11/12/2021
Masalah jeragat di muka sering merunsingkan kaum wanita. Antaranya adalah rasa rendah diri, malu nak jumpa kawan, hilang seri muka, muka nampak lebih berusia dan merasa hina.
Jeragat terbentuk dari pengumpulan minyak, sel kulit mati dan bakteria di liang pori menyebabkan berlakunya lekukan kecil pada kulit wajah. Jeragat kebiasaannya kelihatan di bahagian dahi, hidung, p**i dan dagu.
Ada beberapa jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat masalah muka berjeragat. Antaranya:
🍀 bunga ros (ramai yang masih belum tahu)
🍀 minyak argan
🍀 minyak zaiton
🍀 betik
🍀 kulit kayu manis
RAHSIA HILANGKAN BINTIK HITAM/JERAGAT DENGAN MENGGUNAKAN BUNGA ROS (PETUA ORANG DULU²)
Pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Makanan Korea mengatakan bahawa asid Geranic dalam bunga ros berkesan untuk mencerahkan kulit yang gelap dan merawat jeragat.
Menurut penyelidik, asid Geranic dalam bunga ros dapat membantutkan perkembangan sel-sel Melanin. Melanin adalah bahan semulajadi yang berada dalam tubuh manusia untuk mencipta pigmen di kulit, rambut dan iris mata kita.
Ia melindungi sel-sel kulit kita dari sinaran Ultra Violet dan juga menyebabkan bintik-bintik hitam pada kulit.
Penyelidik membuat campuran asid Geranic dengan Melanin dan mendapati kadar pengeluaran Melanin berkurangan sebanyak 33.9% selepas tiga hari. Asid Geranic berjaya menghalang aktiviti Tyrosinase, yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran Melanin.
Pasukan penyelidik berkata berdasarkan kepada kadar toksik yang rendah, bau yang wangi dan keberkesanannya dalam mengawal pengeluaran Melanin, bunga ros boleh digunakan sebagai agen pencerah kulit dan anti jeragat yang sangat baik.
Keputusan terkini telah diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Sains Kosmetik.