03/06/2022
SIHIR DUIT SYILING.
Sebenarnya malas nak mendengar cerita - cerita tentang dengki mendengki sesama bangsa dan agama. Kadang-kadang kepala saya yang tiada gatal pun terasa gatal untuk digaru bila orang menceritakan cerita pekara warung mereka sering disihir oleh sesama bangsa.
Bagi saya kalau nak laris salam perniagaan seseorang itu harus masak bagi sedap, harga p**a berpatutan dan servis yang baik tentu peniaga itu akan ramai castermer.
Tetapi kali ini harga makanan dah murah sedap p**a dan servis bagus tetapi tiada ada orang nak masuk makan didalam kedai juga. Itulah yang diceritakan oleh seorang teman lama saya, katanya duit syiling sering ia jumpa bila warungnya nampak sedikit laris dan selepas itu warungnya akan kembali sepi selepas jumpa diut syiling bertaburan dihadapan warungnya.
kerana malas hendak mendengar keluhannya saya menberi satu petua untuk menyelesaikan masalah sihir duit syiling yang belaku kepadanya dan petuanya adalah amat mudah iaitu :
Ambil hujan yang bertakung didalam buluh lalu tambah sedikit air rendamkan dengan pokok keladi mahang dan campur sedikit cuka getah sambil membaca ayat dalam surah yassin ayat 63 sebanyak 7 kali
هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ(7x)
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
kemudian sambung ayat yang ke 64 sekali
ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ(1x)
"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
baru siram duit syiling itu.
Allahdulillah pada hari ini bila setiap kali saya pergi kewarungnya penuh dengan pelangan.
Sumber : Ustaz Rosdi