02/10/2019
THE MAKING OF BUNGA RAMPAI
Cara - cara membuat bunga rampai
First nak info pasal bunga rampai ni. Kebiasaannya bunga rampai digunakan semasa majlis perkahwinan orang Melayu. Bunga rampai merupakan bunga yang diricih-ricih halus, beserta daun pandan. Ia digunakan sebagai hantaran perkahwinan yang diletakkan di dalam bekas sebanyak 5 - 7 unit. Ianya juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin.
Bahan-bahan:
i) kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan segala bunga yang ada di bumi Allah ni yg boleh pakai
ii) daun pandan- dah tentulah sebab tu yang buat wangi
iii) daun limau perut - ia menambahkan aroma pada bunga rampai
iv) pachovali- pewangi bunga rampai beli jer dekat kedai india. barulah bau bunga rampai.jangan lak spray perfume..tak menjadi bunga rampai nanti.
v) air mawar
Cara membuat:
Hiris halus bunga -bungaan di taman syurga duniawi ni..kemudian ambil daun pandan. bersihkan lah dulu. basuh bersih dan selawat atas nabi junjungan kita Muhammad SAW.
Ambil 3-4 helai , lipat kan dan buang urat halus ditengah daun pandan..
Baru senang nak hiris.
Nak ingatkan satu je ok..hiris daun pandan tu bg halus-halus...
Kalau orang tua dulu-dulu ada makna tu, dia pandai tengok tau anak dara hiris bunga rampai, halus ke tidak memberi makna...yang penting buat penuh ikhlas hati, sehalus yang mungkin..baru cantik..then hiris daun limau perut lak..sama gak konsepnya. yang penting sehalus mungkin.....then masuk ke dalam bekas...
Gaul semua bahan hirisan tadi sehingga sebati.
Lastly leh masuk kan pewangi bunga rampai pachovali dan letaklah air mawar sedikit. gaul sehingga sebati..all this sukatan kena agak2..jangan lah sebotol minyak dihabiskan..letak agak2 wangi jer..
Now dah siap. masukkan dalam bekas yg korg dh order pd team tok jemah kami niiiii yekkkk πππ
Lau lmbt lg nk majlis, blh letak dalam peti ais dia akan fresh.
Time nak pakai baru ambil..so bunga rampai still look green and fresh...
Yg malas nk buat tuuuu.... order je dgn team tok jemah kami... kami de pakar2 menghiris halus2 daun pandan tuuu... korg juz letak je nnti dlm bekas yg korg dh order ngan kami... mudahhhh kannnn
Sooo apa lagi
Dh nk cuti sekolah pnjg dh nnti
Yok order cpat