13/07/2020
Shock Japan
@ G Shock China
@ G Shock Thailand
Kenapa G Shock ada yg made in Japan/Thailand/China? Ori ke x?
Ada 3 Tempat Penghasilan Jam Tangan G-Shock..
Jom kita melihat sendiri senarai tempat di mana jam tangan getah G-shock ini dibuat.
a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.
Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri, kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.
Antara model-model jam tangan yang dihasilkan sepenuhnya di kilang ini ialah:
1) Master of G – Frogman (kesemua model Frogman bermula dari model yang sulung DW-6300 hingga kepada model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000.
2) Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk berkolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan atau minuman, fesyen pakaian mahupun kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasannya model ini ialah untuk dijadikan hadiah ataupun ‘gift watch’ kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.
3) Model solar atomik petak GW-5000. Model ini p**a dikhususkan pembuatannya hanya di Jepun disebabkan oleh model ini merupakan model ‘origin’ ataupun tempat lahir model pertama G-Shock DW-5000 pada bulan April, tahun 1983.
4) Model ulang tahun seperti edisi ke 30 G-Shock dimana model petak DW-5030C, GW-T5030C dikhususkan juga pembuatannya di sini untuk mengekalkan statusnya sebagai model sulung G-Shock yang telah pun berada di pasaran selama 3 dekad.
5) Selain G-Shock, kilang Yamagata juga turut menghasilkan model-model Protrek premium yang dikhususkan untuk tujuan pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.
6) Model yang lain yang turut juga di hasilkan ialah MRG, MTG dan Oceanus. Model MRG dan MTG merupakan antara model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan oleh faktor penggunaan bahan mentah yang dikatakan berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil ‘Refined Material’. Manakala Oceanus p**a ianya adalah berkenaan kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.
b) Kilang Casio Thailand, Thailand.
Kilang pertengahan ini p**a telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti untuk menghasilkan model pertengahan khusus untuk tujuan pasaran global. Model-model yang turut dihasilkan di kilang ini ialah:
1) Model Master of G – Mudman G-9000, G-9300/GW-9300. Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110. Riseman GW-9200/GW-9200J/G-9200. Rangeman GW-9400/GW-9400J.
2) Model DW-5600/DW-6900, G-5600/GW-5600, G-6900/GW-6900.
3) Model Protrek siri PRG: PRG-40, PRG-50, PRG-60, PRG-70, PRG-80, PRG-90, PRG-100, PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.
4) Model GDX-6900 & GBA-400, G-8000, G-8100.
5) Model aviator pertengahan: G-1050, G-1200, G-1250, G-1400 dan G-1500
*Nota: Semasa berlaku bencana banjir besar di Thailand pada tahun 2011 dimana ianya telah hampir melumpuhkan keseluruhan operasi kilang Casio di Thailand, maka sesetengah daripada batch pengeluaran model Master of G terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke kilang Casio Yamagata Jepun untuk menampung permintaan yang berterusan. Oleh itu, model-model Master of G seperti Riseman G-9200 dan Mudman G-9300 pada tahun 2011/2012 akan memiliki sebuah kod berhuruf Y yang berada dibelakang jam tersebut.
c) Kilang Casio GuangZhou, China
Kilang permulaan ini p**a adalah merupakan tempat pembuatan hamper kesemua model asas jam Casio termasuklah dari model G-Shock yang tidak perlu untuk menitik beratkan fungsi yang begitu kompleks.
Model-model yang dihasilkan ialah:
1) DW-6900-1V/DW-6900G/DW-5600E/DW-5600G.
2) Model Xtra Large GA-100/GA-110/GA-120/GA-150/GA-200/GA-210/GA-300/GA-300/GA-310/GA-400/GD-100/GD-200/GD-350/GD-400.
3) Model siri 7900: G-7900, G-7900A, GR-7900, GW-7900.
4) Model siri 8900: GLS-8900, GW-8900, GWX-8900.
5) Model siri GLX: GLX-150, GLX-5600, GLX-6900.
6) Model siri M5610: GW-M5610, GW-M5610B, GW-M5610NV, GW-M5610KG dan model-model yang setaraf.