24/04/2021
SURAH AL-ASR, MASA DAN MANFAAT.
Membawa mesej tentang pentingnya memanfaatkan masa. Maka rugi dan celakalah buat mereka yang yang tidak memanfaatkan masa yang ada.
Dalam surah At-Takasur yang lepas, الله peringatkan tentang yang telah menjadikan manusia seluruh aktiviti hidupnya dengan berlumba-berlumba merebut habuan dunia sehingga mereka lalai dengan tujuan asal kehidupan mereka. Namun pada surah ini الله terangkan sifat sifat- sifat orang yang berakhlak mulia.
Perkataan العصر iaitu perahan. Ia membawa erti waktu asar atau waktu yang hampir dan waktu selepas tergelincir matahari sehingga maghrib iaitu waktu petang. Selalunya waktu ini kita sudah longlai setelah kita memerah keringat di waktu pagi.
Perkataan عصر iaitu waktu Asar. Juga sinonim dengan waktu yang senja. Penyesalan sering di kaitkan dengan waktu asar ini. Ia membawa maksud pada kita. Bila umur sudah senja, saat itu baru kita akan menyesal. Jahil segala ilmu masa saat tu baru nak memyesal nak repeat semula jika di takdir muda semula.
Kalau kita perasanlah dalam kalimah خسر itu tidak ada ال . Ia membawa maksud banyakkannya kerugian yang di lakukan oleh umat manusia bukan satu atau dua.
Jadi inilah jalan yang perlu digarap oleh kita bagi mengelak daripada ancaman kerugian. Maka kita sebagai seorang yang akal dan waras wajib memaksa diri bagi mengelak daripada sebarang kerugian yang merugikan akhirat kita.
Jadi apa kaitan masa dengan kerugian? Kaitanya kita hidup didunia ini dengan masa. Setelah itu kita akan berpisah dengan dunia dengan masa yang kita tidak tahu. Apabila kita pergi meninggalkan dunia , maka tamatlah masa kita. Maka Allah tegaskan rugilah kamu yang mana mensiakan masa yang ada dengan perkara-perkara yang sia-sia.
Kemudiannya, kenapa Allah menggunakan perkataan الا dalam surah ini?
Ia adalah pengecualian sifat-sifat yang disebut oleh Allah sebelum ini. Apabila ada ayat yang berbentuk pengecualian yang sebegini rupa, ia bermaksud bahawa majoriti manusia ini akan berada dalam kerugian dan sedikit shj yang mereka yang tidak rugi.
Jadi, antara hikmahnya, kebiasaannya kita kalau kita nak selamat jangan dilihat pada majoritinya, tapi dilihat pada yang mana yang membawa kebenaran.
Imam Fakhruddin Ar-Razi menyatakan surah ini sarat dengan amaran keras الله kerana manusia ini banyak melakukan kerugian kecuali bagi mereka yang berpegang kepada 4 prinsip ini yang mana ia terkandung dalam surah ini.
1. Iman
2. Amal Soleh
3. Pesan kepada kebenaran
4. Pesan kepada kesabaran
Ini menunjukkan anda akan selamat dunia dan akhirat jika anda berpegang kepada 4 perkara teras ini. Jangan ada satu pun yang tidak di laksanakan.
Tapi selamat bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi perlu pada menyampaikan dan berpesan pesan kepada kebaikan . Kalimat وتواصوا menunjukkan dua hala iaitu saling yang membawa erti saling nasihat menasihati. Maksudnya saya akan rugi jika saya tak menasihat orang lain dan saya juga akan rugi jika tidak mengambil peringatan orang lain.
Kenapa وتواصوا بالحق dulu ? Kenapa Allah tak mula dengan وتواصوا بالصبر? Kenapa selepas kebenaran Allah letakkan kesabaran?
Jawabnya dalam menyampaikan kebemaran ini tidak semuanya diterimandengan nada yang lapang. Mungkin ada yang kena cerca mungkin ada yang kena cela bila disampaikan kebenaran itu.
Mahu tidak mahu, sampaikanlah. Berkenaan positif atau negatif penerimaan itu bukan urusan kita. Tapi urusan Allah. Apa yang perlu oleh kita iaitu sabar.
Kebenaran perlu kepada kesabaran.
Surah ini boleh dijadikan silibus dalam kwhidupan kita. Saat kita jatuh, surah ini momentum untuk kita mempertingkatkan amal soleh kita kepada الله .