Emylicious Products

Emylicious Products KAMI MENAWARKAN PELBAGAI PRODUK UNTUK MEMUDAHKAN PARA SURI RUMAH MENDAPATKANNYA HANYA DIHUJUNG JARI.

10/01/2023

BBQ Kambing 😋

Resepi ni terbukti sedap..
Jom kita tengok resepi dari Dr. G ni.. Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.

Bahan Perapan:
5 - 6 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
1/2 cawan Sos Cili
1/2 cawan Sos tomato
1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.

Cara:

Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.

Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.

Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.

Panggang menggunakan arang.

Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ Selamat mencuba ~

kredit resepi: Delihayat Kitchen

11/10/2022
04/08/2022

Assalamualaikum . Siapa s**a Pulut Serimuka / Serikaya dengan pandan asli dan lemak berkrim macam saya buat ini... Kita geng.😀😄
Nanti saya editkan resepi ya kalau ada yang minta.

Kuih Seri Muka Kayu Manis
Gabungan resepi arwah emak dan kakak Lina Thomas.

Bahan-bahannnya:

500gm beras pulut (direndam sekurang2nya 2 jam)
600ml santan pekat
2 sudu kecil kecil garam halus
Nak letak sehelai dua daun pandan dalamnya pun boleh...

Kukus pulut bersama santan selama 25 minit dan sedia utk ditekan Dan padatkan.Guna loyang 10×10

Bahan bahagian atas:

200gm gula
100gm tepung gandum
20gm tepung kastard

800ml santan kelapa (nak cantik, guna santan fresh ori tau)
16 helai daun pandan (boleh kurang kan) - dikisar halus bersama santan
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis(optional)
4 biji telur grade A
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau (tak bubuh pun tak mengapa)

Campurkan semua bahan diatas, guna whisk kacau sebati, tapis ke dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga naik wap.

Tapis sekali lagi, kemudian baru cedok ke dalam adunan pulut.

Ikat tudung kukusan dengan kain atau tutup loyang dengan aluminum foil, kukus lagi 25 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba 😊

Credit : Nor Washidah Abdul Rahim

04/08/2022

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM

Bahan sup :

300ml air

500ml susu segar

1-2 kiub ayam

1/2 st daun parsley

1/2 st serbuk lada hitam

1/2 st garam

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sb mentega

1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)

sedikit serbuk perasa

1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.

3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.

4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.

5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread

Bahan roti :

Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)

2 sudu besar mentega

Secubit daun parsley

1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali l***r masak hingga garing & keperangan.

Kredit resepi foto : Yatie Yusof

25/07/2022

Panduan mudah untuk kira jumlah air yang sesuai untuk masak agar-agar bertali dan juga serbuk. So lepas ni boleh elakkan masalah agar-agar terlebih atau terkurang air.

Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun p**a. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?

Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira s**atan air yang betul.

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:

10gm agar-agar = 1 liter air

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air

Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air

Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan.
Selamat mencuba 👉 https://shope.ee/3KnkayioxE

Kredit petua: Diana
Ana


15/07/2022

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan lapisan bawah :
8 keping biskut digestive (hancurkan)
2 sudu besar mentega (dicairkan)

1. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam bekas.

2. Masukkan p**a mentega yang telah dicairkan.

3. Gaul sebati, alaskan loyang dengan kertas minyak. Masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan2 untuk dipadatkan.

Bahan cheese :
250gm cream cheese tatura
2 sudu besar gula halus
2 biji telur
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Jem blueberry secukupnya

1. Campurkan cream cheese dan gula halus kacau sebati kemudian masukkan telur putar lagi.

2. Masukkan jus lemon.

3. Masukkan tepung gandum gaul rata.

4. Curahkan adunan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.

5. Selepas masak biarkan sejuk dan letak jem blueberry diatasnya. Sejukkan dalam peti sejuk.

Resepi & foto : SuiSan Aliezsha

06/07/2022

GARLIC SPREAD HOMEMADE

250g butter
Bawang putih - cincang halus dalam 2 genggam
Parsley flakes

1. Satukan butter yang sudah lembut dan bawang putih yang telah dicincang halus, gaul sebati.

2. Masukkan parsley flakes gaul rata.

3. Simpan dalam bekas tertutup dan letak dalam peti ais.

4. Sapu garlic spread pada roti dan bakar dalam oven atau atas kuali.

Resepi & foto : Aida Md Tahir

04/07/2022

Kita msk sendiri..puashati & puas mkn..😋 nasi aym cara akak..sorry harini tkde salad..

NASI AYAM
🌸🌸🌸🌸

Bhn utk rebusan ayam
⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘
▪1 ekor ayam potong 4
▪3 ulas bwg putih ditumbuk halus
▪1 inci halia ditumbuk halus
▪1 pokok daun bwg(ambil daunnya shj)
▪sedikit garam
▪Air

-Rebus ayam dgn bhn2 diats hingga separuh msk kmudian angkat dan toskan

Bhn utk perap ayam
⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘
▪4 sudu B kicap cair
▪5 sudu B kicap manis
▪1 inci halia ditumbuk halus
▪2 ulas bwg putih ditumbuk halus
▪sedikit cukup rasa-jika s**a
▪beberapa titis minyak bijan (tk s**a bleh abaikan)

-kacau sebati bhn2 di atas dan sapukan pd aym hingga rata.perap paling kurang setengah jam.kemudian goreng seketika..jgn goreng lama sgt nanti aym jadi kering

Bhn utk nasi
⚘⚘⚘⚘⚘
▪2 pot Beras wangi (nasi lebih sedap)-guna beras biasa pn boleh..cuci dan toskan
▪Air rebusan aym secukupnya (s**atan sama mcm msk nasi biasa)
▪2 sudu marjerin-utk menumis
▪2 ulas bwg putih-tumbuk halus
▪sedikit halia-tumbuk halus
▪2 helai daun pandan disimpul
▪beberapa titis minyak bijan (jika s**a)
▪1 kiub pati ayam
▪secubit garam

-panaskan marjerin.tumiskan bhn tumbuk halus dan daun pandan hingga naik bau.masukkan beras yg telah ditoskan.kacau sebati dan masukkan air rebusan aym.masukkan kiub ayam dan perasakan dgn garam secukup rasa..titiskan sedikit minyak bijan.jgn bnyk nnti tk sedap..Masak spt biasa

Bhn utk sos
⚘⚘⚘⚘⚘
▪5 biji cili merah
▪Cili api ikut nk pedas mana
▪2 ulas bwng putih
▪1 biji tomato
▪sedikit cuka
▪1/2 cwn air rebusan ayam
▪Sedikit gula dan garam sesuai rasa

-kisar semua bhn diatas.kemudian masak seketika..

Bhn utk sup
⚘⚘⚘⚘⚘

-tumbuk halus sedikit lada putih,sdikit halia dan bwg putih
-mayang 1 biji bwg merah
-Tumis bwg merah dan bhn tumbuk halus hingga naik bau.masukkan air rebusan aym dan sup bunjut..masukkan sedikit kiub ayam..sesuaikan rasa..tabur daun sup dan bwg goreng

Bhn utk kuah kicap
⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

Masak lebihan kicap perapan aym tadi..tambah sedikit air rebusan aym, sedikit kicap manis dan sedikit sos tiram.masak seketika..boleh tambah sedikit air bancuhan tpg jagung jika s**a kuah yg agk pekat sedikit..sesuaikan rasa..slmt mencuba..

Air tgn rahmahrosmin

Address

Sepang
43900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Emylicious Products posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Emylicious Products:

Share