29/12/2019
TIPS NAK JIMAT BELI BARANG SEKOLAH DENGAN LEBIH BERBALOI DAN LOGIK❤️
Walaupun fika masih belom ada anak yang bersekolah tapi rase nak share la tips cara nak shopping barang sekolah untuk kawan2 yang ada anak bersekolah tu mane tahu boleh membantu kwn2 fika semua🥰
Boleh share dengan kawan2 yang lain jugak ok❤️
Tips nya:
1. Jangan tamak
➡️Sempena musim cuti sekolah, banyak pasar raya menawarkan harga-harga diskaun terhadap kelengkapan persekolahan. Jadi ibu bapa perlu membuat bajet sendiri untuk setiap anak mengikut keperluan, bukannya kehendak.
2. Uniform masih elok
➡️Bagi anak-anak yang sudah bersekolah, mungkin uniform sebelum ini masih elok, jadi anda boleh tambah pakaian baharu sehelai sahaja.
3. Kasut sekolah
➡️Tidak perlu membazir membeli sehingga tiga pasang seorang. Cukup sekadar bersederhana kerana kasut sekolah bewarna hitam lebih mudah dijaga. Kecuali jika anak anda pelajar lasak, mungkin anda boleh standby sepasang lagi selepas beberapa bulan bermulanya sesi persekolahan tahun depan.
Begitu juga stokin, biasanya budak lelaki lebih kerap p**ang dengan stokin berlubang. Jadi, cara paling elok siapkan stok untuk masa kecemasaan dan beli ketika adanya promosi. Lebih jimat!
4. Alat tulis
➡️Peralatan menulis sama ada pensil, pen, pembaris, pemadam dan pensil warna juga antara yang perlu disediakan untuk kegunaan anak-anak. Beli stok jika ada tawaran diskaun dan simpan di tempat khusus kerana biasanya barang-barang yang dibawa murid sekolah rendah kerap 'hilang' sama ada mereka lalai atau tersalah letak di kelas.
5. Pelajar sekolah menengah
➡️Biasanya bagi yang akan berpindah dari sekolah rendah ke peringkat menengah tentu sekali uniform baharu diperlukan. Bagaimanapun, kerenah pelajar sekolah menengah semestinya berbeza berbanding murid di sekolah rendah, tentunya lebih tenang menjelang musim persekolahan nanti.
Bagaimanapun, ragam si remaja ini lain p**a caranya kerana peralatan sekolah yang baharu seperti beg atau alatan tulis yang diinginkan tentu sekali dengan design lebih matang.
6. Beli awal
➡️Apa yang penting, ibu bapa jangan tunggu hingga akhir Disember untuk menyiapkan semua kelengkapan sekolah anak-anak. Kelengkapan tersebut disarankan dibeli lebih awal kerana selepas itu anda perlu memikirkan p**a yuran persekolahan dan buku anak-anak.
Semoga tips yang fika share ney dapat membantu kawan2 fika yang lain insyallah semoga urusan kita dipermudahkan❤️🥰