Quran Moden Bertagging

Quran Moden Bertagging Al-Quran Humaira adalah sebuah brand penerbitan cetakan Al Quran dan Al Quran Terjemahan di bawah Humaira Publication

๐ƒ๐จ๐š ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐งDoa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat As...
18/07/2023

๐ƒ๐จ๐š ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง
Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijah 1444H bersamaan 18 Julai 2023M (Selasa).
Hari ini adalah penutup bagi Tahun 1444H dan pada waktu Maghrib akan bermula tahun 1445H.
Datangnya tahun baru Islam 1445H ini, marilah sama-sama mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah.

DUNIA ADALAH UJIANHasan al-Bashri rahimahullah berkata :ุงุจู† ุขุฏู…ุŒ ู…ุง ุฃุนุทุงูƒ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฅู„ุง ุงุฎุชุจุงุฑู‹ุงุŒ ูˆู„ุง ุฒูˆุงู‡ุง ู…ุฐ ุฎ...
12/07/2023

DUNIA ADALAH UJIAN
Hasan al-Bashri rahimahullah berkata :
ุงุจู† ุขุฏู…ุŒ ู…ุง ุฃุนุทุงูƒ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฅู„ุง ุงุฎุชุจุงุฑู‹ุงุŒ ูˆู„ุง ุฒูˆุงู‡ุง ู…ุฐ ุฎู„ู‚ู‡ุง ุนู† ุนุจุงุฏู‡ ุงู„ู…ุคู…ู†ูŠู† ุฅู„ุง ุงุฎุชุจุงุฑู‹ุง
"Wahai anak Adam, tidaklah Allah memberimu dunia kecuali sebagai ujian. Allah tidak p**a menahannya dari hamba-hamba-Nya yang beriman kecuali juga sebagai ujian."
Sumber : (Adab al-Hasan al-Bashri wa Zuhduhu wa Mawaizhuhu hal. 69)

ูŠูŽุง ู…ูู‚ูŽู„ูู‘ุจูŽ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ุซูŽุจูู‘ุชู’ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฏููŠู†ููƒูŽ"Ya Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada aga...
11/07/2023

ูŠูŽุง ู…ูู‚ูŽู„ูู‘ุจูŽ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ุซูŽุจูู‘ุชู’ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฏููŠู†ููƒูŽ
"Ya Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu."
Ibnu Abu Hatim mengatakan dari Ummu Salamah,
Ummu Salamah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, apakah hati itu benar-benar berbolak-balik?"
Rasulullah SAW berkata,
"Ya, tidak sekali-kali Allah menciptakan seorang manusia melainkan hati manusia itu berada di antara dua jari (kekuasaan) Allah SWT. Jika Dia menghendaki untuk meluruskannya, maka Dia menjadikannya lurus. Dan jika Dia menghendaki untuk menyesatkannya, maka Dia menjadikannya sesat.
Kemudian membaca doa seperti dalam ayat berikut:
ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ู„ูŽุง ุชูุฒูุบู’ ู‚ูู„ููˆุจูŽู†ูŽุง ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุฅูุฐู’ ู‡ูŽุฏูŽูŠู’ุชูŽู†ูŽุง ูˆูŽู‡ูŽุจู’ ู„ูŽู†ูŽุง ู…ูู† ู„ู‘ูŽุฏูู†ูƒูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฃูŽู†ุชูŽ ุงู„ู’ูˆูŽู‡ู‘ูŽุงุจู
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami; dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (rahmat)" (Ali Imran: Ayat 8 ).

5 kelebihan mendalami al-Quran.1. Satu bacaan huruf al-Quran diberi balasan sepuluh ganjaran pahala seperti diriwayatkan...
10/07/2023

5 kelebihan mendalami al-Quran.
1. Satu bacaan huruf al-Quran diberi balasan sepuluh ganjaran pahala seperti diriwayatkan Iman al-Tirmizi dalam hadis Rasulullah SAW.
2. Allah SWT mengangkat darjat orang yang selalu membaca al-Quran, mempelajari isi kandungannya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
3. Mendapat ketenangan jiwa atau hati, hal ini kerana setiap ayat al-Quran yang dibaca akan menghasilkan ketenteraman.
4. Mendapat syafaat dan perlindungan Ilahi pada hari kiamat. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Muslim:
Bacalah al-Quran oleh kamu sekalian, kerana bacaan al-Quran yang dibaca ketika hidup di dunia ini, akan menjadi syafaat dan penolong bagi para pembacanya di hari Kiamat nanti.
โ€œBacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanyaโ€. [Riwayat Muslim (804)]

๐Ÿ— ๐“๐š๐ง๐๐š ๐’๐ž๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ญ๐ฎ ๐’๐ฎ๐๐š๐ก ๐Œ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐š๐ง.1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk...
06/07/2023

๐Ÿ— ๐“๐š๐ง๐๐š ๐’๐ž๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ญ๐ฎ ๐’๐ฎ๐๐š๐ก ๐Œ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐š๐ง.

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Jagalah mulut dari menyakitan bila berbicara. Jangan gunakan sosial media menaip perkara yg menyakitkan orang.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. Imam Syafie rah berpesan menghormati pandangan orang lain walaupun tidak setuju dengan pendapatnya maka orang jua akan menghormati pendapat diri kita.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. Kata para alim Ulamak cendiakawan Ingatkanlah kenangan yang indah-indah maka semuanya akan menjadi baik-baik belaka kerana apa kita fikir itu jua DOA.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biarlah sedikit kita memberi, tetapi jangan sentiasa meminta. Minta dan harap hanya pada yg ESA.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat keikhlasan. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan manusia. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk, dicerca dan dihina orang. Jadilah hati para ambia. Sentiasa berlapang dada.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. Menghargai orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan. Kasih sayanglah apa yg ada dibumi nescaya penghuni langit mengasihi mu jua. Lihat Sedikit

Tafsir as-Sa'di / Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di, pakar tafsir abad 14 H26. โ€œ๐ƒ๐š๐ง ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐ค๐ฎ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ค๐ฎ,โ€ ...
05/07/2023

Tafsir as-Sa'di / Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di, pakar tafsir abad 14 H
26. โ€œ๐ƒ๐š๐ง ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐ค๐ฎ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ค๐ฎ,โ€
Maksudnya, mudahkanlah bagiku segala urusan yang aku kerjakan dan setiap cara yang aku tempuh dalam misiku.
Dan ringankanlah kesulitan-kesulitan yang ada di hadapanku. Di antara bentuk kemudahan dari Allah adalah Dia memudahkan bagi seorang daโ€™I untuk mengerjakan segala sesuatu sesuai dengan caranya yang benar,
mengajak mendakwahi mereka dengan cara yang paling efektif mengantarkan pada sikap menerima perkataannya.

๐€๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ข๐š๐ฅ ๐„๐๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐ก๐š๐๐ข๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š?Reka design yang berlatar belakangkan Mekah al-Mukarramah akan men...
04/07/2023

๐€๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ข๐š๐ฅ ๐„๐๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐ก๐š๐๐ข๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š?
Reka design yang berlatar belakangkan Mekah al-Mukarramah akan menghasilkan rasa yang sangat istimewa kepada penerima.
Dengan set pakej lengkap termasuk
โ–ช๏ธ Kotak Eksklusif
โ–ช๏ธ Paper Bag
โ–ช๏ธ Dust Bag
โ–ช๏ธ Custom Engrave Nama
โ–ช๏ธ Custom Plaque Ucapan
Istimewa lagi akan dapat percuma penunjuk Quran, keychain arcylic dan perfume QH.
Beli satu barang akan dapat satu pakej hadiah yang lengkap berserta percuma barangan dari Quran Humaira.
Berminat?
Tekan link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://hi.jomwasap.my/Special_Edition_Promo

Menurut Imam Ghazali:Tiga Tanda orang mendapat hidayah Allah ialah :1) Senang beribadah. Walau sibuk macam mana pun kita...
03/07/2023

Menurut Imam Ghazali:
Tiga Tanda orang mendapat hidayah Allah ialah :
1) Senang beribadah. Walau sibuk macam mana pun kita masih sempat dan mengutamakan ibadah, contoh solat seawal waktu.
2) Susah melakukan kejahatan. Kalau ada niat hendak melakukan kejahatan, ada sahaja halangan.
3) Sibuk dengan keaiban diri. Maknanya sibuk periksa diri dari segi amalan dengan Allah dan perbuatan dengan sesama manusia, hingga tiada masa hendak melihat keaiban orang.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha โ€œDan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mer...
30/06/2023

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
โ€œDan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)โ€.
(Surah Al-Hajj Ayat 34)
_
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua.
Mohon maaf zahir dan batin.


Apakah zikir yang boleh dibaca pada Hari Arafah?Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di...
28/06/2023

Apakah zikir yang boleh dibaca pada Hari Arafah?
Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.
Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas Solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.


Rasulullah s.a.w telah menitipkan pesanannya buat umatnya:Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu...-...
27/06/2023

Rasulullah s.a.w telah menitipkan pesanannya buat umatnya:
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu...
- Masa mudamu sebalum datangnya hari tuamu,
- Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu,
- Masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu,
- Masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu,
- Masa hidup sebelum datangnya malaikat mencabut nyawamu.
Semoga kita tidak bertangguh-tangguh terutamanya dalam perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Salah satu amalan sunnah yang dianjurkan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah adalah berpuasa sunat.Puasa sunat yang sangat...
26/06/2023

Salah satu amalan sunnah yang dianjurkan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah adalah berpuasa sunat.
Puasa sunat yang sangat digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah termasuklah puasa Sunat Arafah pada 9 Zulhijjah.
_
Mari sama-sama beramal pada 10 hari awal bulan Zulhijjah kerana kelebihannya, tidak mampu menyamai pahala berjihad melainkan mati syahid
ู…ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏูุŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ูŠูุฎูŽุงุทูุฑู ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ุจูุดูŽู‰ู’ุกู
โ€œTiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Address

Jalan Mega 3B, Taman Industri Mega
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+601128971049

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Quran Moden Bertagging posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Quran Moden Bertagging:

Share