07/10/2019
Lebah Tualang Adalah Lebah Madu Paling Besar
==============================
Lebah Tualang atau nama saintifiknya APIS DORSATA merupakan sejenis lebah madu bersaiz paling besar dan gemar membuat sarang di pokok Tualang.
Lebah Tualang akan terbang bagi mendapatkan Nektar dengan anggaran 5000 bunga-bungaan setiap hari. Setiap ekor p**a akan mengumpul sehingga 20 gram nektar untuk dibawa ke sarang.
Lebah Tualang menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah Tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana lebah Tualang mendapat namanya? Perkataan Tualang berasal dari sejenis spesis pokok di dalam hutan nusantara.
Pokok Tualang merupakan sejenis pokok besar yang tumbuh di hutan Malaysia,Indonesia dan beberapa kawasan di India. Di Semenanjung Malaysia p**a, pokok tualang banyak terdapat di utara Semenanjung seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Lebah jenis Apis Dorsata s**a berkoloni di dahan pokok yang sangat tinggi dengan ciri dahan pokok yang licin (tidak mengelupas), tinggi, kuat dan besar.
Sarang lebah Tualang berkonsepkan sarang terbuka (open nest). Ia dibina di kawasan terbuka jauh dari tanah seperti pokok, di bawah naungan gua, atau kadang-kala bangunan dengan jarak 3 hingga 25 meter dari atas tanah.
Sarang yang matang berukuran 2 meter panjang dengan jumlah mencecah 50,000 ekor lebah pekerja. Hampir tiga suku pop**asi lebah pekerja menjaga sarang.