ArenaBookers2U

ArenaBookers2U Jualbeli Buku2 Ilmiah Terpakai dan Baru

Assalamualaikum semuaHari ini Ab2u kembali dibuka semula selepas hari hari sibuk dengan event kat luar, sesiapa yang ber...
11/05/2026

Assalamualaikum semua
Hari ini Ab2u kembali dibuka semula selepas hari hari sibuk dengan event kat luar, sesiapa yang berminat untuk berkunjung kami sentiasa mengalu alukan,
terima kasih semua

Hentian Buku Selangor
Hentian Kajang Comunity Group
Coretan Buku Terpakai
Nassury Ibrahim
BiblioBangi
Amirzudin Suhaimi
Gms Buku

06/05/2026

Mohamed Nasser Mohamed (22 Ogos 1963 – 6 Mei 2026) telah kembali ke rahmatullah 3.45 pagi tadi.

Mohamed Nasser menulis cerpen, puisi dan esei, tetapi juga cukup dikenali sebagai pemilik penerbit Nuha Books. Allahyarham juga merupakan editor perunding buat lebih 150 penerbitan sejak tahun 2008.

Beliau juga aktif berpuisi dan menulis blog. Buku solonya, Aku Kaki Sakat (2019). Puisi ikoniknya, “Penyair Apakah Kita Ini?” (2019) termuat dalam sebuah penerbitan Indonesia. Sesi bual bicaranya, Cakap Apa Sahaja, bersiaran sejak bulan Mac 2021, pada setiap Isnin, melalui platform maya dengan kerjasama Nuha Pictures, miliknya. Cerpennya juga pernah tersiar dalam majalah Dewan Sastera.

Cerpen "Separuh yang Hilang" Mohamed Nasser juga baru-baru ini diumumkan sebagai satu-satunya penulis dari Malaysia daripada 7,806 penyertaan dari 54 negara yang disenarai pendek untuk Hadiah Cerpen Komanwel 2026/The 2026 Commonwealth Short Story Prize (diterjemahkan dalam bahasa Inggeris "The Missing Half" oleh Pauline Fan).

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan menempatkannya bersama-sama pada siddiqin dan solihin.

Tajuk : SEPERTI DENDAM RINDU HARUS DIBAYAR TUNTASPenulis : Eka KurniawanTerbitan : Dubook Indo Cetakan : 2016250ms Buku ...
02/05/2026

Tajuk : SEPERTI DENDAM RINDU HARUS DIBAYAR TUNTAS
Penulis : Eka Kurniawan
Terbitan : Dubook Indo
Cetakan : 2016
250ms
Buku Nos

RM20 tak termasuk pos

Di puncak rezim yang penuh kekerasan, kisah ini bermula dari satu peristiwa: dua orang polisi memerkosa seorang perempuan gila, dan dua bocah melihatnya melalui lubang di jendela. Dan seekor burung memutuskan untuk tidur panjang. Di tengah kehidupan yang keras dan brutal, si burung tidur merupakan alegori tentang kehidupan yang tenang dan damai, meskipun semua orang berusaha membangunkannya

“Wrapped in a Chinese kung fu-styled novel and almost as brutal and dark as Chuck Palahniuk’s Fight Club, Eka has maintained his place on the frontlines of Indonesian writers.” — Adisti Sukma Sawitri, The Jakarta Post

Dalam Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas, Eka menulis dengan semangat bermain-main yang cerdik dan lihai.” — Anton Kurnia, Jawa Pos

“Seperti dua novel Eka sebelumnya, novel ini dipenuhi tokoh-tokoh dengan karakter yang ‘tidak waras’. Ketidakwarasan tokoh-tokohnya, di luar motif hasrat s-e-k-s yang menggerakkan mereka, juga menjadi cermin dari ketidakwarasan zamannya.” — Aris Kurniawan, Koran Tempo

Tajuk : Lelaki HarimauPenulis : Eka KurniawanTerbitan : Dubook IndoCetakan : 2016198ms Buku NosRM20 tak termasuk posLela...
02/05/2026

Tajuk : Lelaki Harimau
Penulis : Eka Kurniawan
Terbitan : Dubook Indo
Cetakan : 2016
198ms
Buku Nos

RM20 tak termasuk pos

Lelaki Harimau adalah peraih penghargaan Book of the Year IKAPI 2015. Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, Prancis, Italia, Jerman, dan Korea.

Pada lanskap yang sureal, Margio adalah bocah yang menggiring babi ke dalam perangkap. Namun di sore ketika seharusnya rehat menanti musim perburuan, ia terperosok dalam tragedi pembunuhan paling brutal. Di balik motif-motif yang berhamburan, antara cinta dan pengkhianatan, rasa takut dan berahi, bunga dan darah, ia menyangkal dengan tandas. “Bukan aku yang melakukannya,” ia berkata dan melanjutkan, “Ada harimau di dalam tubuhku.”

Tajuk : TWENTY-TWO MALAYSIAN STORIESEditor : Llyod FernandoTerbitan : Heinmann AsiaCetakan : 1968 (First print)Reprinted...
02/05/2026

Tajuk : TWENTY-TWO MALAYSIAN STORIES
Editor : Llyod Fernando
Terbitan : Heinmann Asia
Cetakan : 1968 (First print)
Reprinted : 1974, 1975, 1977, 1980, 1987, 1989, 1992, 1993
236ms
Buku Bekas perpustakaan

RM25 tak termasuk pos

This book is a must-read for those seeking a diverse range of captivating stories from Malaysia. With twenty-two unique and engaging narratives, it offers an insightful glimpse into the cultural fabric of the country. From relatable characters to vivid descriptions, each story will transport you to a different world, leaving you spellbound. Prepare to be enthralled by the rich tapestry of Malaysian storytelling in this anthology.

Tajuk : DEMI CINTA KHISA 1Penulis : AbotTerbitan : Pekan Ilmi Publication Cetakan : ke 2 , 2006402ms Buku Nos RM30 tak t...
02/05/2026

Tajuk : DEMI CINTA KHISA 1
Penulis : Abot
Terbitan : Pekan Ilmi Publication
Cetakan : ke 2 , 2006
402ms
Buku Nos

RM30 tak termasuk pos

Sinopsis :
Cinta Khisa adalah impian.
Kenyataan p**a bagai bermimpi sekejap hari
dia bisa memandang cinta Khisa dari jauh
Umpama merenung langit cantik di tepi pantai
bersandarkan persahabatan isi dan kuku,
rela padamkan perasaan manis
Tepuklah, tamparlah, guraulah, makilah sekasar mana,
itu tanda cinta Khisa.
Dia akan berdiri di situ
tetap berkorban jiwa dan raga
hanya wasiat bisa merubah segalanya
bisa buat khisa menoleh meneliti cintanya
Persoalan p**a, bersediakah dia membuka
serkup cinta diamnya? beranikah dia Demi Cinta Khisa?

01/05/2026

CATATAN PENJUAL BUKU TERPAKAI DI KOTA BACA

Pagi Khamis 23 April 2026 aku terima tawaran dari Rosli Arena Book untuk berkongsi reruai di Kota Baca, Dataran Merdeka. Aku siapkan dua beg buku di Setor Buku Terpakai Saujana Puchong, dengan harapan yang tidaklah terlalu tinggi. Pada awalnya aku fikir mahu naik Grab sahaja, terus dari Puchong ke sana, tetapi MJ ajak bergerak dengan keretanya dari Hentian Bas Kajang bersama Rosli. Katanya tema untuk kami buku langka. Aku diam sekejap. Buku langka aku tak banyak, aku bukan penjual tegar kategori itu. Tapi dalam diam aku korek juga kotak-kotak lama di Coretan Buku Terpakai, jumpa banyak naskhah yang rupa dan auranya ada rasa 'rare’ walaupun harganya masih mesra pelanggan. Itulah yang aku bawa. Malam itu selepas Maghrib kami bertolak dari Kajang ke tengah bandar Kuala Lumpur, dan bila sampai di tapak Kota Baca, suasana sudah mula hidup dengan reruai-reruai buku yang berderet. Aku berkongsi reruai dengan Arena Book milik Rosli, MJ di sebelah, dan tidak jauh dari situ aku nampak Lepau Nassury berkongsi reruai dengan Onkoyz. Selesai susun buku, kami tidak lama di situ, terus p**ang semula ke Kajang sebelum aku kembali ke Puchong, kepala sudah mula memikirkan hari esok.

Pagi Jumaat 24 April aku tambah satu lagi beg, kali ini buku-buku besar jenis 'coffee table' yang agak berat. Aku tidak fikir panjang, terus tempah Grab ke Dataran Merdeka. Sampai di sana aku sempat ronda satu khemah, tapi satu lagi khemah besar aku tangguhkan dahulu. Hari itu pengunjung tidak ramai. Ada ruang untuk aku duduk, ambil gambar buku terpilih, dan muat naik ke Facebook Buku Terpakai. Aku s**a saat-saat begini, perlahan, tidak tergesa, sempat memerhati peniaga dan pengunjung . Syukur sudah ada beberapa buah buku terjual. Apabila ada peluang, aku singgah sembahyang di Masjid Jamek. Masjid itu selalu ada tempat dalam ingatan aku, sejak umur 20-an, waktu aku rajin merayau di bandaraya tanpa tujuan yang jelas. Lepas itu aku berjalan kaki lagi, cuba mencari kedai 'drop-off' Shopee. Ikut peta jumpa satu, tapi hati aku kata bukan. Entah kenapa aku lebih percaya langkah kaki sendiri dari pin di skrin telefon. Agak jauh aku berjalan kaki sehingga keletihan mencari jalan p**ang ke Dataran Merdeka. Malamnya aku dan MJ p**ang menaiki LRT dari stesen Masjid Jamek. Lebih kurang jam 10.30 malam, aku nampak seorang mak cik tua berdiri menjual air mineral dan roti. Dalam terang lampu stesen, wajahnya nampak letih tapi tidak mengalah. Aku teringat mak cik pencuci kasut di Yunnan, teringat juga mak cik penjual 'key chain' di Jogjakarta. Seolah-olah dunia ini penuh dengan watak yang sama, cuma lokasi berbeza. Aku beli dua set air botol kecil dan roti inti. Mak cik kata RM5 untuk dua set, tapi aku hulur lebih. Malam itu juga MJ bawa p**ang buku paling mahal di reruainya, The Spirit of Wood, dengan tanda harga RM2200. Dari stesen Bandar Puteri Puchong, isteri MJ bantu hantar aku p**ang ke stor.

Sabtu 25 April datang dengan langkah yang sedikit lebih ringan walaupun badan mula terasa penat. Aku naik Grab ke stesen LRT Bandar Puteri, sambung dengan LRT ke Masjid Jamek. Dalam perjalanan aku teringat kata-kata MJ, kalau The Spirit of Wood terjual, dia nak belanja kami makan Pak Gembus. Aku senyum sendiri, bukan sebab makan, tapi sebab aku percaya buku itu sedang menunggu pembelinya yang betul. Tengah hari itu Dr Jus, rakan dari Jogja Biblio Tour, belanja aku makan di restoren mamak. Katanya dia s**a ‘reel’ aku di Facebook Coretan Buku Terpakai tentang gelagat orang dengan buku, yang koyak kulit depan untuk simpanan, yang koyak helaian sedikit demi sedikit untuk dibaca dalam pengangkutan awam. Hari Sabtu pengunjung lebih ramai. Ada juga yang datang menemuduga aku, tanya tentang susah senang berniaga buku terpakai, tanya tentang pengalaman ke Jogja. Aku jawab sebaik mungkin. Petang itu aku sempat habiskan ronda kedua-dua khemah, mengambil gambar semua pempamer seperti gelagat aku semasa Jogja Biblio Tour. Malamnya aku dan MJ p**ang seperti semalam. Di stesen Masjid Jamek aku nampak lagi mak cik yang sama, kali ini dikelilingi pelanggan. Aku tidak sempat membeli ,tapi dalam hati aku doakan mak cik sihat. Sebenarnya setiap kali aku nampak mak cik gigih, aku pasti teringat arwah Mek (ibu) , Mok (nenek) dan Woo (moyang). MJ masih bawa p**ang The Spirit of Wood. Buku itu masih setia bersama MJ.

Ahad 26 April hari terakhir program Kota Baca, aku sampai awal sekitar jam 8.30 pagi. Udara bandar masih segar, ramai orang berjalan kaki dan berbasikal di sekitar Dataran Merdeka. Aku bersarapan tosai telur bawang di restoren mamak sama seperti tengah hari semalam, aku sudah menyukai tuan kedai yang peramah. Hari itu aku jaga reruai seorang diri. Rakan aku ada urusan lain. Anehnya, bila seorang diri, aku jadi lebih peka pada setiap orang yang singgah. Hari itu paling ramai pengunjung. Ada yang datang sekadar melihat, ada yang bertanya, ada yang benar-benar membeli. Antara yang singgah ialah YB Menteri Pendidikan, sempat membeli beberapa buah buku. Aku juga sempat memasukkan beberapa buku ke dalam tong derma di stesen derma buku. Petang menjelang malam, sambil mengemas, aku keluarkan sekotak buku percuma. Tapi memberi percuma rupanya tidak semudah menjual. Ada yang tanya kenapa percuma, ada yang ragu-ragu tentang kondisi. Akhirnya datang seorang yang minta ambil semua. Aku benarkan, dengan satu syarat mudah, gunakan sebaik mungkin.

Sepanjang tiga hari itu, The Spirit of Wood tidak terjual. RM2200 bukan harga yang ramai orang berani sentuh. Tapi aku nampak wajah MJ, tidak kecewa. Banyak buku-buku langka lain di reruainya yang berjaya menemui pemilik baru. Kadang-kadang kepuasan bukan pada satu jualan besar, tapi pada banyak pertemuan kecil antara buku dan pembaca. Malam itu, selepas semuanya selesai, MJ hantar aku p**ang semula ke Setor Buku Terpakai Saujana Puchong. Dalam perjalanan balik, aku diam sekejap. Dalam kepala aku, berlegar-legar wajah-wajah yang aku jumpa, pembeli, penjual, wartawan, mak cik di stesen, rakan-rakan buku. Terima kasih MJ belanja diesel. Terima kasih Rosli ajak kongsi gerai. Terima kasih penganjur Kota Baca yang membuka ruang untuk buku langka. Demikianlah catatan seorang penjual buku yang tidak sempat mengikuti keseluruhan acara Kota Baca.

25/04/2026
22/01/2026

Address

Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ArenaBookers2U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ArenaBookers2U:

Share

Category