28/01/2022
๏ทฝ
Assalamualaikum Dan Selamat Petang Jumaat 28hb. Januari/25 J'Akhir 1443H yang *REMEH* ๐.."Jangan meremehkan sesuatu yang kecil walau nemasang wajah yang berseri tatkala bertemu dengan saudaramu"..๐๐
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Panduan Tidur Seorang Muslim
ุนููู ุงููุจูุฑูุงุกู ุจููู ุนูุงุฒูุจู ููุงูู ููุงูู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุฅูุฐูุง ุฃูุชูููุชู ู
ูุถูุฌูุนููู ููุชูููุถููุฃู ููุถููุกููู ูููุตููููุงุฉู ุซูู
ูู ุงุถูุทูุฌูุนู ุนูููู ุดูููููู ุงููุฃูููู
ููู ุซูู
ูู ูููู : ุงููููููู
ูู ุฃูุณูููู
ูุชู ููุฌูููู ุฅููููููู ูููููููุถูุชู ุฃูู
ูุฑูู ุฅููููููู ููุฃูููุฌูุฃูุชู ุธูููุฑูู ุฅููููููู ุฑูุบูุจูุฉู ููุฑูููุจูุฉู ุฅููููููู ููุง ู
ูููุฌูุฃู ููููุง ู
ูููุฌูุง ู
ููููู ุฅููููุง ุฅููููููู ุงููููููู
ูู ุขู
ูููุชู ุจูููุชูุงุจููู ุงูููุฐูู ุฃูููุฒูููุชู ููุจูููุจูููููู ุงูููุฐูู ุฃูุฑูุณูููุชู ููุฅููู ู
ูุชูู ู
ููู ููููููุชููู ููุฃูููุชู ุนูููู ุงููููุทูุฑูุฉู ููุงุฌูุนูููููููู ุขุฎูุฑู ู
ูุง ุชูุชููููููู
ู ุจููู
Daripada Al-Barraโ bin Azib RA, Rasulullah SAW bersabda, โApabila engkau hendak tidur, berwuduklah sebagaimana wuduk ketika hendak solat. Kemudian berbaringlah pada lambung sebelah kanan, dan bacalah: Ya Allah, aku tundukkan wajahku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan punggungku kepada-Mu, kerana rasa takut dan penuh harap kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari hukuman-Mu kecuali kepada-Mu. Ya Allah, aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan kepada nabi-Mu yang telah Engkau utus. Jika kamu mati di malam itu, kamu mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah doa itu, sebagai kalimat terakhir yang engkau ucapkan sebelum tidur.โ(HR. Bukhari No: 247) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam sentiasa menggalakkan umatnya berada dalam keadaan bersih dan suci termasuk ketika hendak tidur.
2. Rasulullah SAW mengajar adab-adab tidur antaranya:
a. Berwuduk sebelum tidur.
b. Tidur dengan berbaring diatas lambung sebelah kanan.
c. Membaca doa sebelum tidur
3. Menurut Ibnul Qayyim, โTidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak susah untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)โ (Zaadul Maโad, 1/321-322).
4. Sunat membaca doa sebelum tidur:
ุงููููููู
ูู ุฃูุณูููู
ูุชู ููุฌูููู ุฅููููููู ูููููููุถูุชู ุฃูู
ูุฑูู ุฅููููููู ููุฃูููุฌูุฃูุชู ุธูููุฑูู ุฅููููููู ุฑูุบูุจูุฉู ููุฑูููุจูุฉู ุฅููููููู ููุง ู
ูููุฌูุฃู ููููุง ู
ูููุฌูุง ู
ููููู ุฅููููุง ุฅููููููู ุงููููููู
ูู ุขู
ูููุชู ุจูููุชูุงุจููู ุงูููุฐูู ุฃูููุฒูููุชู ููุจูููุจูููููู ุงูููุฐูู ุฃูุฑูุณูููุชู
5. Barangsiapa yang tidur berwuduk, dengan lambung disebelah kanan serta berdoa dengan doa di atas, jika dia mati di malam itu, dia mati dalam keadaan fitrah bersih dari dosa.
Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti
28hb Januari 2022
25hb Jamadil Akhir 1443H