Dengan keluasan bangunan 150,000 kps, U Sentral bakal dibina di tanah seluas 8 ekar ini akan menyediakan keperluan harian masyarakat di kawasan Segamat serta mengutamakan keselesaan kepada pengunjung dan kepelbagaian perkhidmatan di bawah satu bumbung. U Sentral dijangka mula beroperasi pada Januari 2018 di mana lokasinya yang cukup statergik di Pusat Perniagaan Baru Taman Utama. Pembinaan U Sentr
al ini dibina bagi memenuhi keperluan penduduk sekita kawasan Segamat dan daerah-daerah lain seperti Gemas, Labis, Jementah dan kawasan-kawasan sekitar yang lain. U Sentral menyediakan lebih 150 lot perniagaan pelbagai saiz bagi menjual pelbagai jenis pilihan barangan keperluan harian serta kelengkapan lain seperti fesyen pakaian, perabut, pelbagai lagi keperluan lain seperti kasut, pakaian, Telefon Bimbit, Barangan Kemas dan Perhiasan Wanita, Peralatan Elektrik, Perkakas Rumah, Barangan Plastik dan pelbagai lagi keperluan lain yang disediakan. Ruang niaga di U Sentral ini memberi peluang peniaga kecil dan sederhana untuk menaik taraf perniagaan supaya mampu bersaing untuk memasarkan produk dengan cara yang lebih efektif. Antara keunikan lain yang terdapat di U Sentral ini, kami turut menyediakan ruang jualan kereta yang luas bagi member peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan kereta import & tempatan di sini. Di U Sentral ini juga, kami mementingkan aspek keselesaan kepada pengunjung yang menggunakan rekabentuk yang lebih moden serta sentuhan warna yang lebih ceria dan menarik di samping menyediakan ruang membeli-belah yang tersususn bagi member jaminan pengguna untuk mendapatkan keperluan harian mereka di sini. Selain itu, dengan system penghawa dingin di ruang membeli-belah disamping mempunyai ruang menjamu selera yang selesa pasti akan menjadi satu keselesaan kepada pengunjung-pengunjung untuk berbelanja di U Sentral. Kemudahan lain yang turut diberi perhatian di sini seperti menyediakan troli & tempat letak kereta yang luas secara PERCUMA disekitar bagunan ini.