ABJAD

ABJAD BOOKSTORE

SEBELUM KOPI MENDINGIN Toshikazu KawaguchiSebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak s...
26/12/2025

SEBELUM KOPI MENDINGIN
Toshikazu Kawaguchi

Sebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak seratus tahun menyajikan kopi yang diseduh dengan teliti, dikhabarkan boleh membawa pelanggannya mengembara ke masa lalu.

Namun peraturannya begitu banyak, sehinggakan tiada yang sanggup. Apalagi dengan sarat perlu kembali ke masa sekarang sebelum kopi mendingin. Sekejap benar, adakah berbaloi?

Melainkan empat orang yang memiliki kekesalan besar dan terdesak untuk menyampaikan sesuatu kepada seseorang, walau sedar realiti sekarang tidak akan berubah hanya kerana tindakan mereka itu.

Kisah-kisah indah yang menyentuh hati ini menimbulkan pertanyaan klise: apa yang anda mahu ubah jika diberi peluang kembali ke masa lalu? Lebih utama, siapa yang mahu anda temui, mungkin untuk kali terakhir?SEBELUM KOPI MENDINGIN
Toshikazu Kawaguchi

Sebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak seratus tahun menyajikan kopi yang diseduh dengan teliti, dikhabarkan boleh membawa pelanggannya mengembara ke masa lalu.

Namun peraturannya begitu banyak, sehinggakan tiada yang sanggup. Apalagi dengan sarat perlu kembali ke masa sekarang sebelum kopi mendingin. Sekejap benar, adakah berbaloi?

Melainkan empat orang yang memiliki kekesalan besar dan terdesak untuk menyampaikan sesuatu kepada seseorang, walau sedar realiti sekarang tidak akan berubah hanya kerana tindakan mereka itu.

Kisah-kisah indah yang menyentuh hati ini menimbulkan pertanyaan klise: apa yang anda mahu ubah jika diberi peluang kembali ke masa lalu? Lebih utama, siapa yang mahu anda temui, mungkin untuk kali terakhir?

Buku underrated kedua.Novel Pingit ialah cetakan semula dari karya Noor Suraya bertajuk Gadisku Wan Adnin. Karya indah k...
12/10/2025

Buku underrated kedua.

Novel Pingit ialah cetakan semula dari karya Noor Suraya bertajuk Gadisku Wan Adnin. Karya indah kak Noor Suraya. Dengan latar jelapang padi negeri Kedah, sarat dengan serapan pelbagai budaya tradisi.

Mengisahkan Wan Adnin, yatim piatu yang dibesarkan oleh Tok Bonda, nendanya sendiri. Adnin dibesarkan sebagai gadis pingitan, umpama sunti abad 15 yang terperangkap dalam era moden.

Tok Bonda, perempuan berdarah kerabat, contoh archtype rumit, mentor dan antagonis sekali gus, mendidik Wan Adnin menjadi gadis dengan pelbagai kemahiran termasuk menjahit dan menenun. Dalam masa yang sama, dia mahukan Adnin memperolehi jodoh ‘sempurna’ sehingga menolak lamaran untuk gadis itu sehingga 17 kali.

Sebuah naskhah yang menyindir halus sistem feudal, membawa pembaca mengembara ke daerah indah Yan dan sejarah terusan Wan Mat Saman.

Kisah manis buat mereka yang mahukan kisah cinta bermain perasaan tanpa menjadi cengeng tetapi sarat pengisian.

Cetakan semula ini mempunyai tambahan bab. Sampul buku cantik sangat. Boleh di dapati di reruai JIWA danJejak Tarbiah, PBAKL.

Tajuk: Selagi Pohon Lemon TumbuhPenulis: Zoulfa KatouhPenterjemah: Afifah IbrahimPenerbit: Biblio PressPerang saudara di...
01/02/2025

Tajuk: Selagi Pohon Lemon Tumbuh
Penulis: Zoulfa Katouh
Penterjemah: Afifah Ibrahim
Penerbit: Biblio Press

Perang saudara di Syria telah bermula sejak dari tahun 2011 sebagai sebahagian daripada rentetan bantahan Arab Spring. Perang ini bermula apabila bantahan besar-besaran berlaku terhadap kerajaan Bashar al-Assad, sebuah pemerintahan yang dikatakan diktator oleh rakyat Syria. Kerajaan Syria bertindak balas dengan kejam bagi mengekang siri bantahan jalanan ini. Gerakan bantahan ini kemudiannya berkembang menjadi satu revolusi dan kemudian menubuhkan Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army, FSA) sebagai tindak balas untuk menentang kekejaman tentera kerajaan Syria. Selama 13 tahun, perang ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk tamat.

Ini merupakan tulang belakang utama untuk novel tulisan Zoulfa Katouh ini. Siapakah Zoulfa Katouh? Beliau merupakan gadis berbangsa Syria namun dilahirkan di Kanada dan dibesarkan di Dubai serta Switzerland. Nampaknya beliau sendiri pun tidak pernah merasai perang ini secara realiti. Namun, semangatnya yang cintakan tanah air nenek moyangnya masih lagi mengalir dalam diri.

Mengapa novel ini diberi tajuk Selagi Pohon Lemon Tumbuh? Bagi rakyat Syria, lemon merupakan simbol harapan dan penentangan. Ini sebenarnya dipetik dari sajak yang ditulis oleh penyajak dari Syria, Nizar Qabbani. Sebahagian dari sajak itu berbunyi, “setiap lemon akan melahirkan anak, dan lemon itu tidak akan mati”.

Cerita bermula dengan watak utama, Salama. Seorang gadis berumur 18 tahun yang merupakan seorang lepasan graduan jurusan farmasi. Ibunya telah meninggal dunia akibat serangan, manakala bapa dan abangnya p**a telah ditangkap oleh kerajaan Syria. Salama duduk bersama kakak iparnya, Layla yang sedang mengandungkan anak pertamanya.

Salama bekerja di sebuah hospital di Homs. Walaupun dia berkelulusan bidang farmasi, dia terpaksa menjadi doktor bidan terjun demi untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan perubatan di hospital tersebut. Pesakit yang terlalu ramai, ditambah lagi dengan golongan doktor yang semakin pupus membuatkan dirinya berhempas p**as setiap hari di hospital. Mujur dengan bimbingan Dr Ziyad, Salama dapat melalui hari-harinya dengan lebih tenang.

Akibat tekanan peperangan dan kehilangan ahli keluarganya, Salama menghidap penyakit PTSD (post-traumatic stress disorder). Dia mula berhalusinasi dan wujudlah Khawf (yang bermaksud gerun), seorang pemuda khayalan yang sering menemaninya di mana-mana. Khawf sering kali mempersoalkan tindak-tanduk Salama dan mengingatkannya dengan kejadian pahit yang menimpanya sebelum ini. Walaupun perangai Khawf mengjengkelkan, namun dia umpama pengawal keselamatan untuk memastikan Salama terus hidup. Salama merahsiakan penyakitnya ini dari semua orang termasuk Dr Ziyad dan Layla.

Kehidupan Salama terus terdesak. Risau dengan kesihatan Layla dan kandungannya, dia terpaksa menimbangkan idea untuk meloloskan diri dari Syria dan lari ke Jerman. Namun, rasa tanggungjawabnya di hospital dan rasa cintanya terhadap Syria membuatkan dia berbelah bahagi. Apatah lagi dengan kehadiran seorang pemuda bernama Kenan secara tiba-tiba hadir di dalam hidupnya. Adakah dia harus terus menetap di Syria menunggu maut ataupun menjadi seorang pengecut dan lari keluar dari Syria?

Jalan cerita novel ini diceritakan dari kaca mata Salama sendiri. Babak dan kemusnahan perang diceritakan dengan begitu baik. Pembaca pasti akan merasa seram sejuk melihat akibat buruk peperangan. Beberapa babak imbas kembali ke zaman sebelum perang menunjukkan negara yang aman damai membuka mata pembaca untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan keamanan yang kita miliki sekarang.

Kasih sayang kekeluargaan begitu ditekankan dalam novel ini. Salama yang sebelum ini begitu rapat dengan keluarganya kini hancur apabila mereka ini hilang dari dakapannya dalam sekelip mata.

Oleh kerana penulis, Zoulfa Katouh ini masih muda, babak percintaan muda-mudi pastilah tidak boleh ditinggalkan. Kisah percintaan antara Salama dan Kenan pada aku dilakukan dengan baik sekali. Tidak terlalu memaksa dan nampak lebih semula jadi. Ianya tidak menjelekkan dan terasa menghiburkan untuk dibaca.

Kadang kala, diam itu lebih baik!
01/10/2021

Kadang kala, diam itu lebih baik!

06/07/2021
Golden words.
06/02/2021

Golden words.

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهو.*SELAMAT TAHUN BAHARU MAAL HIJRAH*Didoakan semoga semua kita dan keluarga : *@ Dipanja...
20/08/2020

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهو.
*SELAMAT TAHUN BAHARU MAAL HIJRAH*
Didoakan semoga semua kita dan keluarga :
*@ Dipanjangkan umur*
*@ Diluaskan rezeki*
*@ Ditetapkan keimanan*
*@ Dikurniakan akal yg baik*
*@ Kesihatan yang baik*
*@ Berjaya di dunia & akhirat*
*@ Sentiasa dirahmat olehNya*
*@ Diampunkan dosa2 kita*.🌿
Semoga ukhuwwah & silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya hingga ke Jannah.
In Syaa Allah
*امين ... امين ... امين يا رب العالمين*
*سيروا علی بركة الله*،

To all my Chinese Colleague....Happy New Year to all of u...
25/01/2020

To all my Chinese Colleague....Happy New Year to all of u...

KUTIP.Hujan yang berlari,Mendongak aku kelangit.Panah tersungkur,Mengalir ke sungai,Tenggelam.Timbul jika kau benarkan,A...
21/01/2020

KUTIP.

Hujan yang berlari,
Mendongak aku kelangit.
Panah tersungkur,
Mengalir ke sungai,
Tenggelam.

Timbul jika kau benarkan,
Atau terkambus kau dilupakan.

Terima kasih pinjamkan rasa ini,
Aku telah kumpul,
Dan masukkan dalam sampul,
Untuk aku hantar pada Tuhan,
Tanda akur.

Hina, aku yang hina,
Kerna ruang yang patut ada Tuhan,
Aku isi dengan insan.

Kutip, dan dongak kembali,
Kerana Dia ada di situ,
Menunggu aku.

-FL-

Originally from written on 09 Nov 2016 & 12 Jan 2018

Address

Shah Alam
40000

Telephone

+60126902547

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABJAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category