Suria Naha

Suria Naha I am a writer, co-owner KedaiBatuCo, stokis BerryShape & Agent Nurdelaila Argan Oil.

19/02/2023

Kelas Ghostwriter oleh Pakar

Saya seorang penulis. Buku saya yang terbaru, Biografi Muhd Kamil Ibrahim: Mencari Kesempurnaan akan dilancarkan tidak lama lagi, insyaaAllah.

Dua hari lalu, saya sertai kelas menjadi 'ghostwriter' yang dikendalikan oleh dua orang pakar dalam bidang penulisan, Puan Iera Yusuf atau AkuGhostwriter dan Tuan Zamri Mohammad.

MasyaaAllah. Saya sangat bertuah.

Padat dan penuh dengan ilmu kelas mereka berdua. Saya kutip bait-bait kata mereka dan simpan kemas dalam hati. Akan saya ikuti satu persatu.

Kenapa saya menukar arah, dari dunia korporat yang lebih bergaya kepada penulisan 'ghostwriting', menjadi orang yang tidak dikenali?

Saya mahu kekal muda, tidak mahu tua sebelum masanya. Saya tidak mahu sia-siakan kehidupan dengan memaksa diri melayan stress yang tidak sepatutnya, memenuhi kehendak orang lain yang tidak berpadanan dengan hasil yang saya dapat dan membuang masa di jalanan demi mengejar gaji yang tidak bertambah dalam masa setahun.

Bila saya tinggalkan dunia di belakang, dunia jadi tenang dan saya nampak banyak peluang di luar tembok yang mengelilingi hidup saya selama ini. Biarpun tanpa jawatan, kedudukan atau kawan-kawan, saya nampak keindahan dunia melalui kacamata yang saya sendiri pakai.

Terimakasih kepada kedua-dua pakar yang memberi inspirasi dan menyampaikan ilmu tanpa memilih siapapun muridnya. Keikhlasan kalian jelas terpapar, dari nada suara, senyuman yang terukir dan tulisan-tulisan yang dipamerkan.

Rugi jika peluang berguru dengan mereka yang pakar dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah. I am blessed! 😘

19/02/2023

Pakar.

Boss saya sangat s**akan brand Ray-Ban dari zaman muda dulu. Saya tahu banyak kali beliau beli kacamata hitam jenama ini bila yang ada hilang atau patah.

Banyak jenama kacamata berada di pasaran sekarang tetapi Ray-Ban tetap menjadi pilihan walaupum desainnya sama sejak dulu. Ray-Ban adalah pakar kacamata hitam. Paling digemari adalah lensanya yang menyejukkan mata, selain desainnya yang tidak 'over'. Ia sangat sesuai buat mereka yang mahukan keselesaan, bukan perhatian.

Ray-Ban menjadi pilihan sejak zaman berzaman kerana kepakarannya dalam mencipta keselesaan, stail, keindahan dan kelas tersendiri. Pemakainya otomatik jadi kacak dan bergaya.

Saya menulis kerana sangat berkenan dengan konsep Ray-ban yang 'subtle' dan tidak 'over'.

I have reached 200 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉
18/01/2023

I have reached 200 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉

18/01/2023

Kos sara hidup makin tinggi? Gaji bulanan tidak mencukupi? Mahu tambah pendapatan? Jom kita sembang one-2-one. Tinggalkan jejak di komen.

06/10/2022

Salam Jumaat.

Moga Allah hadirkan keindahan dalam hati dan sanubari kita. Redha dan bersabar dengan apa yang diaturkan olehNya.

'' Teringin nak pakai handsock tapi takpe ke kalau nak pakai handsock on -off? Nak cuba tapi takut"😔Takpe jea sebab paka...
22/09/2022

'' Teringin nak pakai handsock tapi takpe ke kalau nak pakai handsock on -off? Nak cuba tapi takut"😔

Takpe jea sebab pakai handsock ni tak wajib pun awak☺️
Yang wajib tu tutup aurat hingga pengelangan tu.

Kalau tak pakai handsock make sure lengan baju kita ni bukan jenis senang terselak ya😊

Tapi sejujunya,kita akan rasa lebih secure bila pakai😁
Betul kan?🥰

Takpe..Step by step Okay2
Jangan risau tau🥺

Keep on istiqomah. Don't give up tau😘

'' Teringin nak pakai handsock tapi takpe ke kalau nak pakai handsock on -off? Nak cuba tapi takut"😔Takpe jea sebab paka...
21/09/2022

'' Teringin nak pakai handsock tapi takpe ke kalau nak pakai handsock on -off? Nak cuba tapi takut"😔

Takpe jea sebab pakai handsock ni tak wajib pun awak☺️
Yang wajib tu tutup aurat hingga pengelangan tu.

Kalau tak pakai handsock make sure lengan baju kita ni bukan jenis senang terselak ya😊

Tapi sejujunya,kita akan rasa lebih secure bila pakai😁
Betul kan?🥰

Takpe..Step by step Okay?
Jangan risau tau🥺

Keep on istiqomah. Don't give up tau😘

'' Teringin nak pakai handsock tapi takpe ke kalau nak pakai handsock on -off? Nak cuba tapi takut"😔Takpe jea sebab paka...
05/09/2022

'' Teringin nak pakai handsock tapi takpe ke kalau nak pakai handsock on -off? Nak cuba tapi takut"😔

Takpe jea sebab pakai handsock ni tak wajib pun awak☺️
Yang wajib tu tutup aurat hingga pengelangan tu.

Kalau tak pakai handsock make sure lengan baju kita ni bukan jenis senang terselak ya😊

Tapi sejujunya,kita akan rasa lebih secure bila pakai😁
Betul kan?🥰

Takpe..Steps by steps Okay2
Jangan risau tau🥺

Keep on istiqomah. Don't give up tau😘

Siapa s**a nampak cantik sentiasa? Meh kita share.Saya ni duduk rumah pun nak kelihatan cantik. Sebab, kalau kita ikut r...
19/06/2022

Siapa s**a nampak cantik sentiasa? Meh kita share.

Saya ni duduk rumah pun nak kelihatan cantik. Sebab, kalau kita ikut rasa malas, orang pun malas nak tengok kita.

Pesan Mak saya dulu, berhias bersih dan cantik dalam apa keadaan pun. Ia sunnah. Rasulullah saw memang s**akan yang bersih dan cantik.

Saya temui satu item yang sangat bagus. Kecik comel je, tapi powerful. Namanya Toya Sunscreen. Sebenarnya ia lebih kepada foundation. Siap ada spf 50++.

Nak cuba cantik dengan saya?

12/05/2022

Ada seorang produser melamar saya untuk merakamkan kisah benar peniaga yang mendapat rahmat dari PKP. Tulisan ini adalah lampiran kepada kertas kerja beliau.
*******

Akhir Februari 2020, kami ambil bahagian di Hari Kraf Kebangsaan selama 12 hari. Covid 19 baru bermula, dengan satu kes di Langkawi masa tu. Kemudian, kes Markas Tabligh, di akhir Hari Kraf.

2 hari selepas tamat Hari Kraf, PKP 1.0 bermula. Kami jem. Beku. Buntu. Kedai kena tutup. Tempahan pelanggan di kedai banyak yang tidak dituntut. Duit yang ada di tangan hanyalah hasil jualan di Hari Kraf. Tiada siapa boleh pasti sampai berapa lama kita perlu berkurung dalam rumah. Hanya berdoa yang mampu kami lakukan.

Seminggu PKP berlalu, saya dapat peluang jadi ejen jual facemask. Itulah kali pertama saya jual online, melayan leads dari fbads dan igads, di whatsap. Semuanya baru untuk saya. Menangis tak reti apa itu "copywriting", "content marketing", leads, conversion, COD. Satu habuk saya tak tahu. Maka, makcik ni pun belajar lah dengan mereka yang lebih tahu. Isi borang Poslaju beratus helai sehari dengan tangan sampai menangis. Tidak tahu ada cara yang automatik, guna apps, Excel dan sticker printer.

Alhamdulillah, dari PKP 1.0 ke 2.0 ke 3.0, saya berjualan di platform sosial media. Dari fb, ig, Shopee dan juga marketplace.

Bila facemask tidak lagi menjadi produk yang relevan, saya jual produk yang saya s**a. Saya jual tudung, namun saya tidak sepandai Mira Filzah buat tutorial tudung di FB Live dan tulisan saya tidak sesedap tulisan Vivy Yusuf di instagramnya. Saya angkat tangan jual tudung. Beralih jual kerepek, cookies, minyak wangi dan skincare. Tiada followers, s**ar amat untuk menempuh pasaran.

Baru-baru ini saya temui produk lain yang sangat banyak permintaan. Jus Kurus tanpa bahan kimia. Sementelah saya juga sudah semakin kurus kerana mahu hidup lebih sihat. Ada yang mendekati saya setelah melihat perubahan ketara saiz badan saya dibandingkan dengan sebelum ini. Slowly but surely, insyaaAllah. Saya yakin ia akan jadi produk yang sangat relevan.

Oh ya! Kedai offline saya bagaimana? Alhamdulillah, masih ujud. Namun, keadaan ekonomi negara yang menggusarkan mempengaruhi bisnes kami juga. Ia jadi amat perlahan. Jika di online, ramai yang bertanya, kemudian menghilang. Mengharap walk-in customer umpama menanti buah durian gugur di luar musim. Nak ditutup, sayang, kerana sudah lebih 15 tahun di situ. Nak diteruskan, menghampakan.

Susah sungguh nak dapat duit sekarang. 😥

26/04/2022

Lailatul Qadr.

Ia adalah malam yang dinanti. MasyaaAllah... Seronoknya kalau Allah izinkan kita dapat Lailatul Qadr.

Kita pasti dapat bila kita buat amal ibadah pada tiap malam bermula malam 20 Ramadhan. Selain solat sunat terawikh, kita juga mengaji paling sikit selembar sehari. Pastu sedekah / infaq. Then zikir non stop. Allah hu Rabbi. Bayangkan jika doa kits semuanya dimakbulkan. Pasti nanges teresak2.

Saya teringat kisah di tahun 2010. Kami buka booth raya di Kompleks PKNS. Balik dari niaga dah dekat tengahmalam sebab PKNS mmg lubuk barang persiapan raya.

Disebabkan jalan jem dan susah nak parking, kami naik kapcai. Saya layan mengantuk belakang Boss sambil mata perhati keliling. Malam tu terang betul kat langit. Macam siang. Tenang sangat, walaupun kenderaan banyak di jalan, tapi tak kelam kabut. Cuaca sejuk nyaman dan cukup indah.

Saya nak tegur tapi suara tersekat di kerongkongan. Saya hanya mampu berbisik, Subhanallah. Inikah yang dinamakan Lailatul Qadr? Dahan2 dan daun2 pokok bagaikan rebah ke tanah. Hati terasa amat tenang. Terus saya angkat tangan dan berdoa. Doa yg paling banyak saya ulang ialah, "Ya Allah! Panggillah aku & suamiku menjadi tetamuMu di musim haji ini, biar apa jua halangan yang ada, akan aku selesaikan dengan apa cara sekalipun."

Sampai di rumah, masing2 kepenatan. Lepas siap mandi dan solat, saya terus tergolek lena. Esok pagi tu, Boss tanya, "Ada perasan something odd malam tadi?"

Saya menung kejap. Lepas tu saya beritahu semua yang saya alami. MasyaaAllah, memang la, sama!!!! Rupanya, Boss nak sangat share dengan saya lepas mandi, tapi saya dah berdengkur kepenatan. 😱

7 Zulkaedah tahun tersebut, kami berdua berlepas ke tanah suci mengerjakan haji, dalam keadaan penuh kepayahan, namun kami amat gembira. Tenang dan damai hati2 kami. Moga sampai akhir hayat kami. 😘

Saya doakan kengkawan yang baca posting ini dapat bertemu dengan LailatulQadr tahun ini. Aamiin.

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suria Naha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share