19/08/2021
Zikir Harian
Zikir harian ini bukanlah perkara yang wajib dilalukan tetapi
ia suatu perkara yang membawa banyak kebaikan kepada
diri kita.
Zikir ini diamalkan oleh Imam Al-Ghazali. Kita amalkanlah zikir ini jika kita mempunyai masa lapang yang boleh diisi.
Hari Jumaat : Ya Allah (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati dan
nikmat mengerjakan solat.
Hari Sabtu : Laa Ilaha Illallah (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Hati anda akan berasa tenang dan tenteram.
Hari Ahad : Ya Hayyu Yaa Qoyyum (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Hidup akan dipelihara dan diberkati oleh Allah.
Hari Isnin : Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billa Hil Aliyyil
'Azim (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran
pahala sebesar Bukit Uhud dan menghilangkan
sifat menunjuk-nunjuk, keji dan cintakan
perkata-perkara duniawi.
Hari Selasa : Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammadin
Nabiyyil Ummiyyi Wa'ala Alihi Wasohbihi
Wasallim (x1,000 kali)
*Untuk Zikir yang lebih ringkas*
Allahumma Solli A'la Muhammad (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Setiap satu kali bacaan Allah akan ampunkan
dosa kita selama satu tahun dan mendapat
syafaat Rasullah di akhirat.
Hari Rabu : Astaghfirullahal'Azim (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Setiap kali bacaan Allah akan menghapuskan
satu titik di dalam hati kita.
Hari Khamis : Subhanallahil Azimi Wabihamdih (x1,000 kali)
Fadhilatnya : Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita
walaupun sebanyak buih di lautan.
Setiap kali disebut, tumbuh satu pohon untuk
kita di taman syurga.
Semoga hidup kita di berkati dan selamat beramal.