala untuknya.
Oleh itu dengan berwakaf bersama Program Kasih Ikhlas AAT, anda boleh niatkan nama ahli keluarga yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
InsyaAllah program ini dalam usaha mengumpulkan naskah Al-quran untuk : -

1. Pusat tahfiz
2. Golongan anak yatim
3. Institut masjid dan surau

'JANGAN TUNGGU KAYA UNTUK BERSEDEKAH SEBALIKNYABERSEDEKAHLAH UNTUK MEMBUKA PINTU REZEKI & HARTA'Beli dan Hibahkan Al-Qur...
18/08/2022

'JANGAN TUNGGU KAYA UNTUK BERSEDEKAH SEBALIKNYA
BERSEDEKAHLAH UNTUK MEMBUKA PINTU REZEKI & HARTA'

Beli dan Hibahkan Al-Quran bersama dengan Program Kasih Ikhlas AAT.

Hanya serendah RM 350 untuk senaskhah Al Quran Premium.

Ada rezeki lebih, kongsikan sama-sama .. Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki mereka..
18/08/2022

Ada rezeki lebih, kongsikan sama-sama ..
Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki mereka..

Pada awal bulan lalu,Program Kasih Ikhlas AAT berjaya buat 3 lokasi serahan yang berasingan  di sekitar Negeri Selangor ...
18/08/2022

Pada awal bulan lalu,Program Kasih Ikhlas AAT berjaya buat 3 lokasi serahan yang berasingan di sekitar Negeri Selangor menyempurnakan sumbangan Al Quran Premium edaran Ade Azhar Trading.

Antara tempat yang telah di kunjungi ialah :

1. Pertubuhan Kebajikan Teratak Ummi
2. Tahfiz Nurul Yaqin
3. Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah

Sebanyak 150 naskah berserta sumbangan wang tunai RM500 telah disampaikan kepada wakil setiap pertubuhan. Harapan kami agar setiap sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada penerima.

Teruskan menghibah Al Quran bersama Program Kasih Ikhlas AAT.

"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

Video Penghantaran waqaf Al-Quran daripada Kasih Ikhlas AAT untuk sesi Januari 2022

Program Kasih Ikhlas AAT kini berada di Mentakab Pahang bagi sesi penyerahan sebanyak 183 naskah Al Quran 35 dalam 1 kep...
18/08/2022

Program Kasih Ikhlas AAT kini berada di Mentakab Pahang bagi sesi penyerahan sebanyak 183 naskah Al Quran 35 dalam 1 kepada wakil-wakil surau masjid serta rumah anak anak yatim di sini.

Kebanyakan al-quran di sini telah musnah akibat banjir dan tidak boleh digunakan sama sekali.

Semoga penerimaan Al Quran ini dapat memudahkan penduduk-penduduk di sini untuk membaca al-quran dan mendalaminya.

"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

KERJASAMA KASIH IKHLAS IKHLAS AAT DAN UNIKLAlhamdullilah satu kolaborasi di antara Kasih Ikhlas AAT dan juga UniKL akan ...
18/08/2022

KERJASAMA KASIH IKHLAS IKHLAS AAT DAN UNIKL
Alhamdullilah satu kolaborasi di antara Kasih Ikhlas AAT dan juga UniKL akan diadakan tidak lama lagi.

Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan dengan melibatkan tenaga pengajar dan pelajar dari UniKL.

Semoga kerjasama dan ukhwah yang terjalin ini akan diteruskan demi mencapai objektif memberi manfaat kepada semua dengan berlandaskan Al-Quran.
"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ 𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑 : π—™π—”π——π—›π—œπ—Ÿπ—”π—§ π— π—˜π—ͺπ—”π—žπ—”π—™π—žπ—”π—‘ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:1. Mendapat darjat dan ked...
18/08/2022

π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ 𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑 : π—™π—”π——π—›π—œπ—Ÿπ—”π—§ π— π—˜π—ͺπ—”π—žπ—”π—™π—žπ—”π—‘ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑

Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:
1. Mendapat darjat dan kedudukan yang mulia
2. Merupakan salah satu amalan jariyah yang mengalirkan pahala tidak terputus.
3. Sedekah dapat menghapus dosa
4. Pahala berwakaf Al-Quran menjadi pembekal amal kebaikan kelak
Semoga Bermanfaat

Bantuan Pasca Bencana Alam Kasih Ikhlas AAT telahpun berakhir semalam di destinasi berakhir di Bentong, Pahang. Sebanyak...
18/08/2022

Bantuan Pasca Bencana Alam Kasih Ikhlas AAT telahpun berakhir semalam di destinasi berakhir di Bentong, Pahang. Sebanyak 500 naskhah Al Quran berjaya disumbangkan kepada masjid, surau, rumah anak yatim dan pusat tahfiz terpilih.
Selama 3 hari kami menjalankan misi dengan kerjasama NGO lain seperti Iktisan iCARE, Musscare House dan Mai Mengaji, perjalanan dimulakan dari daerah Hulu Langat ke Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam yamng turut disertai oleh Dato Fazley Yaakob dan Imran Ajmain.
Seterusnya perjalanan diteruskan ke Mentakab, Pahang bagi menyampaikan sumbangan Al Quran dan barangan ke masjid, surau dan rumah anak yatim.
Destinasi kami berakhir di Sekolah Kebangsaan Tunku Fatimah, Bentong Pahang bagi penyerahan sumbangan kepada pelajar dan tenaga pengajar.
Sepanjang misi ini, tim Kasih Ikhlas AAT sempat melawat kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana banjir. Kami mendoakan agar mereka yang terlibat diberikan kekuatan menempuhi dugaan ini.
"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

Address

No 2, Jalan Tarif 3 23/8c
Shah Alam
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Ummah Action posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to My Ummah Action:

Share

Category