Ilham Bookstore

Ilham Bookstore Raikan Minda Dan Jiwa Dengan Membaca.

Hujan DiskaunSemua buku yang tersenarai begitulah ia.Kesemuanya ada diskaun 20% harga buku sehingga 30 November 2020.
23/09/2020

Hujan Diskaun

Semua buku yang tersenarai begitulah ia.

Kesemuanya ada diskaun 20% harga buku sehingga 30 November 2020.

Sultan Muhammad Al-Fateh: Edisi Ke-2 SinopsisNovel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Penga...
21/09/2020

Sultan Muhammad Al-Fateh: Edisi Ke-2

Sinopsis

Novel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

- Ahli Sejarah Byzantine

Kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menawan kota yang paling kebal pada abad pertengahan, Kota Konstantinopel. Kota ini dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."
(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh), "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut p**ang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.



Review

Lemahnya jiwa di kalangan umat islam hari ini adalah kerana mereka telah hilang semangat juang jihad dalam diri. Ini ingatan untuk saya juga yang selalu lalai. Barangkali ini juga yang menangguhkan kemenangan umat Islam hari ini. Mungkin kita boleh mengambil ibrah dari sirah kemenangan Kota Konstantinopel pada tangan umat Islam. -Basmin Maarof

Info Buku

Penerbit: PTS

Format: Paperback

Halaman: Hitam Putih

Muka Surat: 240 Muka Surat

Harga Buku: RM24.00

19/09/2020

Buku ini menampilkan 150 muka surat berwarna dan bergambar pelbagai fakta sains pelik, kelakar dan menarik alam haiwan yang jarang dan mungkin tidak pernah dengar. Alam haiwan dari dalam laut, daratan dan udara dikongsikan di dalam buku yang sangat menarik. Semua FAKTA disertakan GAMBAR yang menarik...

**120 TAJUK BUKU KANAK-KANAK (ENGLISH LANGUAGE)**1 tan stok buku-buku import baru sampai pada hari ini.Ada 120 tajuk buk...
18/09/2020

**120 TAJUK BUKU KANAK-KANAK (ENGLISH LANGUAGE)**

1 tan stok buku-buku import baru sampai pada hari ini.

Ada 120 tajuk buku kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.

- Disney
- Marvel
- Smurf
- Hello Kitty
- My Little Pony
- Nickelodeon
- Dan banyak lagi

Sedang diproses & akan dibuka jualan pada hari Isnin atau Selasa ini.

Nantikan. :)

Tahukah anda❓❓👉 Dalam beribu-ribu buku, buku Teroka Sains 2: Fakta Pelik, Unik dan Kelakar Haiwan telah dipilih oleh PNM...
13/09/2020

Tahukah anda❓❓

👉 Dalam beribu-ribu buku, buku Teroka Sains 2: Fakta Pelik, Unik dan Kelakar Haiwan telah dipilih oleh PNM (Perpustakaan Negara Malaysia) untuk diedarkan ke 507 Perpustakaan Desa di seluruh negara.

💘 Jika buku Teroka Sains 2 pun dah ambil hati juri professional PNM, takkan belum dapat tambat hati anda yang belum beli lagi tu.

💪 Tahun depan kita hantar buku Teroka Sains 1 p**a masuk bertanding.

Jangan fikir-fikir lagi, klik saja pautan di bawah sebab nampak gaya esok akan habis stok. Sekelip mata je 10,000 naskhah dah nak habis.👇👇👇

https://app.terokasains.com/shop/000122
https://app.terokasains.com/shop/000122
https://app.terokasains.com/shop/000122

Siri Inovasi Sains Kanak-kanak ini mengandungi 4 projek inovasi sains kanak-kanak bagi setiap jilid dengan menggunakan p...
10/09/2020

Siri Inovasi Sains Kanak-kanak ini mengandungi 4 projek inovasi sains kanak-kanak bagi setiap jilid dengan menggunakan pelbagai bahan yang terdapat di sekitar rumah.

Penggunaan semula bahan buangan seperti botol air mineral, kotak minuman dan cakera padat terpakai menggalakkan kanak-kanak agar dapat membina sendiri alat permainan sains sendiri melalui amalan kitar semula.

Penerbit: Buruj Kids
Format: Paperback
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat: 26 Muka Surat

Dapatkan jilid satu ini untuk anak-anak anda dan beli jilid 2 pada harga istimewa (Terhad kepada 10 orang terawal).

KOMBO EJEN ALIEjen Ali The Movie - Misi: NeoAli kembali dalam Ejen Ali The Movie, Misi: Neo! Setelah terikat secara tida...
10/09/2020

KOMBO EJEN ALI

Ejen Ali The Movie - Misi: Neo
Ali kembali dalam Ejen Ali The Movie, Misi: Neo! Setelah terikat secara tidak sengaja dengan gadget merisik terhebat iaitu IRIS, Ali telah membuktikan yang dia layak untuk menggunakannya.

Walau bagaimanapun, dia rasa terpinggir apabila M.A.T.A mendedahkan IRIS NEO: IRIS versi baru dan lagi canggih!

Lantas Ali tersasar dari misi-misi yang diberi. Bersama seorang gadis misteri bernama Niki, mereka berdua membongkar rahsia sebenar tentang M.A.T.A dan bandar Cyberaya.

Komik ini memiliki 272 muka surat sepenuhnya berwarna. Disertakan juga info-info berkenaan karakter-karakter di dalam cerita.



Ejen Ali: Side Mission

Ejen Ali Side Mission ialah kompilasi eksklusif cerita pendek Ejen Ali dari majalah komik Ejen Ali.

Jalan cerita yang lebih ringan dan santai, dalam Side Mission melampirkan sisi lain aktiviti Ali selain dari menjalankan misi rahsia dan menonjolkan kemunculan rakan-rakan Akademi M.A.T.A!

Ini merupakan siri cerita sampingan yang diambil daripada siri Ejen Ali dan eksklusif dalam Majalah Komik Ejen Ali.

Kandungan dalam misi sampingan lebih komedi dan lucu daripada episod dalam siri ini. Ia biasanya menunjukkan latihan luar Ali. Ia kadang-kadang menunjukkan lebih banyak maklumat mengenai M.A.T.A. dan watak-watak lain.

Sumber: ejenali.fandom.com

27/08/2020

Peribahasa




Malaysia Military Power IISejak dari zaman Darurat sehinggalah ke hari ini, Pasukan Keselamatan kita merupakan tulang be...
24/08/2020

Malaysia Military Power II

Sejak dari zaman Darurat sehinggalah ke hari ini, Pasukan Keselamatan kita merupakan tulang belakang dan benteng pertahanan utama dalam memastikan negara kita kekal aman dan makmur dari sebarang bentuk ancaman musuh. Sama ada disedari, mahupun tidak kita sedari.

Bentuk ancaman itu berubah mengikut era. Dan begitu juga cara dalam menghadapinya atau mengekang ancaman tersebut. Namun kekuatan pertahanan negara kita masih berteraskan para pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat dengan penuh bersemangat.

Dari satu teknik ‘primitif’ yakni propaganda melalui corong pembesar suara yang dipasangkan ke pesawat udara untuk memujuk pengganas komunis menyerah keluar dari hutan ketika zaman Darurat, hinggalah ke era teknologi siber yang semakin maju dalam mengesan ancaman, sebelum ia sempat untuk dilaksanakan pihak pengganas – pasukan keselamatan kita terus menjadi mata pedang dan perisai yang senantiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan angkara murka mereka yang bermuslihat jahat untuk menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.

Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa depan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk ‘pelaburan’ yang bermanfaat untuk rakyat.

MENANG MELALUI PERKATAAN

Harga Buku: RM28 (Tidak termasuk pos)

Menjejaki 12 Suku Israel yang HilangIsrael sekarang terdiri dari dua suku iaitu Yehuda dan Benyamin. Namun , menurut cat...
22/08/2020

Menjejaki 12 Suku Israel yang Hilang

Israel sekarang terdiri dari dua suku iaitu Yehuda dan Benyamin. Namun , menurut catatan sejarah , sebenarnya ada 12 suku israel, tetapi tidak tahu ke mana 10 suku lainnya itu menghilang.

12 suku ini dinamakan berdasarkan nama 12 orang anak lelaki Nabi Yaakub iaitu Ruben , simeon , Levi ,Yehuda dan napthali , Gad , Asher , Issachar Zebulon , joseph ( Yusuf , dan Benyamin.

Pada tahun 930 sebelum masihi ,10 suku membentuk Kerajaan Israel yang bebas di utara. Sementara 2 suku lainnya iaitu Yehuda dan Benyamin, mendirikan Kerajaan Yehuda dan Benyamin, mendirikan Kerajaan Yehuda di Selatan.

Namun pada tahun 721 sebelum masehi , kerajaan utara ditakluk oleh orang orang Asyur. Peristiwa itu membuatkan 10 suku ini secara bertahap terasimilasi oleh bangsa lain dan dengan demikian perlahan lahan menghilang dar sejarah.

Berbeza cerita dengan keturunan Yehuda dan Benyamin yang masih kita temui hingga sekarang, yang secara jamak disebut sebagai orang Yahudi. Ini kerana mereka diizinkan untuk kembali ke tanah air mereka setelah Pembuangan Babilon pada tahun 586 Sebelum Masihi.

Namun demikian , keyakinan tetap bertahan bahawa suatu hari nanti 10 suku yang hilang itu akan ditemui juga. Bahkan pencarian untuk sepuluh suku hilang ini telah dilakukan oleh orang Yahudi , Kristian dan Islam , di hampir setiap sudut bumi...

Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Format: Paperback
Halaman: Berwarna
Muka Surat: 220 Muka Surat

Address

Seremban
70200

Telephone

+60169241282

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilham Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ilham Bookstore:

Share

Category