NSS Online Shop

NSS Online Shop Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NSS Online Shop, Semenyih.

01/12/2018

“Pelik betul, masa tengah mengandung ni lah rasa teringin nak makan coklat. Dulu masa tak mengandung macam tak ‘heran’ je dengan coklat-coklat ni. Tapi, semalam aku baru makan coklat. Tak apa ke kalau banyak makan coklat ketika mengandung? Ada kesan buruk tak?”

Mungkin ini adalah satu berita baik buat wanita hamil yang selalu mengidam untuk makan coklat. Sebenarnya, coklat bukanlah seburuk yang anda sangkakan. Menurut kajian, ada banyak kelebihan makan coklat ketika mengandung.

COKLAT MAKANAN IBU MENGANDUNG !!!

5 SEBAB WANITA PATUT MAKAN COKLAT KETIKA MENGANDUNG
Berikut adalah manfaat makan coklat ketika mengandung yang mungkin anda tak tahu.

1. MEREDAKAN STRES
Stres ketika mengandung memang tak boleh disangkal lagi. Bermacam-macam rasa tak selesa datang sejak awal kehamilan hinggalah kandungan semakin membesar.

Ada yang mengalami ‘morning sickness’, bengkak kaki, susah tidur malam, letih, dan sakit-sakit badan. Itu belum lagi masuk ‘mood swing’ yang datang dan pergi.

Untuk meredakan segala perasaan ini, anda boleh mengambil sedikit coklat gelap yang berkhasiat. Menurut Science Focus, coklat mengandungi bahan seperti Trytophan dan Phenylethylalanine yang bertindak seperti anti-depressant yang berupaya membangkitkan rasa bahagia seseorang.

2. MENGURANGKAN RISIKO PRE-ECLAMPSIA
Pre-eclampsia adalah salah satu punca kelahiran bayi pramatang yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

Menurut laporan oleh Annals of Epidemiology, kandungan theobromine dalam koko boleh mencegah berlakunya pre-eclampsia yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi ini. Malah, ia turut disokong oleh sebuah kajian yang dilakukan oleh Yale University yang mendapati wanita yang makan coklat semasa mengandung menurunkan risiko tersebut hingga 50%.

3. COKLAT MENJADIKAN BAYI ANDA GEMBIRA
Ternyata, keajaiban coklat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga bayi anda dalam kandungan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh peneliti di Finland, wanita yang makan coklat semasa mengandung lebih berpotensi melahirkan bayi yang gembira – iaitu mereka yang banyak tersenyum dan ketawa. Ada saintis yang berpendapat bahawa ia berpunca daripada faktor kimia oleh coklat. Namun secara psikologinya, pengambilan coklat turut melibatkan keseluruhan proses yang menyebabkan ibu berasa sangat gembira hingga ia mempengaruhi ‘mood’ bayi.

4. SUMBER ANTIOKSIDAN & NUTRISI SIHAT
Coklat amat kaya dengan antioksidan. Antioksidan amat bermanfaat untuk kehamilan kerana ia dapat membentuk sistem kekebalan dan kesihatan semasa mengandung.

Bukan itu saja, lemak ‘baik’ dalam coklat yang bersumber dari cocoa butter merupakan sumber asid stearik untuk jantung yang sihat. Selain itu, coklat mengandungi pelbagai nutrisi yang tidak kurang pentingnya seperti magnesium dan zat besi.

5. MENINGKATKAN SISTEM METABOLISME
Kandungan magnesium dan zat besi boleh membantu wanita hamil dalam proses metabolisme lemak. Coklat juga mampu memperbaiki sistem pencernaan sekaligus menjaga kelangsingan tubuh.

Selain itu, pengambilan coklat boleh meningkatkan produksi sel darah merah untuk melindungi ibu hamil dari anemia.

PILIH COKLAT YANG SESUAI

Memang seronok kalau dapat makan coklat setiap hari. Walaubagaimanapun, kita perlulah berhati-hati untuk memilih coklat yang kurang kandungan gula. Antara jenis coklat yang bagus untuk kesihatan adalah yang mempunyai ciri berikut:

Pilih jenis yang kurang gula seperti yang dilabel bitter-sweet atau semi-sweet. Biar pahit sedikit, itu lebih baik!

Hindari sweet, milk, dan white chocolate karena kandungan koko dan flavonoidnya adalah rendah atau tidak ada sama sekali.

Lihat labelnya. Elakkan coklat yang mengandung minyak sayur atau minyak terhidrogenasi dalam komposisi lemak.

Kesimpulannya, coklat sebenarnya mengandungi bahan yang baik untuk wanita hamil. Namun, kuncinya adalah bersederhana. Lebih-lebih lagi kerana wanita hamil biasanya lebih sensitif terhadap makanan berbanding biasa.

Dark Chocolate / White Chocolate? 😉
01/12/2018

Dark Chocolate / White Chocolate? 😉

01/12/2018

[ Info sihat ] Perbezaan coklat gelap dan coklat putih ( Dark Chocolate VS White Chocolate )

Apa sebenarnya perbezaan coklat hitam dan coklat putih? Pasti ada diantara anda yang kurang tahu mengenai perbezaan kedua-dua jenis coklat ini kan?

Coklat gelap dan coklat putih sama mengandung koko yang diambil dari biji buah koko. Ada 3 bahagian yang boleh diambil dari buah koko ini: sari koko (Bahan asas dari buah Coklat yang dicairkan), lemak koko (lemak ) , dan Jalfrezi koko (bahagian buah coklat yang tidak mengandung lemak, yang mengandungi lapisan Jalfrezi) .

Coklat gelap diperbuat dengan menambah lemak koko dengan gula dan Jalfrezi koko. Berbeza dengan coklat putih, coklat gelap tidak memiliki KANDUNGAN susu. Coklat putih nya mengandungi lemak koko, gula dan susu dan sama sekali tidak mempunyai sari koko.

Apabila dimakan, coklat gelap akan memberi rasa manis coklat dan meninggalkan rasa pahit lagi setelah dimakanan. Sebaliknya, putih coklat memiliki LEBIH rasa susu dibandingkan rasa coklat itu sendiri kerana tidak mengandungi sari coklat. ataupun Jalfrezi koko.

1. Tekstur

Coklat gelap mempunyai tekstur yang kering dan kasar kerana tidak mempunyai kandungan susu. Sementara itu, coklat putih memiliki tekstur yang lebih halus dan sedikit melekit.

2. Penggunaan

Coklat gelap biasa dijual dalam bentuk batang atau kepingan dengan kandungan coklat yang berbeza. Selain itu, Coklat gelap juga sering digunakan sebagai sos topping dan sebagai bahan minuman coklat.

Coklat putih biasa dijual dalam bentuk kepingan, serta digunakan sebagai bahan dessert dan gula-gula.

3. Bahan

Coklat gelap dihasilkan dari bahan dasar buah koko dan mengandungi sari dan serbuk koko, lemak koko dan gula, namun tidak mengandungi susu. Coklat putih lebih banyak mengandung gula, lemak koko, dan susu. Coklat ini tidak mengandungi kandungan serbuk coklat.

4. Keuntungan Bagi Kesihatan

Coklat gelap dipercaya memberikan banyak keuntungan bagi kesihatan, terutama bagi kesihatan otot jantung, kerana kandungan flavonol antioksidan. Namun, coklat putih tidak mempunyai banyak kelebihan seperti yang diberikan dark chocolate.

Berdasarkan perbezaan-perbezaan tersebut, coklat mana yang akan anda pilih?

Repeat order ye sis. Alhamdulillah ☺
02/11/2018

Repeat order ye sis. Alhamdulillah ☺

Customer Feedback!!!Alhamdulillah, saye jual. Bg penggemar cheese & yg x takut gemukkkssss 🙊, cheesekut is highly recome...
25/10/2018

Customer Feedback!!!

Alhamdulillah, saye jual.

Bg penggemar cheese & yg x takut gemukkkssss 🙊, cheesekut is highly recomended 😋😋

Place your order now ! ☺

Cheesekut Leleh 🙉     Rm8 + Rm10 (delivery charge)
25/10/2018

Cheesekut Leleh 🙉







Rm8 + Rm10 (delivery charge)




10 KEBAIKAN COKLAT YANG RAMAI TIDAK TAHUSetiap kali bicara soal coklat pasti ramai yang menganggap coklat itu adalah mak...
21/10/2018

10 KEBAIKAN COKLAT YANG RAMAI TIDAK TAHU

Setiap kali bicara soal coklat pasti ramai yang menganggap coklat itu adalah makanan yang menggemukkan badan. Ramai yang tidak tahu coklat itu mengandungi kebaikan dan khasiat yang baik untuk tubuh anda. Jelita kongsikan 10 kebaikan coklat yang ramai tidak tahu.

1) Kurangkan Kadar Strok

Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang mengambil 45g coklat seminggu dapat mengurangkan sebanyak 20% risiko dari terkena serangan strok.

2) Tingkatkan Kadar Kesihatan Jantung

Coklat juga membantu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan dan juga risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat mampu bertindak melawan peradangan jantung.

3) Melawan Diabetis

Kajian di Itali yang dilakukan pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4) Melindungi Kulit

Lupakan semua yang anda dengar tentang coklat menyebabkan jerawat pada wajah anda. Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit anda. Antioksidan yang dipanggil flavonoid yang terkandung dalam coklat menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV.

5) Elakkan Dari Penyakit Batuk

Coklat juga mengandungi”Theobromine” yang membantu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Pada tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat batuk yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang mungkin berisiko untuk tubuh anda.

6) Hilangkan Stres

Coklat juga membantu untuk mengurangkan tekanan atau stres. Menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Jadi, jika anda stres atau tertekan sewaktu bekerja, amda bolehlah menikmati coklat untuk mengurangkan stres.

7) Tingkatkan Aliran Darah

Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu meningkatkan aliran peredaran darah dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala.

8). Tingkatkan Kadar Penglihatan

Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.

9) Bantu Jadi Bijak

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.

10) Isi Perut

Coklat juga kaya dengan fiber yang membantu membuat anda rasa kenyang dan kurang lapar. Kajian menunjukkan pengambilan coklat gelap adalah lebih baik berbanding susu.

White chocolate cornflake 😋
20/10/2018

White chocolate cornflake 😋






Donut Nutella 😋🍫🍫🍫🍩
12/10/2018

Donut Nutella 😋🍫🍫🍫🍩





11/10/2018

Address

Semenyih
43700

Telephone

+60135209596

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NSS Online Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share