27/03/2020
1. Minyak Wangi
Wanita mana yang tidak s**a minyak wangi? Apatah p**a jika ia daripada jenama terkenal yang mempunyai bau digemarinya.
Sedikit tips, jika hendak selamat jangan pilih bau buah-buahan atau pun flora sebaliknya pilih bau lembut
2. Baucer, Wang Tunai
Jika anda buntu hendak membeli hadiah untuk insan tersayang, apa kata hadiahkan sahaja baucer tunai atau wang tunai!
Wanita sebenarnya lebih s**a memilih barang diinginkan sendiri tetapi demi menunjukkan keikhlasan, temanlah si dia dan bersetuju dengan apa sahaja pilihannya.
3. Rawatan Spa
Manjakan wanita kesayangan anda dengan rawatan spa lengkap termasuk urutan badan dan rawatan muka. Pasti dia seronok.
4. Jam Tangan
Jika ada bajet lebih apa kata belikan isteri atau teman wanita anda jam tangan berjenama dan tengok apa reaksinya nanti.
5. Barang Kemas
Barang kemas bukan sahaja 'sahabat' baik wanita malah ia adalah pelaburan yang cukup menguntungkan.