15/12/2022
KISAH HIDUP PARA SAHABAH
RM12 setiap satu
1.Tajuk: Kisah Hidup Abu Bakar: Sahabat Sejati Nabi, Sehidup Semati
SINOPSIS
Sayidina Abu Bakar membesar sebagai seorang lelaki yang sempurna sifatnya. Beliau memiliki kulit putih, bertubuh kurus dan mempunyai rahang yang nipis. Pinggangnya ramping sehingga dikatakan kain yang diikat di pinggangnya sering terlucut. Wajahnya tirus, matanya cekung, berkening lebar dan selalu mewarnakan janggutnya dengan inai.
Sayidina Abu Bakar ialah sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling akrab. Mereka berkawan baik sejak zaman Arab Jahiliah, iaitu semasa Nabi Muhammad SAW belum menjadi rasul. Sayidina Abu Bakar dan Nabi Muhammad SAW hampir sebaya, iaitu Sayidina Abu Bakar cuma dua atau tiga tahun lebih muda berbanding Nabi Muhammad SAW. Nama sebenar Sayidina Abu Bakar ialah Abdullah Bin Uthman. Beliau digelar Abu Bakar kerana mempunyai unta yang banyak, lantaran kekayaannya. Dalam bahasa Arab, perkataan ‘Bakar’ terbit daripada perkataan ‘al-bakr’ yang bererti anak unta.
Walaupun pada zaman Jahiliah, Sayidina Abu Bakar terhindar daripada amalan-amalan buruk. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut tutur kata, sopan santun, jujur dan bersifat baik hati. Sayidina Abu Bakar juga tidak pernah menyembah berhala. Atas sebab itu, beliau dipilih Allah menjadi antara 10 sahabat nabi yang terawal masuk syurga. Inilah kisah hidupnya sejak lahir hingga ditarik nyawa.
2. Kisah Hidup Umar Alkhattab r.a, niat membunuh nabi, akhirnya jadi sahabat tempur.
Sayidina Umar bin Al-Khattab, seorang tokoh besar dalam dunia Islam. Beliau berasal daripada Bani Adi. Ayahnya Al-Khattab bin Nufail, seorang yang kasar dan tegas. Datuknya, Nufail bin Abu Uzza seorang yang begitu dihormati dalam kalangan masyarakat Quraisy. Sayidina Umar diarahkan oleh ayahnya menggembala kambing milik ayahnya. Beliau juga disuruh mengembala unta ibu-ibu saudaranya dari Bani Makhzum.
Sayidina Umar membesar dalam didikan keras ayahnya. Beliau diasuh supaya lasak dan tidak dimanjakan. Walaupun begitu, ayah Sayidina Umar sangat mementingkan pendidikan. Oleh sebab itu, beliau termasuk dalam kalangan kanak-kanak Quraisy yang pandai membaca dan menulis.
Apabila remaja, Sayidina Umar mempunyai pelbagai kebolehan. Beliau pandai bergusti dan cekap menunggang kuda. Dalam bergusti, beliau dengan mudah dapat mengalahkan lawan-lawannya walaupun ketika itu umurnya masih muda. Sayidina Umar juga sangat mahir dalam mencipta syair-syair Arab dan dapat mendendangnya dengan baik. Beliau juga cekap dalam bidang sejarah Arab, mampu mengingati sejarah-sejarah lampau tentang susur galur keturunan dan persengketaan yang pernah terjadi dalam masyarakat Arab.
Latar belakang, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal yang ada pada Sayidina Umar membuatkan beliau begitu dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau pernah diangkat menjadi hakim… seperti mana datuknya dahulu, bagi menyelesaikan berbagai-bagai masalah dan pertelingkahan yang berlaku. Sayidina Umar juga pernah menjadi duta masyarakat Quraisy apabila berhubung dengan suku-suku lain dari bangsa Arab.
Sayidina Umar juga begitu menentang Islam sehingga mengambil peranan membunuh Nabi. Dan tiada siapa sangka begitu berubah hati dan keimanannya hinggakan di akhirat kelak darjatnya diangkat menjadi sahabat yang sama-sama membuka pintu syurga.
3. Utsman bin Affan
Tubuhnya sederhana. Tidak tinggi dan tidak juga rendah. Badannya sasa dan berkulit putih. Janggutnya lebat dan menjadi kesukaan peribadi lelaki itu untuk mewarnakan janggut tersebut. Rambutnya p**a hitam, manakala giginya tersusun rapi. Itulah Sayidina Uthman bin Affan, yang diriwayatkan mempunyai wajah tampan.
Menurut Az Zuhri… Sayidina Uthman ialah seorang lelaki yang tampan, memiliki rambut yang cantik. Kedua-dua tapak tangannya lebar, berlengan panjang, mancung hidungnya, bentuk mulutnya cantik, dahinya lebar, giginya teratur, paras rambutnya lebih rendah daripada cuping telinganya. Sesetengah riwayat mengatakan beliau berkulit putih… namun ada riwayat mengatakan beliau berkulit sawo matang.
Dalam masyarakat Arab Quraisy, Sayidina Uthman sangat dihormati lantaran kejayaannya sebagai saudagar yang kaya. Tambahan p**a, akhlaknya sangat menawan sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya. Tutur kata manis, bersopan santun, tenang dan juga penyabar. Sayidina Uthman merupakan tokoh terkemuka daripada Bani Umayyah.
Perwatakan peribadi figura hebat ini sedari awal memang sangat berbeza berbanding pemuda-pemuda lain. Walaupun belum memeluk Islam… Sayidina Uthman tidak pernah menyembah berhala dan minum arak. Sayidina Uthman juga sangat mengenali Nabi Muhammad SAW. Berasakan mustahil untuk Nabi Muhammad SAW membawa satu pembohongan… lalu diterima Islam tanpa ragu-ragu kerana agama kebenaran dan kebaikan itu secocok dengan jiwanya. Maka atas sebab itu… Sayidina Uthman adalah antara orang terawal yang memeluk agama Islam. Ketika itu umurnya baru 34 tahun. Inilah rentetan kisah hidup Uthman bin Affan hingga matinya yang syahid… dijanjikan syurga Allah.
4. Ali bin Abi Talib r.a
Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib.
Begitulah nama penuh beliau. Apabila dewasa, tubuh badannya tegap dan sasa. Fizikalnya sederhana… tidak terlalu rendah tidak terlalu tinggi. Janggutnya panjang, tebal dan keputihan akibat uban. Wajahnya tampan dan menyebabkan gadis-gadis Quraisy terpesona.
Sayidina Ali juga bersifat berani. Beliau adalah antara pahlawan Quraisy yang digeruni. Dalam kalangan masyarakat, kepahlawanan Sayidina Ali dapat disamakan dengan pahlawan Quraisy yang terbilang seperti Sayidina Umar al Khattab dan Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib.
Sayidina Ali mempunyai persaudaraan yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah sepupu. Bapa Nabi Muhammad SAW, iaitu Abdullah dan bapa Sayidina Ali, iaitu Abu Talib ialah adik-beradik, anak Abdul Mutalib. Sayidina Ali dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Beliau 31 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad SAW. Ketika umur Sayidina Ali 10 tahun, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah SWT untuk menjadi utusan bagi seluruh umat manusia. Ketika berada di rumah, Sayidina Ali kerap mendengar rasul pilihan Allah itu membaca ayat yang pertama diturunkan. Alunan suara Nabi Muhammad SAW membuatkan beliau teruja.
Sayidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau memeluk Islam ketika berumur 10 tahun, iaitu ketika belum baligh. Ini bermakna beliau masuk Islam ketika belum dicatitkan pahala dan dosa. Sayidina Ali juga tidak pernah sujud pada berhala dan tidak pernah melakukan kemungkaran pada zaman Jahiliah. Beliau juga merupakan orang terawal mengerjakan solat, selepas Sayidatina Khadijah.
https://wa.me/c/601151548922