03/07/2025
Penyerahan Bantuan Kepada Nelayan Darat di Bawah Program Geran Agropreneur Muda
Alhamdulillah, hari ini berlangsung sesi penyerahan bantuan kepada 2 orang nelayan darat dari kawasan Sungai Kerian, Kedah di bawah Program Geran Agropreneur Muda, kategori nelayan darat.
Penyerahan disampaikan oleh Puan Sazila bt Zulkifli, Ketua Pejabat Perikanan Daerah Bandar Baharu.
Antara bantuan yang diterima bot fiber, enjin Yamaha 30hp, pukat, bubu, tong insulasi, jaket keselamatan, freezer, pam udara dan beberapa peralatan menangkap ikan yang lain.
Semoga bantuan ini memberi manfaat besar kepada para penerima dan menjadi pemangkin semangat untuk terus aktif dalam aktiviti perikanan darat. 💪🐟