22/07/2023
TIPS KE CAMERON HIGHLANDS 2023 ‼️🤩
2) Bertolak awal okey! Lambat confirm jem
3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)
-Homestay cameron jaya prima
(Banyak kemudahan kedai runcit/makan/dobi)
4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ s**ar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis.harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain
Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
7) Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers s**a menginap di hotel seperti itu.
Tempat menarik yang FREE.
🌼 YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Cactus point
(9 pagi - 6 ptg)
🌼 Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)
🌼 Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)
🌼 Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg)
🌼 Kea Farm
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR.
✓ Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi - 5 ptg)
✓ Lavender Garden
Dewasa RM20, Kids RM10
(9 pagi - 6 ptg)
✓ Butterfly Garden
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi - 6 ptg)
✓ Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi - 6 ptg)
✓ Argo market
Dewasa RM25, kids rm10
(9pagi - 6ptg)
✓Extra info Suhu di Cameron Highlands
Pagi - 16*C - 17*C
Siang - 21*C -24*C
Malam - 18*C
Jangan lupa untuk beli ni ⬇️⬇️⬇️
https://shope.ee/7pPe1Uy5hZ