Wakaf Al-Fath

Wakaf Al-Fath PENGEDAR EKSKLUSIF BAHAN ILMIAH ISLAMIK PREMIUM

08/07/2022

Walaupun ada antara kita yang tidak berkesempatan untuk menunai ibadah haji di Tanah Suci Mekah, kita masih berpeluang untuk beribadah pada bulan istimewa ini.

10 hari Zulhijjah ada kelebihannya yang tersendiri.

Daripada Kitab Lata’if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali:

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

29/06/2022

Jutaan Terima Kasih pada para penyumbang yang sudi berwakaf bersama kami di Program Kasih Ikhlas AAT.

Moga dicucuri rahmat dalam setiap amalan, dimudahkan dalam setiap urusan dan dilimpahkan rezeki yang barakah.

Penghantaran pada 14 JUN 2022 di SMI PUCHONG.

Apa yang tuan puan lihat pada gambar ini?
27/06/2022

Apa yang tuan puan lihat pada gambar ini?

27/06/2022

Alhamdulillah pada tarikh 14 JUN 2022 Kami di Kasih Ikhlas AAT telah selamat melakukan penyerahan sebanyak 280 naskah Quran Premium 35 dalam 1 di SMI Puchong, Selangor
Bersama pelajar-pelajar kami solat Zohor berjemaah dan bacaan tahlil ringkas buat para pewakaf dan penginfak
Akhir kata dari penaung Kasih Ikhlas Tuan Khushairi "seikhlas memberi semurni kasih"

Aidey Ilham,
Pegawai Wakaf Kasih Ikhlas.

09/06/2022

Ribuan Terima Kasih kami ucapkan pada anda semua yang bermurah hati telah menjalankan ibadah wakaf Al-Quran.

Syukur kini mereka ada tambah nilai baharu dalam perjuangan pendidikan Al-Quran.

Moga Allah merahmati tuan-tuan dan puan-puan di dunia dan akhirat insyaallah.

07/06/2022

Muhasabah bersama, apa akan terjadi jika Al-Quran makin jauh dari anak muda hari demi hari?

03/06/2022

PELUANG KITA BERBEZA DENGAN MEREKA YANG BELAJAR AL-QURAN

Mereka setiap hari menghafaz, memahami, juga membaca setiap helaian naskhah Al-Quran. Panjat Syukur kita ada pelajar yang berjuang dalam agama.
Ganjaran yang pastinya besar diperoleh di dunia mahupun akhirat. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang mereka hadapi di dalam perjuangan ini. Inilah habuannya.
Namun bagaimanakah kita hendak mendapat ganjaran yang serupa seperti mereka? Bahkan berpanjangan hingga akhir hayat.
Amal Jariah, bermanfaat selagimana amal jariah kita dimanfaatkan. Inilah indahnya peluang beramal yang diberi oleh Allah SWT. Dalam kita menjalankan tanggungjawab seharian, kita boleh mendapatkan ganjaran yang sama seperti mereka.
Realisasikan Amal Jariah Tuan Puan dengan Wakaf Al-Quran bersama Program Kasih Ikhlas AAT hanya tekan link dibawah☺️😊

SABDA RASULULLAH, PAHALA AKAN TERUS MENGALIR KEPADA ORANG YANG SENTIASA BUAT KEBAJIKAN. TERUTAMA DI HARI JUMAAT.RASULULL...
02/06/2022

SABDA RASULULLAH, PAHALA AKAN TERUS MENGALIR KEPADA ORANG YANG SENTIASA BUAT KEBAJIKAN. TERUTAMA DI HARI JUMAAT.

RASULULLAH S.A.W bersabda:" sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.
Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya.

Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut " (Riwayat al-Bukhari)

Terima kasih kepada yang sering kali berwakafkan hartanya setiap Jumaat.

Salam Jumaat dari kami...🌤️

Aidey Ilham,
Pegawai Wakaf Ade Azhar Trading.

02/06/2022

"Engkau dapat warna apa weh...??? Tengok weh tengok siapa nama orang yang kasi untuk kau weh...???"
Dalam kelang kabut masing-masing menjengah mushaf kawan-kawan lain, sayup kedengaran suara-suara menyentuh hati ni.
Rasa nak luluh hati... Sebak... Kadang tu sampai mata berkaca... Dapat Al-Quran je pun... Tapi teruja macam dapat handphone keluaran terbaru yang paling kelas....
Untuk menyertai program ini, ini link nya yer
https://wa.me/message/PVU4KKSJGVNHN1
https://wa.me/message/PVU4KKSJGVNHN1
https://wa.me/message/PVU4KKSJGVNHN1

02/06/2022

PELAJAR TAHFIZ SUDAH ADA AL-QURAN SEDIA ADA, MEREKA TAK PERLUKAN WAKAF SEBENARNYA.
Ya betul, kami juga tidak akan sampaikan Al-Quran pada mereka yang tidak memohon melalui saluran yang kami perolehi.
Namun, perlu jua kita fikirkan bagaimana nasib mereka yang mempunyai Al-Quran sedia ada namun telah lusuh dan rosak dimakan usia.
Dengan adanya insiatif dari Kasih Ikhlas AAT, kami salurkan Al-Quran yang tuan dan puan amanahkan kepada mereka yang memerlukan seperti:-

1) Pusat Tahfiz
2) Institusi pendidikan Al-Quran
3) Masjid, surau, sekolah
4) Golongan Asnaf
Untuk pastikan wakaf Al-Quran sampai ke tempat yang sepatutnya, klik link dibawah.

Address

No 66, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Al-Fath posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wakaf Al-Fath:

Share

Category