25/03/2022
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kempen penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan.
Isu susu badan boleh menjadi halangan kepada para ibu untuk merealisasikan misi KKM.
Bagi mereka yang mengalami masalah tersebut, boleh cuba tip di bawah untuk tingkatkan susu badan secara semula jadi.
๐. ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐๐๐๐๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐ฌ๐๐ค๐๐ซ๐๐ฉ ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง โฐ
Mungkin macam tak menjawab soalan, namun ada penjelasan di sebaliknya.
Hormon yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu badan akan terembes apabila puting ibu dihisap oleh bayi- dikenali sebagai fenomena โlet-downโ.
Konsepnya lebih kepada keseimbangan di antara permintaan dan bekalan susu.
Semakin kerap anda menyus**an anak, semakin banyaklah jumlah susu badan yang akan dihasilkan.
Menyusu 8 hingga 12 kali sehari boleh bantu badan untuk memastikan bekalan susu berada pada paras optimum.
๐. ๐๐๐ฆ ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ง๐๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐ด
Jika anak anda tidak menyusu, penggunaan pam payudara boleh bantu mengekalkan jumlah susu badan yang optimum.
Pam payudara selepas sesi penyusuan badan bagi mengeluarkan lebihan susu. Jika anak anda terlepas waktu menyusu kerana tidur atau mereka tidak berasa lapar, pam susu anda pada waktu itu.
๐. ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐๐๐ฎ๐-๐๐ฎ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฉ๐๐ฒ๐ฎ๐๐๐ซ๐ ๐ถ๐ป๐ง๐ป
Jika bayi anda berhenti menghisap payudara dan mereka masih berjaga, cuba sus**an dengan payudara sebelah.
Kalau mereka masih menghisap, boleh jadi susu pada sebelah payudara sudah tidak keluar.
Rangsangan untuk mengeluarkan susu boleh bantu ibu meningkatkan jumlah susu badan tanpa bantuan farmakologi.
๐. ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ก๐๐ซ๐๐ ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐๐๐๐๐ง๐
Sebagai contoh, ubat domperidone yang pernah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) boleh menyebabkan paras hormon prolaktin meningkat bagi merangsang penghasilan susu badan.
Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Domperidone mungkin berkesan namun apabila tujuan penggunaan sudah tercapai, dos penggunaan akan dikurangkan perlahan-lahan.
Ia bagi memastikan penghasilan susu badan berada pada tahap yang konsisten di samping mengelakkan kebergantungan kepada ubat.
Kesan sampingan seperti pening kepala, sakit perut dan kering mulut sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna.
Itulah sebabnya kebanyakan individu s**a untuk mencuba produk herba / semulajadi.
Di Malaysia, produk tambah susu badan berkonsepkan bahan herba dan makanan sunnah menjuarai carta jualan.