Shafiz Bookstore

Shafiz Bookstore Managed by Shafiz Global Trading (NS0167106-X) Kami menjual buku terbitan penerbit tempatan seperti PTS, Telaga Biru, Alaf21, Dubook dll secara dropship.

Anda mencari-cari buku pilihan tetapi tidak disenaraikan di sini. Jangan risau, kami akan bantu anda mendapatkan buku-buku pilihan anda. call/ sms/ whatsapp 018.380.3312 sekarang

20/07/2023

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) assumes no liability whatsoever for the content of this Page unless it is subsequently confirmed in writing.

12/06/2023
27/05/2023

Pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur telah bermula...

https://www.facebook.com/100044355912939/posts/759467345541789/?mibextid=Nif5oz
06/03/2023

https://www.facebook.com/100044355912939/posts/759467345541789/?mibextid=Nif5oz

๐Ÿณ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ : ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—œ: ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฟ๐—ฒ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜‚ โ€˜๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ดโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—ถ๐˜€๐—ถ?

https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/posts/pfbid0fgwgf9FNTavHv9g6cqVu2ERMhiMCHecRLw9m5hi73Ya1tSDojF83zmvXpU4ZbEewl

https://saifulislam.com/2023/03/genre-buku-healing-sebagai-terapi-puisi/

๐Ÿฒ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ : ๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—› ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—— ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ โ€˜๐—›๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—šโ€™ ๐—œ๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก? (๐—•๐—”๐—–๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—ฅ)

https://saifulislam.com/2023/03/trend-semasa-buku-healing-yang-merosakkan/

Semasa meneliti perbincangan mengenai segmen pembeli dan pembaca buku sekarang, perasaan saya bercampur aduk. Saya sedih memikirkan bagaimana generasi muda menjadi seperti begitu rapuh jiwanya. Kerapuhan yang menjadi lubuk pelbagai pihak memanipulasi dan buat duit.

Pelbagai produk boleh ditawarkan untuk menyembuhkan kerapuhan itu. Ia menjadi lubuk duit 'self-help' yang saya pernah menjadi sebahagian daripadanya lama dahulu, dan kemudian saya lawan habis-habisan ketika mengeluarkan diri daripada industri berkenaan. Ia ada sedikit manfaat. Namun mudaratnya jauh lebih besar.

Ketika itu saya ajak masyarakat meninjau kritikan keras Steve Salerno terhadap industri self-help (aka 'motivasi') di dalam bukunya SHAM: How the Self-Help Movement Made America Helpless.

SHAM itu ialah singkatan kepada Self-Help Actualisation Movement.

Saya tulis di blog zaman itu kebimbangan saya dengan generasi muda yang mudah sangat terkesan dengan nasihat. Memang pelik bunyinya. Tetapi maksud kebimbangan saya ketika itu ialah, karakter diri semakin lemah hingga mudah jadi nakal dan mudah jadi baik, tidak konsisten dan mudah dimangsakan.

Pujian saya kepada anak muda yang melawan semasa hadir ke ceramah motivasi disalah tanggap. Sedangkan pujian saya itu adalah pada meraikan kedegilan yang semakin hilang dari karakter generasi semasa. Kedegilan dalam erti kata tidak mudah mengikut sahaja apa-apa yang disuruh, tetapi menuntut penjelasan yang munasabah.

Degil seperti itu perlu. Asalkan jangan angkuh.

Kombinasinya adalah di dalam karakter diri yang lebih kuat. Bukan 'snowflakes' bak kata orang putih hari ini.

Namun, dalam rasa sedih itu, saya fikir ada sisi positifnya iaitu mereka yang rapuh ini memilih membaca sebagai cara untuk sembuh dan kuat. Baca, adalah cara yang agung. Ia pintu pertama yang Allah swt sendiri isytiharkan sebagai pemula kepada risalah Kenabian terakhir kita.

Tetapi, bagaimana jika buku-buku yang dibaca itu memburukkan keadaan rapuh dan sakitnya jiwa pembaca?

Saya nampak hantaran al-Fadhil Ustaz Mohamad Razif tempoh hari yang memetik nama saya. Beliau komen hantaran saudara Hairul Faizal Adli mengenai buku-buku 'healing' yang kelihatan merepek tetapi laku keras pada masa sekarang ini.

Sahabat boleh membaca hantaran tersebut di https://www.facebook.com/raziffuad/posts/10222938474989851

Saya ambil masa untuk fikir.

Sama ada ia membazir kertas atau tidak, ia subjektif kepada bagaimana buku itu digunakan. Jika ia menjadi ruang pembaca menulis nota sendiri banyak-banyak, ok sahaja, ye dak?

Tetapi ayat-ayat ringkas itu yang menjadi renungan.

Ringkasnya kata-kata hikmah yang dianggap sebagai 'deep' itu, boleh jatuh ke dalam pelbagai kategori.

Pendek dan ringkas, tetapi bernas dan tepat lagi tajam, adalah ciri-ciri APHORISM yang berkualiti. Kita juga jumpa banyak ungkapan Nabi Muhammad ๏ทบ yang sifatnya sebegini. Adakalanya, ungkapan baginda ringkas sahaja tetapi amat mendalam.

Misalnya:

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ู‘ูู…ู’ู†ููŠ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุชููƒู’ุซูุฑู’ ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ููŠ ุฃูŽุนููŠู‡ู โ€.โ€ ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€"โ€ ู„ุงูŽ ุชูŽุบู’ุถูŽุจู’ โ€"โ€ โ€.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi ๏ทบ dan berkata: ajarlah aku sesuatu yang ringkas agar tidak sukar bagiku melaksanakannya. Baginda bersabda: jangan marah!" (Jami` at-Tirmidhi : 2020)

Lelaki berkenaan mahu nasihat yang ringkas.

Baginda ๏ทบ memberi kepadanya nasihat yang ringkas, iaitu:

JANGAN MARAH.

Itu sahaja.

Tetapi kita perlu ingat, di belakang nasihat yang ringkas itu, pengucapnya adalah seorang manusia yang luar biasa. Beliau adalah Nabi Muhammad ๏ทบ yang salah satu keunikan baginda adalah kualiti pengucapan ringkas tetapi komprehensif.

Kata Baginda ๏ทบ :

ููุถู‘ูู„ู’ุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ุจูุณูุชู‘ู ุฃูุนู’ุทููŠุชู ุฌูŽูˆูŽุงู…ูุนูŽ ุงู„ู’ูƒูŽู„ูู…ู

Aku telah diberi kelebihan berbanding nabi-nabi yang lain dengan enam perkara: (salah satunya ialah): jawฤmฤซ' al-kalim, iaitu kata-kata yang ringkas tetapi menyeluruh dan tepat. (Sahih Muslim 523a)

Kebijaksanaan baginda menyebabkan kata-kata ringkas yang baginda tawarkan mempunyai khasiat 'healing' kepada insan yang dituju, dan kepada kita yang membacanya seribu tahun kemudian.

Kebimbangan saya ialah, kata-kata ringkas yang diterbitkan dalam buku-buku 'healing' semasa, jauh daripada aphorism yang positif, jauh sekali jawฤmฤซ' al-kalim, tetapi menjadi BROMIDE dan PLATITUDE.

Kata-kata ringkas, disangka 'deep' tetapi sebenarnya kosong makna dan memberi kesan placebo kepada pembaca.

Malah ia juga menyebabkan penulis sendiri terperangkap di dalam pesona diri menyangka dirinya seorang yang berhikmah tinggi hingga mampu menghimpun khasiat yang mujarab hanya di dalam beberapa patah perkataan. Tidak baik untuk proses jangka panjang pembentukan integriti dan kompetensi penulis itu sendiri.

Ia bukanlah pendapat peribadi saya semata-mata. Sebaliknya, ada kajian yang banyak dilakukan di dalam bidang psikologi terutamanya, berkaitan implikasi kata-kata ringkas sebegini kepada yang menghasilkannya, dan yang menggunakannya.

Saya senaraikan beberapa artikel dan buku yang saya baca sebelum menulis hal ini di hujung hantaran, kalau-kalau ada yang ingin membuat bacaan lanjut.

Apa yang pasti, saya tidaklah terus menghitam putihkan pendirian bahawa trend semasa untuk buku-buku healing ini baik atau buruk. Saya cuma ingin berpesan kepada diri sendiri sebagai penulis, para penerbit, dan masyarakat, agar sama-sama bertakwa kepada Allah swt di posisi mana sekali pun kita melihat isu ini.

PENULIS, wajib memastikan diri kita berintegriti semasa menulis. Jangan sekali-kali melihat kehendak pengguna sebagai peluang buat duit semata-mata. Penulis yang berakhlak akan turut mencari jalan memperkasa pembaca bukunya hingga ke tahap pembaca itu boleh maju dan tidak lagi perlu kepada buku-bukunya sendiri. Ia kedengaran tidak mesra keuntungan dan pasaran. Tetapi untuk manfaat jangka panjang, ia adalah peringatan yang saya harap kita boleh pertimbangkan.

PENERBIT juga, wajib melihat perkara yang sama. Memang, buku tidak bermakna kalau isinya bagus dan benar, tetapi tidak diminati, tidak dibeli dan tidak dibaca. Tetapi penerbit yang berjiwa besar akan terus mencari jalan bagaimana memperkasa pelanggannya dan menjadikan para pembaca diperkasa, sama-sama mencorak kehendak pasaran yang lebih baik. Bukan memenuhi secara membuta tuli apa jua selera pembaca hingga merosakkan budaya baca dan industri buku secara jangka panjang.

Kita sudah lihat bagaimana agresifnya kebangkitan buku-buku agama berbahasa Melayu pada dekad pertama 2000-an. Kemuncaknya buku-buku genre itu berlambak-lambak. Seolah-olah semua orang menulis. Kita sendiri jadi mual melihat hilangnya kebermaknaan buku-buku baharu yang dipamerkan di pintu masuk kedai-kedai buku utama suatu ketika dahulu.

Janganlah diulang tragedi itu.

Cumanya, kita tidak dapat lari daripada hakikat yang satu:

Antara kebenaran dengan menarik, menarik itu yang lebih mendorong perhatian dan kebersamaan. Carilah jambatan agar kebenaran masih tetap menjadi kekuatan utama di belakang tulisan dan dakwah, namun aspek menariknya terus diterokai dengan integriti.

๐˜ž๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ถ๐˜ด; ๐˜ธ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ, ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ถ๐˜ด.

๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ด๐˜ต ๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜บ ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ, ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ช๐˜ต ๐˜ช๐˜ด ๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ง๐˜ข๐˜ญ๐˜ด๐˜ฆ, ๐˜ช๐˜ด ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ช๐˜ต ๐˜ช๐˜ด ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ.

๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ช๐˜ต๐˜ด ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ง๐˜ข๐˜ญ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜ธ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฉ. (๐˜‹๐˜ข๐˜ท๐˜ช๐˜ด, ๐˜”. ๐˜š. (1999). ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด: ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ข. ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ท๐˜ช๐˜ฆ๐˜ธ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜š๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜บ, 25, 245โ€“269.)

Bacaan tambahan:

โ€ข Aphorisms and Cliches: The Generation and Dissipation of Conceptual Charisma oleh Murray S. Davis https://www.jstor.org/stable/223505

โ€ข Why I Hate Self-Help Platitudes oleh Scott H Young https://www.scotthyoung.com/blog/2009/10/14/why-i-hate-self-help-platitudes/

โ€ข Platitude Advice Will Destroy Your Self-esteem oleh Claire Lowe https://medium.com/blow-your-stack/platitude-advice-will-destroy-your-self-esteem-ff160e3c16a5

โ€ข Schache, K., Consedine, N., Hofman, P. and Serlachius, A. (2019), Gratitude โ€“ more than just a platitude? The science behind gratitude and health. Br J Health Psychol, 24: 1-9. https://doi.org/10.1111/bjhp.12348

๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—ข ๐—ฉ๐—”๐—ง๐Ÿฒ๐Ÿต ๐——๐—œ๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก โšกSelepas melebihi 30 tahun kisah perjuangan menentang komunis berla...
14/09/2022

๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—ข ๐—ฉ๐—”๐—ง๐Ÿฒ๐Ÿต ๐——๐—œ๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก โšก

Selepas melebihi 30 tahun kisah perjuangan menentang komunis berlalu, akhirnya kisah ini dibukukan khas dalam buku ๐™‹๐™€๐™๐™๐™€๐™ˆ๐™‹๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„ ๐™ƒ๐™๐™๐˜ผ๐™‰
Karya DATO' MOHD RANI ABDUL RASHID yang juga mengetuai operasi tempur di hutan ini menceritakan Sejarah penglibatan beliau sepanjang berkhidmat dalam Unit Komando VAT69 dan turut diceritakan perjuangan mereka sepanjang operasi-operasi yang mereka lalui demi mempertahankan tanah air yang mungkin tidak didedahkan kepada umum sebelum ini.
Ekslusif dan istimewa hanya dalam buku terbaharu keluaran Patriots Publishing!

Berminat? Jom dapatkan sekarang...

Sedap satay ni sama macam nama kedai
27/08/2022

Sedap satay ni sama macam nama kedai

28/03/2022

Tempat baru lepak kat Pilah


Selamat Tahun Baru Cina 2022
31/01/2022

Selamat Tahun Baru Cina 2022

07/09/2021


Address

Sepang New Village

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shafiz Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shafiz Bookstore:

Share

Category