04/08/2021
VAKSINASI & AURAT MUSLIMAH
Tahniah kepada rakyat Malaysia yang sudah mengambil dos vaksin sebagai salah satu usaha melandaikan risiko jangkitan coronavirus yang semakin mengganas.
Untuk muslimah,
bagi memudahkan pemberian vaksin, silalah pakai pakaian yang mudah untuk diselak dan mengelakkan aurat diperhatikan oleh oranglain yang tidak sepatutnya.
Contohnya, pakailah jaket atau cardigan dimana di bahagian dalam pakai baju lengan pendek.
Dalam kemelut wabak yang tidak pasti bila akan berakhir,
masih ramai yang terlupa kenapa wabak melanda tanpa disangkaΒ².
Itulah salah satu tanda2 akhir zaman,
dengan ramainya manusia mati secara tiba2.
Innalillahi wainna illahi rojiun.
Sakit tu cuma asbab saja.
Kita sedih ahli keluarga dan sahabat kita satu persatu kembali ke rahmatullah.
Kita sedih kerana tidak bersua dan bersama beraktiviti seperti biasa.
"Kullu nafsin dzaiqatul maut'
Setiap yang bernyawa pasti merasakan kematian.
Masih ramai yang tidak taat Allah.
Ramai yang lebih takut covid dari takut Allah.
Ramai yang rasa dosa itu sudah tidak ada apaΒ² efek dihati.
Ramai yang buatΒ² tak faham 'amaran' akhirat.
Ramai yang masih menunggu usia tua untuk berhijrah.
Ramai yang tidak sedar bahawa mungkin hari ini hari terakhir kita bernafas.
Tapi kita tidak ambil iktibar pun untuk membuat persediaan diri sendiri.
Sedang kita leka dengan urusan dunia,
Malaikat maut sedang menunggu detik nyawa kita dicabut.
Semoga kita sentiasa dlm perlindungan dan penjagaan Allah.
Aamiin Ya Rabbal Alamin